Assalamualaikum.
Well, school is close today. Lulu got ready at 730am and when FF sent her to school, it was close. Apparently we didn't get the memo yesterday. The haze has been getting worse lately. This keeps happening every year. Why does the Indonesian keep burning the sawit field? And at the same time every year?! The people/companies that does this should be sued or punished. Because of their doing, other people have to suffer?
Anyway, this means today & esok (Malaysia Day) cuti. But in my case, I got no cuti. Cuti or not, I still have to work. Guess I forgot to mention that I now shoot for ItsyBabies? We're doing a newborn hospital shoot kinda thing. Am currently attached to a hospital in Ampang. So if you guys tetibe nk terberanak ke...dtg to hospital where I am, and dpt la photoshoot free! Haha.
Since yesterday was my birthday, we celebrate by going out for lunch. At Miyagi. Miyagi is a Japanese restaurant in Bangi and is deemed as one of the best Japanese restaurant in Malaysia. But...why in Bangi? I don't know... Apparently the place mmg dah lama ada kat Bangi. We've been there once and I've been longing to go there again. So, my birthday is the perfect excuse. Last time pegi, it was just us and Lulu. Now dah ade new addition, Mimi. Alhamdulillah, makan sedap & kenyang.
See you on the next post!
Assalamualaikum.
Gambar di atas dah 3 bulan yg lalu.
Outdoor pasangan pengantin yg sgt humble & murah hati.
Alhamdulillah, rezeki Allah nak beri...
Aku diminta shoot & dapat menaiki copter ni.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Tak pernah aku sangka dapat experience mcm ni.
Kalau biasa, kita yang kene bayar naik copter ni,
tapi ini aku dibayar utk ambil gambar DAN dapat naik sekali bersama diorg.
It's a wonderful experience.
Dan aku bersyukur sgt2 atas rezeki yg dh diberi pada aku ni.
Oh, lg satu, copter mcm ni x panggil as Helicopter tapi Eurocopter.
Helicopter lain compartment die.
So, skrg ni aku tgh busy nak settlekan job2 lain.
Insyallah aku cuba utk lebih gigih meng-update blog.
Buat masa ni, selain job2, byk juga yg sedang berlaku dalam hidup aku.
Ada yg aku boleh cerita, ada yg peribadi yg xbole aku nak cerita sgt.
Tapi satu2 lah dulu ye.
Jumpa di lain entry.
Salam. =)
Sedang bekerja buat masa ini...
Salam.
Ketika aku, FF & Lulu sibuk menghadirkan diri ke majlis2 aqiqah, kahwin & rumah terbuka, rupa2nya ada lahanat mana entah telah dengan sewenang2nya menghack email aku.
Aku sedar aku tak boleh nak login dalam email pada hari Ahad pagi...jadi hari ini aku check dgn lebih detail melalui laptop.
Cis, email aku telah di-disablekan & soalan security aku pun telah ditukar. Blog aku pun tak dapat nak masuk.
Puas aku cuba nk mengakses akaun aku tp x boleh.
Sebab email telah disable, aku kene hantar satu report kepada team Google untuk rectify probblem aku.
Alhamdulillah, setelah beberapa jam, kini aku dapat akses balik ke email aku. Fuh!
Sebab tu lah aku dapat menulis post ni.
Kalo tak, blog pun tak dapat masuk.
So, tips2 kepada yang xnk account kene hack, sila pastikan perkara berikut:
1. Tukarlah password sekurang2nya 2 kali setahun.
2. Make sure anda guna options "Always use https". Https ni lebih mantap security die dari http.
3. Ada satu lagi backup email supaya boleh recover password guna email lagi satu itu.
4. Mengguna hosting email yg mantap dr segi security & dr segi nak recover account yg kene hack spt Gmail.
5. Clear cache, forms & passwords setiap kali lepas menggunakan computer. Lebih2 lagi public computer spt di kafe siber dll.
6. Menggunakan anti-virus yg bagus & updated.
Jadi, selamat mengelakkan email anda dari digodam!
Assalamualaikum.
Sepatutnya aku nak post tentang my new baby & pengalaman2 aku...
But this post is crucial utk di post secepat mungkin.
Well, actually Friday lepas merupakan hari yg ke-44 aku lepas bersalin hrtu.
Nak dijadikan cerita Khamis tu dpt call from one of organizer utk majlis berbuka puasa dgn Siti Saleha.
