Tiba satu masa...
bila kau rasa yang kau adalah sangat sangat sangat useless.

Kau taktau apa kau nak buat...
Kau taktau mana nak tuju...
Kau taktau potensi apa yang kau ada...

Kau tak boleh nak bergerak mana-mana.

Banyak tanda soal dalam kepala,
Tapi kau tak boleh nak beri jawapan.

Kau buntu.
Kau tepu.

Rasa nak menjerit.
Rasa nak menangis.
Rasa nak lari dari waktu sekarang.

Kau tanya, apa yang kau perlu buat untuk survive dalam dunia?
Mana pergi mimpi dan impian?
Mana langkah yang dulu kau atur elok-elok?

Sudah.
Kau dah bosan sudah.
Terlalu banyak soalan.
Jawapan?
Tak satu pun yang pasti.

Labels: , ,


Setiap kali
Tiap kali aku jumpa kau,
Kau di depan mata aku...

I just keep falling head over heels in love with you
Over,
and over again...

=)
weeeee~!

(emosi seperti belon melayang2 di langit)

Labels: ,


current
It's been some time...
So much things...

Aku masih dalam proses menyiapkan album 2 org client aku.
Lepas tu, no more weddings!
Turn aku pulak nak kawin! Hehe.

Aku tau some people dah tanya pasal package2 kahwin aku bla bla.
Buat masa ni no weddings tapi kalau engagement insyallah boleh lagi.
Sila email aku and the details will be given.

Anyway, aku rasa nak kahwin ni, byk benda nak kene fikir.
But as long as you take it easy ok kot.
Tapi dalam part aku lak...aku terkejar2 sket.
Sebab album xsiap lagi...tapi at the same time aku nak kene jugak kluar settlekan hal kahwin.
So, xdpt lah nak take it easy sgt.

Alhamdulillah, r/ship dlm alam pertunangan is ok.
Korg yang nak tunang tu...jgn la dengar sgt ckp org lain.
People will always say tunang tu mencabar la ape la.
Sampai ade org takut nak tunang lama2 and so forth.
Trust me, kalo korg really is into the marriage takkan ada putus2 tunang ni.
Msk bulan ni aku dah bertunang selama satu setengah tahun.
Ups and downs mmg ada.
But we are happy with each other.

Aku belajar byk benda lepas tunang.
Letting go of benda2 kecik and be tolerant when needed.
Time tunang ni, aku bg FF time for his friends to be with him.
Sebab nanti lepas kahwin, dia dah xdpt nak lepak2 smpi pagi.

Even so, korg kene pandai la.
Jangan lak bg die smpi pijak kepala korg.

Although, aku nak tanya la to korg2 yg lelaki ni...
Kalau korg nak kahwin...korg excited tak?
And pada korg...bile nak buat majlis kahwin ni...mana aspect yg important?
Example, baju korg ke, photographer ke, aturan majlis ke, ??
(Duit tu mestilah yg utmost important kan...this is other than that)

Itu lah satu je yg aku rs btol2 aku blom dpt dr FF.
His excitement.
Aku nampak excitement die bile bincang psl duit, financing, dengan member2 die, beli rumah, survey property...
Tapi not at this.
Bila aku tegur dia marah.
Bila aku tanye benda2 kahwin pun dia bising.
Nak suruh die buat decision on stuff about kahwin dia xleh nak buat.

Korang mesti tak dpt bayang how FF marah or membebel or merungut and stuff.
Aku biasanya pun xde la nk ckp2 psl what I really feel psl FF ke apa kat sini.
Tapi aku takut...
Kalau dia rasa pressured being married to me or is actually not ready.
*sigh*

Ok lah. Signing out.
Til next time yg entah bile.

Labels: , , , ,


sick and unsettled
Aku tak patut berada depan komputer pukul 1:40 pagi ni.
Aku pening kepala. Aku rasa nak muntah.
Aku bukan pregnant ok!
(Sebab member tmpt keje aku boleh plak tanye soalan tu..cis)

Tapi...aku seperti addicted.
Kepada duduk depan komputer.
Aku perlu menaip.
Walau takde apa pun, aku perlu buat sesuatu depan komputer.

2-3 minggu ni aku kurang rehat.
2-3 minggu ni selalu sakit.
Baru-baru ni laptop kesayangan aku juga sakit.
Sampai kena hantar kedai.
Jadi, aku tiada laptop...hanya berbekal komputer besar di luar bilik.

Tinggal beberapa bulan untuk hari itu.
Masa semakin suntuk.
Fikiran mula berserabut.
Banyak banyak banyak benda tak settle.
Pelamin, door gift, kadi, etc.
Grr!
I need help!

-End of post. I need some rest as tomorrow is gonna be a super early day for me, thus gonna be not enough rest also.

p/s: I think I need to take leave for just a resting day for me.

