Salam.
Ketika aku, FF & Lulu sibuk menghadirkan diri ke majlis2 aqiqah, kahwin & rumah terbuka, rupa2nya ada lahanat mana entah telah dengan sewenang2nya menghack email aku.
Aku sedar aku tak boleh nak login dalam email pada hari Ahad pagi...jadi hari ini aku check dgn lebih detail melalui laptop.
Cis, email aku telah di-disablekan & soalan security aku pun telah ditukar. Blog aku pun tak dapat nak masuk.
Puas aku cuba nk mengakses akaun aku tp x boleh.
Sebab email telah disable, aku kene hantar satu report kepada team Google untuk rectify probblem aku.
Alhamdulillah, setelah beberapa jam, kini aku dapat akses balik ke email aku. Fuh!
Sebab tu lah aku dapat menulis post ni.
Kalo tak, blog pun tak dapat masuk.
So, tips2 kepada yang xnk account kene hack, sila pastikan perkara berikut:
1. Tukarlah password sekurang2nya 2 kali setahun.
2. Make sure anda guna options "Always use https". Https ni lebih mantap security die dari http.
3. Ada satu lagi backup email supaya boleh recover password guna email lagi satu itu.
4. Mengguna hosting email yg mantap dr segi security & dr segi nak recover account yg kene hack spt Gmail.
5. Clear cache, forms & passwords setiap kali lepas menggunakan computer. Lebih2 lagi public computer spt di kafe siber dll.
6. Menggunakan anti-virus yg bagus & updated.
Jadi, selamat mengelakkan email anda dari digodam!
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
0 comments