Aku confirm korg kenal sape Siti Saleha ni...
Ala..yg berlakon jd Nora Elena tu.
After cerita tu, trus meletup2 la this actress.
Cantik mmg la cantik and I think she's more beautiful in person la.
But I was surprised when she said she's 21! Here I thought this girl baya2 aku je.
Anyway, aku di-offer utk jd official photographer utk majlis ni by the organizer.
And majlis ni is on Sabtu 20th August.
Betul2 after aku habis pantang.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...habis pantang trus ade job.
After getting permission from FF (thanks syg!), aku pun get ready la gear2 aku pegi this event.
Siti Saleha ni kalo korg nak tau, siblings to Sam Bunkface.
She's 21 years old and started her career in 2008.
Event buka puasa bersama Siti Saleha ni dianjurkan oleh her fans.
It's an exclusive event hanya utk 50 org peminat setia dia.
To prove how strong her fanbase is, ada yg sanggup turun dari Dubai & Brunei tau!
Majlis di adakan di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam.
Makanan yg disajikan sgt lah byk & sedap!
Tema event adalah colour Purple, sempena favourite colour Siti Saleha aka Sal.
Sal sampai di hotel betul2 nak dekat waktu berbuka with very light makeup.
Tampil dengan baju kurung moden yang simple tapi amazing, she looked stunning.
Utk pengetahuan fans2, she will be shooting her 1st movie in November, tajuk Pukul Habis.
Dan bergandingan lagi dgn Aaron Aziz. Woot!
Tapi dalam cerita ni, watak die byk action la...
Oklah, without further ado, these are some pictures I took during the event.
And lastly...special Hari Raya video for the fans.
Lately, aku rasa mcm nak duduk rumah je.
Layan FF, jaga makan dia semua...
Aku & FF dalam 5 hari weekdays, boleh kira la brp jam ktrg jmpe, borak2.
Satu, both of us keje.
Dua, sorang keje siang, sorg keje malam.
Tiga, FF tido je..aku balik. Aku tido...FF gi keje.
The only time we really have is on weekend.
Itu pun kalau xde aktiviti lain.
So, due to this factors, banyak bende aku tak dapat buat with him.
1. Masak:
Aku selalu sangat nak masak for FF.
Breakfast, lunch, dinner...
Tapi sejak kahwin ni, aku boleh kira brp kali je aku masak.
Awal2 kawin ade jugak masak, tapi malam hari FF lepak dgn member die...
tak luak pun nasik yg ade.
Kadang2, bile aku keje lambat mcm kol 4 ke, FF akan gigih balik.
Sebab nak makan dgn aku.
Aku pulak makan tak jaga...
Sampai dia ckp, "Kalau org takde, awak takkan makan."
Yela, aku breakfast pun tak.
Which leads to,
2. Makan together:
Time breakfast, FF akan breakfast sorg2 kat office.
Sebab aku biasenye akan tido.
Keje malam penat dowh...lagi2 kalo kene balik kol 1.
Time lunch, ikut my work schedule.
Kalau keje lambat, boleh la lunch same2.
Kalau keje awal, tak dapat la.
Time dinner pulak, confirm2 FF dinner sorg2.
At times, member2 die ajak dinner same2.
Kire ok la kalu ade org teman die.
But still aku rasa bersalah coz kesian die.
Dah kawin but xde org jaga makan die.
Makan luar jugak tiap2 hari.
3. Family event:
Biasenye, aku akan MIA.
FF je yg attend family events, aku pulak kene keje.
Kalau sound awal2, ok la kot dpt pegi.
So, most of the times, tak dpt la aku pegi sbb diorg sound pun last minute.
Kalo sound awl sket, biasenye kene amik cuti la ape lagi.
And cuti pun susah nak dpt sbb usually dh ade org lain book.
Hmm...
Then,
4. nak ada Baby:
Aku keje malam...rasa cm bersalah lak nak ada baby.
FF pun tak setuju if we have a baby while I'm working late at night.
Nanti sape nak jaga?
Aku kalau bole, anak2 tu nak la aku jaga sndiri...
Bile dah besar sikit, baru la amik pengasuh ke ape.
So, at this moment of time, belum lagi kot.
But still, kalau Allah bagi rezeki, then we have to come up with a solution.
So, I guess that's soem of the downsides yg we have la skrg.