Labels: , , , ,


The Legend: Khalifah Alam Maya
Tahun 2005.
Berada di Perth/Melbourne waktu sekarang ni.
Bersenang-senang di sana dengan keluarga.
Menyambut ke-20 dengan melihat keindahan negara Kangaroo.
Sempat lagi berinternet meninggalkan khabar diri di negara itu pada org di Malaysia.
Balik Malaysia.
Keluar dating 2nd time.
Dapat topi, tapi jarang pakai.

Tahun yang sama.
4 bulan kemudian.
Menjadi 'culprit' untuk surprise.
Bawak roommate beli tepung dan telur.
Dan sponsor kek yang mahal.
Kali ini, menyambut ke-20 the other half.




Fast-forward 4 tahun.
Hari ini.
Yang ke-24.
Telah graduate Masters.
Hampir menjadi suami orang.
An aspiring Businessman cum Project Manager berjaya.
Financial planner yang berjaya juga.

It's been 4 years.
4 years of educational, emotional, maturity, mindsetting and financial journey.
We have gone through a lot together.
You have mature into a great man.

I never doubt you of anything.
Your ability to go for the impossible.
Keep reaching for not just the moon and stars, but way beyond that.
You ARE THAT GOOD!

I believe wholeheartedly that we together can achieve that extra mile.
In years to come...
I believe that you will become a Legend.

Happy 24th Birthday, FF.
My soon-to-be-husband.

xoxo,
Si Kacang.

Labels: , , , , , , , , , ,


Batu kecil
1 May 2009. Aku akan ingat waktu ini.
Walaupun untuk seketika aku merasakan bahawa ia hari malang buat aku,
tapi ia sebenar satu hikmah yang Allah tunjuk pada aku.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Aku masih hidup.
Aku masih ada tangan, kaki, mata, telinga, cukup anggota tiada cacat cela.
Dan aku tidak diapa-apakan.

Hari itu, aku gerak dari KL ke Perak untuk memulakan tugas sebagai jurugambar perkahwinan.
Tiba aku dengan selamat.
Selesai sudah shoot pernikahan.
Tapi, aku perlu ke kedai runcit membeli bateri.

Salah aku sebab tak prepare bawak bateri extra dari KL.
Salah aku ambil U-Turn di jalan yang tidak patut U-Turn.
Salah aku sebab menyangka motor itu bergerak perlahan.
Salah aku motor itu laju lalu melanggar bumper kereta sehingga terkopak parak.

Waktu itu amat tegang.
Adik pengantin bersamaku dalam kereta.
Aku minta dia duduk dalam kereta supaya dia tidak diapa-apakan.
Mamat motor membawa gengnya dan aku seorang di tempat yang asing bagiku.
Mereka nak aku bayar, bawak motor ke bengkel bla bla.
Aku panik seketika.
Telefon FF tak berangkat.
Aku telefon mak FF beritahu aku accident teruk, dan tak dapat hubungi FF.

Tak lama kemudian, FF telefon.
Mulanya, dia tak percaya.
Dia cuba tenangkan aku.
Aku hilang arah apa perlu aku buat.
Aku hanya tau yang aku perlu report polis. Jalan yang selamat.

Allah Maha Besar.
Dia memberi aku pertolongan.
Mulanya, semasa geng mamat motor datang,
Dua orang pakcik berhenti di tempat kejadian.
Memastikan semua selamat.
Kemudian, ibu bapa pengantin datang ke tempat kejadian.
Cuba untuk menolong aku.
Bapa saudara pengantin juga datang untuk menolong aku.
Kemudian, pengantin lelaki dan kawan2nya datang untuk memberi pertolongan.
Fikiran aku berkecamuk.
Bagaimana untuk membawa kereta balik ke KL.
Mereka menolong aku deal dengan mamat motor dan gengnya.
Bapa pengantin tolong menelefon polis.
Sungguh ramai orang, dan aku mula rasa bahawa aku dah mula menyusahkan ramai orang waktu tu.

Akhirnya, berkat pertolongan yang Allah berikan pada aku,
dari kaum keluarga pengantin serta pengantin lelaki & sahabat pengantin,
Geng2 mamat motor setuju deal.
Allah juga yang melembutkan hati mereka.
Perasaan aku lega akhirnya ada jalan penyelesaian.
Polis tetap ambil maklumat kami.

Kerja aku belum habis.
Aku gigihkan diri kerana aku ada tanggungjawab.
Aku perlu kuat.
Seluruh keluarga pengantin sungguh baik pada aku.
Menanya akan keadaan aku dan keadaan kereta aku.
Airmata aku tetap tak mahu jatuh.
Aku gagah di hadapan orang...

Namun, bila aku berseorangan atau bercakap dengan FF,
tak semena2 aku menangis.
Aku menangis kerana aku lemah.
Aku menangis kerana aku rasa seperti menyusahkan mereka semua,
Aku menangis kerana Allah beri aku pertolongan kepada aku yang tak layak ini,
Aku menangis kerna Allah bagi aku peluang untuk hidup dan tak diapa2kan oleh sesiapa,
Aku menangis kerna mengenangkan suasana kemalangan itu.

