Assalamualaikum...
Waktu dalam pantang, aku terjumpa artikel tentang mandi wajib selepas bersalin di http://hidayahmk.blogspot.com
Artikel ini sebernarnya menyelamatkan aku sebab sebelum ni aku tak tahu pun.
Aku rasa ramai perempuan masih tak tahu yang selepas bersalin, kita sebenarnye wajib mandi hadas besar 2 kali .
Iaitu mandi wajib kerana Wiladah (melahirkan anak) & kerana nifas (darah yang mengiringi wanita bersalin).
Mungkin ramai yg tahu tentang mandi kerana Nifas tapi ramai terlupa tentang Wiladah.
PERKARA WAJIB MANDI HADAS BESAR:
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan :
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita keliru (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.
Mandi Wiladah sebaiknya selepas bersalin atau sebaik sahaja wanita itu mampu bergerak untuk membersihkan diri.
Mandi Nifas pula ialah apabila darah nifas itu sudah tiada.
SELEPAS MELAHIRKAN ANAK SETIAP WANITA ISLAM WAJIB 2 MANDI:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar).
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:
‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’.
Alhamdulillah, setelah mengetahui tentang mandi Wiladah, aku terus mandi sebaik saja luka jahitan sembuh.
Jadi, harapnya kepada yg baca ni, kongsilah kepada wanita2 lain.
Tak semua org tau yg kita perlu mandi hadas besar 2 kali selepas bersalin.
Kaum lelaki especially si suami pun kenelah ambil tau hal2 mcm ni.
Learn as much as you can sebab korg adalah leader dalam sesebuah rumahtangga.
More on that later k.
0 comments