But I am blessed to have someone yg understanding as FF.
Dia tak kesah sgt and die slalu ckp, "Takpela..skrg ni kite susah2 dulu.."
Alhamdulillah, we're blessed with many things.
Rumah ade, kereta ade, keje ade, mmg cukup.
They are of course upsides to our situation, tp maybe lain kali aku cite.
Skrg ni bersyukur la dgn ape yg ade...just look at the upsides je.
Insya-Allah one day, maybe aku boleh conquer the downsides tu.
To FF: Thanks syg for having me as I am and let me work my way =) Love you lots and lots!
Aku masih dalam tercari-cari apa yang aku nak buat dalam hidup.
Kalau lah ambil gambar & edit gambar boleh bagi duit yang besar...
Malaysia masih belum di tahap itu...



Anyway, I'm ready to go back to photography.
Sape nak amik outdoor pre-wed or fun shoot out?
Jom!
Aku selalu TRY to tanamkan sifat positif.
Cuba selalu senyum, happy.
Selalu cuba berfikir positif dan cuba tak ambil peduli orang lain kata.
Tapi hari ni, kepala aku berat.
Sarat.
Dengan perkara2 yang aku tak ambil peduli sebelum ni.
Dengan perkara2 yang berlaku kebelakangan ni.
Dengan perkara2 yang berpunca dari aku.
Dengan perkara2 yang menyakitkan hati.
Dengan perkara2 yang membabitkan perasaan aku.
Dengan perkara2 yang mendatangkan negativiti.
Aku marah.
Benci.
Rasa mau menjerit sekuat hati.
Rasa mau menampar-nampar diri sendiri.
Aku tak tahan.
Tak tahan dengan diri aku sendiri.

Apa yang aku nak buat dalam hidup aku sebenarnya?
Aku tercari-cari.
Aku mencari.
Tapi aku masih tak jumpa.
Aku geram.
Sungguh lama aku mencari.
Tak jumpa-jumpa.
Aku in the verge of breaking down.
Mahu saja aku gerudi kepala aku ni.
Nak tengok apa di dalam.
Nak mengeluarkan apa yang tersembunyi dalam kepala otak aku ni.
Aku sedih.
Hampa dengan diri aku.
Aku sering bandingkan diri aku dengan kebanyakan orang yang aku jumpe/kenal.
Dengan FF, jauh beza.
Bila aku lihat dia, aku tanya diri aku sendiri.
Boleh ke aku capai tahap yang dia dah capai?
Boleh ke aku jadi macam dia?
Ah, aku geram sangat terhadap diri aku.
Wake up!
Mana arah tujuan aku sekarang ni?
1 May 2009. Aku akan ingat waktu ini.
Walaupun untuk seketika aku merasakan bahawa ia hari malang buat aku,
tapi ia sebenar satu hikmah yang Allah tunjuk pada aku.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Aku masih hidup.
Aku masih ada tangan, kaki, mata, telinga, cukup anggota tiada cacat cela.
Dan aku tidak diapa-apakan.
Hari itu, aku gerak dari KL ke Perak untuk memulakan tugas sebagai jurugambar perkahwinan.
Tiba aku dengan selamat.
Selesai sudah shoot pernikahan.
Tapi, aku perlu ke kedai runcit membeli bateri.
Salah aku sebab tak prepare bawak bateri extra dari KL.
Salah aku ambil U-Turn di jalan yang tidak patut U-Turn.
Salah aku sebab menyangka motor itu bergerak perlahan.
Salah aku motor itu laju lalu melanggar bumper kereta sehingga terkopak parak.
Waktu itu amat tegang.
Adik pengantin bersamaku dalam kereta.
Aku minta dia duduk dalam kereta supaya dia tidak diapa-apakan.
Mamat motor membawa gengnya dan aku seorang di tempat yang asing bagiku.
Mereka nak aku bayar, bawak motor ke bengkel bla bla.
Aku panik seketika.
Telefon FF tak berangkat.
Aku telefon mak FF beritahu aku accident teruk, dan tak dapat hubungi FF.
Tak lama kemudian, FF telefon.
Mulanya, dia tak percaya.
Dia cuba tenangkan aku.
Aku hilang arah apa perlu aku buat.
Aku hanya tau yang aku perlu report polis. Jalan yang selamat.
Allah Maha Besar.
Dia memberi aku pertolongan.
Mulanya, semasa geng mamat motor datang,
Dua orang pakcik berhenti di tempat kejadian.
Memastikan semua selamat.
Kemudian, ibu bapa pengantin datang ke tempat kejadian.
Cuba untuk menolong aku.
Bapa saudara pengantin juga datang untuk menolong aku.
Kemudian, pengantin lelaki dan kawan2nya datang untuk memberi pertolongan.
Fikiran aku berkecamuk.
Bagaimana untuk membawa kereta balik ke KL.
Mereka menolong aku deal dengan mamat motor dan gengnya.
Bapa pengantin tolong menelefon polis.
Sungguh ramai orang, dan aku mula rasa bahawa aku dah mula menyusahkan ramai orang waktu tu.
Akhirnya, berkat pertolongan yang Allah berikan pada aku,
dari kaum keluarga pengantin serta pengantin lelaki & sahabat pengantin,
Geng2 mamat motor setuju deal.
Allah juga yang melembutkan hati mereka.
Perasaan aku lega akhirnya ada jalan penyelesaian.
Polis tetap ambil maklumat kami.
Kerja aku belum habis.
Aku gigihkan diri kerana aku ada tanggungjawab.
Aku perlu kuat.
Seluruh keluarga pengantin sungguh baik pada aku.
Menanya akan keadaan aku dan keadaan kereta aku.
Airmata aku tetap tak mahu jatuh.
Aku gagah di hadapan orang...
Namun, bila aku berseorangan atau bercakap dengan FF,
tak semena2 aku menangis.
Aku menangis kerana aku lemah.
Aku menangis kerana aku rasa seperti menyusahkan mereka semua,
Aku menangis kerana Allah beri aku pertolongan kepada aku yang tak layak ini,
Aku menangis kerna Allah bagi aku peluang untuk hidup dan tak diapa2kan oleh sesiapa,
Aku menangis kerna mengenangkan suasana kemalangan itu.
FF berpesan pada aku jadi kuat.
Di saat getir itu, walaupun FF jauh,
tapi dialah pemberi semangat pada aku.
Dia ingatkan aku bahwa semua ni ada hikmah,
Ia menjadikan aku lagi kuat,
Bahwa Allah beri aku batu kecil supaya aku beringat dan bersyukur.
Aku mahu ingat waktu2 ini...
Kerana waktu ini menunjukkan bahwa aku tak keseorangan
Bahawa hidup kita perlu saling tolong-menolong
Bahwa Allah dah memberi aku seorang lelaki yang terbaik untuk aku
Bahawa aku perlu bersyukur dengan nikmat2 yang aku ada sekarang.
Aku mahu mengingatkan diri aku.
Andai kata satu hari nanti, aku lupa semua ini.
Aku bernasib baik diberi peluang lagi dalam hidup ni.
Pertolongan yang diberi pada aku tak ternilai harganya.
Pengantin, keluarga pengantin, sahabat pengantin...aku mahu ingat semuanya.
Bagaimana mereka sanggup turun ke tempat kejadian,
dan menolong untuk menyelesaikan perkara tu.
dan FF...tiada siapa yang boleh menjadi sebaik dia pada aku.
Kalau ada pun, aku akan tetap pilih FF.
Dia datang pada aku esoknya dengan menaiki bas.
Something that orang lain takkan percaya dia buat.
You've been there through all the good, bad and the worse.
I can't say how much more that I love you and will be there for you as what you have done for me.
Kepada kedua pengantin, keluarga dan sahabat mereka,
Aku berterima kasih yang tak terhingga banyaknya atas layanan dan pertolongan yang diberikan pada aku.
Aku berdoa bahwa keluarga sekalian dimurahkan rezeki dan dicucuri rahmat Allah SWT.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
"Adakalanya Allah akan timpakan (beri) kita batu kecil di tengah perjalanan agar kita beringat.
Jadi, jangan merungut malah bersyukurlah kita tidak ditimpa batu-batu besar."
Nota: 'Kejadian' ini tidak diketahui oleh parents aku. Sebab aku tak mahu diorang risau terlebih. Lagi-lagi sebelum pergi mak aku dah macam risau je. Samalah FF.
Tapi aku ok. Don't worry.
Buat masa ni aku begitu sibuk.
Banyak benda nak pikir...walaupun aku tetap maintain cool dan senyum ketika bekerja.
Sekarang ni ada satu benda dalam kepala yang asik menganggu.
Sapa2 yang terer tolong jawabkan.
Kalau kita nak booking jurunikah untuk tarikh kahwin, nak kena pergi kursus kahwin dulu ke?
And, kat mana sebenarnya nak booking jurunikah ni? Masjid rumah ke kat JAWI?
Itu sahaja buat masa ni.
p/s: kepada entry tertunggak (iaitu Lisa & Hayad), bagi aku masa kejap. Lisa punya dah siap.
Tapi blum diabadikan dalam digital format lagi. Huhuhuhu.
Aku pernah kata pada FF, "If not for me, you won't be a blogger."
It started with FF membaca blog aku kat Friendster, kemudian dia pun turut serta.
Kemudian sekalian geng cacat turut serta.
Kadang2 aku cemburu.
Dengan populariti dan perhatian yang dia dapat.
Dengan rating2 yang berkali ganda lebih dari aku.
But it's a good kind of jealousy.
Cemburu yang berbaur kebanggaan.
Bukan yang membenci atau mendengki.
Salah satu bakat FF yang terpendam, kini terserlah.
Anyway, dah lama sungguh aku tak update fotopages & flickr.
Aku akan cuba sedaya upaya untuk update.
Banyak kerja photography dan editing tergendala.
Sungguh sibuk dengan preparation for a big day.
Oops..jangan tanya bila.
Mungkin 12 bulan lagi, mungkin 6 bulan lagi, mungkin 1 bulan lagi.
Yang penting, you sit, watch and wait.
Tadaloo!
Diperkenalkan watak-watak di dalam cerita.
F: Seorang ketua yang tersangat skema tapi punya keinginan yang tinggi untuk 'fit' dalam kumpulan yang gile2.Womeng: Seorang wanita yang tinggi lampai, sering berotak kuning.Din: Seorang lelaki yang dalam usaha untuk mengempiskan perutAku: Anda tahu sendiri.Babak bermula***************Aku keluar dari lif. Berjalan menuju ke arah pintu. Aku terbau sesuatu yang harum.
'Bau apa ni? Mmm...' aku bermonolog dalan hati.
Aku melangkah ke arah pejabat dan seperti biasa, orang pertama yang kutemu ialah F.
F sedang makan sesuatu yang aku kurang pasti bentuknya.
"F, I bau you punya makanan tu dari hujung sana," tegur aku.
F menelan makanan yang dikunyahnya itu. Dinaikkan kepala dan memandang ke arah aku.
"What's that again?" tanyanya, kurang jelas.
"Takde...I bau you punya makanan dari hallway kat luar tu..." ulang aku, menegaskan ayat.
Sambil itu, aku telah pun mengambil tempatku di hadapan komputer, sambil menyuapkan makanan yang dipelawa Womeng kepada aku baru sekejap tadi.
Makanan berbentuk cereal bersama susu strawberry HL.
Produk dari Belgium. Sebab sekarang sedang boikot produk Amerika.
Makanan si Din, yang kebelakangan ni beresolusi untuk mengempiskan perutnya, termasuklah menjadi seorang penganut gim setiap petang.
"Ohhh..." ujar F. Kemudian, dia teringat sesuatu.
"Ke...you bau pisang yang terbakar tu?" dia bertanya pula.
Terus aku teringat bau yang harum itu. Betul, bau seperti cekodok!
"Ohh...a ah la!" aku iyakan.
Hati aku bertanya lagi,
'Terbakar?'"Eh!" Kata aku itu disambut oleh mata F dan Womeng.
"Terbakar?" fikiran aku mencari-cari.
"Pisang sape yang terbakar?" tanya aku.
Diam sejenak.
"ILynn...soalan you tu macam..." F mula gelak kecil-kecilan.
"I tak tau la pisang sape..."
Dan hilai tawa aku dan Womeng menerjah.
Masing-masing mengerti.
Gear otak terus memecut ke gear 6.
Muahahahahahha. Muahahahahahhahaha.
"Pisang sape terbakar..?" Womeng mengulang ayat aku, sambil gelak kecil.
Sambil mengeleng tanda What?!, Womeng berkata, siap bernada, "Whatttt?!"
"Pisang Din kot..." sambung Womeng sendiri sambil menepuk-nepuk bahu Din yang sedang asyik melayan user.
Kami gelak besar lagi.
Wahahahahahhahahahah.
"I can't imagine pisang Din terbakar..." F sambung, yang membuatkan kami terus ketawa dan ketawa.
"Oh my God..." aku menyambut ayat yang dikeluarkan F tadi dan Womeng menepuk-nepuk bahu Din sekali lagi.
Din, yang walau masih sibuk, meletakkan telefon dalam mute, dan sempat berkata, "Aku lagiiiiii..."
Dia menhayunkan tangannya ke arah kami.
"Sexual Harassment. Harassmentttttt," kata Din dengan nada lawaknya, yang kononnya kami mengharass dirinya.
*************Babak tamat.Moral #1: Sentiasa relax di tempat kerja.
Moral #2: Pastikan boss si Manager tidak berada di tempatnya ketika lawak kuning disiarkan.
Moral #3: Elakkan dari membuat metafora antara benda 'disitu-situ' dengan apa jua jenis makanan. Kerna sampai bila-bila, anda tidak akan melihat makanan itu dengan persepsi yang sama lagi.
Harap maklum.
Setiap minggu, ada satu aktiviti yang aku selalu look forward to.
Tengah2 malam khamis, nak ke pagi2 buta Jumaat. (Orang lain cakap malam Jumaat)
"Nasik lemak!"
tak pun,
"Goyang!"
Satu2nya aktiviti yang aku dan geng2 office yang kool ada peluang untuk lepak together2.
Kalau sorang ahli geng lambat, "Pool jom!"
Masyuk sungguh ada pool table kat office.
Snooker pun no hal, tapi table besar so lambat habis. Hehe.
Dan syarat utama setiap Khamis, yang hanya kpd geng pompuan.
Berbaju kurung.
Kenapa?
Tak ada sebab. Follow aje la.
Kalau tak berbaju kurung hari Khamis, tak kool.
(exception kpd Bear2 - sebab dia Cina)
Tapi kalau lepak, Bear2 mesti pakai baju kurung.
So, setiap hari Khamis...
Aku enjoy pilih baju kurung mana aku nak pakai.
Dan akan pilih yang lawa sikit di hari yang beraktiviti tengah malam.
Kenapa?
Tak ada sebab.
Dan hari ni, no exception.
So, aku nak gi pilih baju kurung yang lawa la ni!
Tadaloo!
(Aktiviti Goyang di atas bermaksud makan roti bersama 2 telur setengah masak di atasnya)
~Jangan fikir lain =P
Aku bersyukur dengan semua yang aku miliki sekarang ni.
Bersyukur kepada Allah yang mengurniakan pelbagai kesenangan bagi aku.
Emosi aku mungkin banyak yang diuji-Nya, dan aku mungkin banyak merungut...
Tapi aku kena ingat.
Dia beri aku banyak kesenangan dan nikmat hidup.
I was looking through blogs lately.
Ada yang membuka minda, ada yang membuat aku rasa kecil...
Tak kurang jugak dengan yang membuat aku lebih bersyukur.
I have a man yang mencintai aku sepenuh hati dia.
Yang menepati semua yang aku cari selama ni.
Yang tak banyak org lelaki lain ada sekarang ni.
Jadi, aku bersyukur atas kurniaan Allah membuka hati FF kepada aku...
Dan membuka hati aku kepada FF.
Aku berazam untuk lebih menghargai FF dan semua yang dia dah buat untuk aku.
Aku perlu bersyukur kerana aku punya kerja.
Ramai org lain susah nak cari kerja...aku habis belajar, trus ada kerja menunggu.
And then, career photography aku bermula.
Jadi, aku kena lebih rajin, dan tidak merungut dengan load di tempat kerja.
Aku punya keluarga yang cukup.
Abah, Mama, adik2 aku.
Dan juga extended family aku yang sentiasa ambil berat.
Walaupun aku tak rapat dengan family aku sendiri seperti orang lain,
tapi aku kena bersyukur sebab semuanya lengkap.
Dan aku masih dapat sambut raya dengan meriah bersama2.
Aku masih ada kawan2 yang caring dekat aku.
Yang walaupun berada di luar negara, tapi masih call sekali sekala tanya khabar.
Yang walaupun aku dah jarang lepak sekali, masih sudi ajak lepak.
Yang suka kacau2 aku dengan cerita & skandal dulu2 tanda dia rindu aku sebab bertahun tak jumpa.
Yang masih ingat hari jadi aku walaupun sibuk betul dengan kerja.
Aku sedar, kalau terus merungut dan negatif, bila kita nak bersemangat?
Put your shoulders up, life is a journey.
Future might be scarce, but you will be who you make yourself to be.
Aku berharap blogger2 dan kawan2 masih menulis.
Dan menjadi sumber inspirasi aku serta tak langsung, menasihat aku.
23.
Umur yang amat muda.
But I don't regret the road that I choose.
Life...is a matter of choices.
So choose wisely and forget not to be happy.
Smile. =)
p/s: FF, you gave me by far the best gift.
I cried watching it. With joy, love, happiness, everything that is positive.
I love you so much and forever always.
Tiada cerita terbaru...
Cuma ada photo terbaru...

Aku mahu buka buku baru.
Satu buku demi satu buku.
Buku pertama: Buku tentang hidup.
Aku mahu lihat kehidupan aku dari skala yang tertentu mulai dari masa sekarang.
Aku tidak mahu pandang ke belakang lagi.
Aku percaya aku mampu lalui semua, walaupun terlalu-lalu susah untuk tempuhi.
Aku lebih bersyukur sekarang bahawa hidup aku ini senang.
Bahawa aku ini lengkap.
Dan aku percaya, hidup aku bertambah cerah di masa hadapan.
That I will get there.
Buku kedua: Buku tentang Dia.
Aku percaya Allah sayangkan aku dan aku sayangkan Dia, mendambakan kemaafan Dia.
Allah tiada rasa benci dan Dia mampu mengubah seseorang jika hati itu merelakan-Nya.
Dan aku mahu ingat, tidak lupa, bahawa apa yang aku ada sekarang datang dari-Nya.
Dan aku perlu bersyukur untuk itu.
Buku ketiga: Buku tentang cinta.
Aku lebih bersyukur kini bahawa aku ditemukan dengan FF.
Dalam masa 3 tahun, aku belajar terlalu banyak benda yang tak banyak pasangan lebih 5 tahun belajar.
Aku menghargai FF kerana adanya dia, aku melalui banyak perubahan.
Dialah orang yang lihat aku di waktu aku hodoh, dan di waktu aku cantik.
Dialah orang yang sentiasa menjadi tulang belakang aku untuk aku tegak berdiri.
Dan aku yakin dan tahu, FF sayang aku lebih dari apa yang aku rasa.
Aku percaya aku perlu belajar dari FF,
dan FF juga perlu belajar dari aku.
Buku keempat: Buku tentang keluarga.
Aku akan tinggal di rumah keluarga ini.
Tapi, untuk mengelakkan perbalahan yang selalu berlaku sebelum ini, aku mahu duduk diam.
Aku akan bersuara bila perlu.
Aku akan mempertahankan diri aku bila perlu.
Lainnya, aku diam. Dan hanya membuat kerja sendiri.
Buku kelima: Buku tentang kerjaya.
Aku perlu kuat untuk hadapi dugaan di tempat kerja.
Dan aku tak perlu takut dengan perubahan.
Orang yang takut dengan perubahan, akan sentiasa berada di takuk yang sama.
Aku yakin aku akan sampai ke tahap yang membanggakan.
Namun, aku mahu sentiasa ingat untuk tak lupa dari mana aku mula.
Aku mahu push diri aku untuk lebih proaktif dan gigih dan rajin!
Buku keenam (mungkin buku terakhir): Buku tentang kebahagiaan & kesempurnaan.
Kebahagiaan datang bila aku yakin aku ada itu.
Kesempurnaan datang bila aku dalam dunia Allah yang positif.
Dan percaya, seburuk mana dunia dan kesusahan melanda, hati aku tetap di sini...
Beri laluan untuk diriku bekerja sementara.
Iklan di bawah melibatkan penggunaan tenaga, masa dan ekperimentasi terhadap foto lama.
Ini cubaan 1.0.
(Bunyi sayup-sayup bait korus lagu Pretty Ugly "Diari Seorang Lelaki" di belakang)


Wah, 12 jam!
Sabtu, Ahad.
9 pagi-9 malam, 9 pagi-9 malam.
Bulan ni,
turn aku pulak bekerja sorang2 di wing sebelah kiri office aku.
Aku suka:
Off hari weekdays.
Balik awal time weekdays.
Day shift.
Banyak masa edit gambar dan buat keje rumah.
Boleh jumpa FF.
Duduk sorang2 time weekend. Tak ada orang kacau.
Boleh pakai jeans.
Duit OT gegila.
Aku tak suka:
Kepenatan.
Sakit bahu.
Line telefon yang kureng dari North America.
Malas nak keluar carik makan.
Tak boleh buat fotografi time weekend.
Betul kata seorang rakan aku, Pok Ding.
Non-stop ni relax hahahah
Tapi baru seminggu kerja weekend.
Kalau setiap weekend macam ni kan best...
Tapi..adakah ni yang aku nak...?
Haloo!
Hehe.
Apa khabar semua?
Aku tengah sibuk dalam kerja fulltime yang makin memakan tenaga aku (grrr!),
fotografi (yang menyenangkan aku), meng-edit gambar (yg juga menyenangkan aku),
mendesign logo & business card.
Tak lupa juga tugas aku menjadi separa orang gaji di rumah (sebab maid dah takde),
peneman FF ketika dia memerlukan aku,
dan semua ini memakan masa & tenaga aku.
Lebih2 lagi apabila kerja full time ialah pada waktu malam.
Aduh!
Perit itu perit.
Sedangkan orang di rumah kurang faham situasi aku dan kerja aku,
apatah lagi orang luar.
Tapi aku gagahkan.
Sebab aku ada misi.
Misi fotografi huahahahah.
Anyway, sila pergi blog
ini.
Aku suggest perempuan je la.
Sebab di sini punya barang2 yang berkenaan perempuan sahaja.
Oh, ini ialah mempromosi blog ini.
Yang bukan aku punya blog ye!
Hehehehhehe...tapi memang aku kenal la tuan punya. =)
Itu saja buat kali ini.
Aku nak sambung buat kerja.
Ha ha!
Aku dah kembali!
Dengan semangat yang baru, dengan orang yang tak kira barunya! =P
Alhamdulillah, aku baik2.
Dah lama sangat aku tak guna desktop aku di rumah ni, dah berhabuk keyboard nya.
Betul, baru kejap tadi aku meniup2 keyboard untuk hilangkan habuk.
Tapi ada juga kesan2 degil yang gagal kutiupkan.
Aku makin tiada masa.
Sebab:
1. Maid rumah aku lari. Dengar kata ikut lelaki. Aku pun tak tau sape.
2. Kerja aku seperti biasa ditambah dengan training dan apa2 benda yang lain lagi yang aku kena ikut. Maknanya, mengambil lebih banyak masa aku.
3. Disela masa antara waktu aku pulang ke rumah, aku akan cuba berjumpa FF selama 2 jam.
4. Kadang2 jika aku kerja lambat, pagi tu aku akan jumpa FF. Tapi bukanlah berdating sangat pun. Dia sibuk dengan kerja dia. Aku cuma jadi pemerhati di tepi.
5. Dan kadang2 setiap hujung minggu, aku akan sibuk berfotografi orang kahwin ke tunang ke. Atau pergi seminar fotografi.
Sekarang ni aku rasa seperti mahu macam2 benda.
Antaranya ialah:
1. Nak sambung belajar Masters. Mungkin dalam bidang Fotografi, Design atau pun Business.
2. Nak ambil sijil Fotografi yang mempunyai waktu belajar jangka pendek.
3. Bernikah saja dan mengamalkan PJJ (perhubungan jarak jauh). Boleh tak? (Aku rasa FF mesti taknak).
4. Nak duduk kat rumah, mungkin kerja aku setiap bulan ialah hanya berfotografi dan mengedit gambar2 yang telah kuambil untuk diberi pada client.
5. Menjadi pakar motivasi dan memberi latihan ekslusif. Haha. Ada rupa tak? =P
Nak ada impian berjuta2 pun sebenarnya boleh...
Tapi kita ada ke semangat berjuang ke arah itu?
Aku kalau nak dikatakan mempunyai berjuta-juta impian.
Tapi berangan je tau.
Aku sendiri kurang yakin boleh ke aku achieve apa yang aku impikan.
Nasihat: Buatlah impian setinggi langit, tapi achievekan satu persatu. Kita tak boleh nak semua benda dalam satu masa.
Jadi, biar aku pikir sendiri!
Hoohohohohoh