FF berpesan pada aku jadi kuat.
Di saat getir itu, walaupun FF jauh,
tapi dialah pemberi semangat pada aku.
Dia ingatkan aku bahwa semua ni ada hikmah,
Ia menjadikan aku lagi kuat,
Bahwa Allah beri aku batu kecil supaya aku beringat dan bersyukur.

Aku mahu ingat waktu2 ini...
Kerana waktu ini menunjukkan bahwa aku tak keseorangan
Bahawa hidup kita perlu saling tolong-menolong
Bahwa Allah dah memberi aku seorang lelaki yang terbaik untuk aku
Bahawa aku perlu bersyukur dengan nikmat2 yang aku ada sekarang.

Aku mahu mengingatkan diri aku.
Andai kata satu hari nanti, aku lupa semua ini.
Aku bernasib baik diberi peluang lagi dalam hidup ni.
Pertolongan yang diberi pada aku tak ternilai harganya.
Pengantin, keluarga pengantin, sahabat pengantin...aku mahu ingat semuanya.
Bagaimana mereka sanggup turun ke tempat kejadian,
dan menolong untuk menyelesaikan perkara tu.

dan FF...tiada siapa yang boleh menjadi sebaik dia pada aku.
Kalau ada pun, aku akan tetap pilih FF.
Dia datang pada aku esoknya dengan menaiki bas.
Something that orang lain takkan percaya dia buat.
You've been there through all the good, bad and the worse.
I can't say how much more that I love you and will be there for you as what you have done for me.

Kepada kedua pengantin, keluarga dan sahabat mereka,
Aku berterima kasih yang tak terhingga banyaknya atas layanan dan pertolongan yang diberikan pada aku.
Aku berdoa bahwa keluarga sekalian dimurahkan rezeki dan dicucuri rahmat Allah SWT.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

"Adakalanya Allah akan timpakan (beri) kita batu kecil di tengah perjalanan agar kita beringat.
Jadi, jangan merungut malah bersyukurlah kita tidak ditimpa batu-batu besar."

Nota: 'Kejadian' ini tidak diketahui oleh parents aku. Sebab aku tak mahu diorang risau terlebih. Lagi-lagi sebelum pergi mak aku dah macam risau je. Samalah FF.
Tapi aku ok. Don't worry.

Labels: , , , , , ,


Kursus Kahwin - done!
Akhirnya!

Aku dah selamat berkursus kahwin!
Woohoo!
Selesai satu perkara lagi.

Tempat dia tak jauh dari rumah aku.
Nak jalan kaki pun boleh hehe.

Ini link dia: Kursus Kahwin

Dulu ini lah tadika aku.
Dah lama aku tak jejak sini.
Kini, kursus kahwin aku ambil dekat sini.

Atmosphere best.
Tak ramai sangat peserta, dalam 20-30 orang biasenye.
Jadi, banyak lah sesi soal jawab.
Ada jugak sesi practice akad nikah.
Dan mangsa nye ialah...yours truly, si khalifah alam maya.
Hahahah. Tau pun berdebar dia tu!

Kepada sesiapa yang rasa lagi suka session yang sikit orang, this is the place.
Kalau you guys lagi suka ramai2 orang, maybe tempat lain lagi sesuai.
Tapi aku suka kursus kahwin ni.
Makanan dia best!
Penceramah dia pun hebat2 belaka.
Except maybe ada cerita yang ulang2, mcm cerita yang couple terpijak batu tu.
Ample parking space, nak park kat dalam boleh, kat luar pun boleh.
The downside is, kalau nak sembahyang la.
Bilik ada. Tapi nak amik wuduk tu susah sket.
Yelah, tadika ni sink die rendah.
Kalau nak senang, pegi je masjid.
Bawak keta dalam 5 minit dah sampai.
Dokek sangat.
Penganjur dia Kak Ana memang sporting habis.
Husband dia agak pendiam sket.

Aku rasa awkward bila penceramah cerita pasal hubungan kelamin dan nak pakai macam mana untuk pikat suami.
Tapi...alhamdulillah, kursus ni tak banyak cerita benda2 yang mcm tu.
Sikit2 bagi pengetahuan dan nasihat ada lah.
Tapi tak mcm sesetengah tempat (dr cerita member2 aku).
Jadi, sapa yang duduk dekat2 damansara, taman tun, sungai penchala, sungai buloh dan yang sekutu dengannya, boleh pegi sini.
Sijil kursus pun leh amik dekat sini seminggu lepas tu.
Which means, ahad ni aku nak gi amik! Hehe.

Sila lah teka di mana En. Khalifah Alam Maya dan di mana cik Virgobiru.
Clue: Aku tak pakai baju kurung.

(Selambe je tak pakai baju kurung. Boleh aje..tapi kena lah sopan. Tapi hari sebelum tu aku memang pakai baju kurung. Hehe.)

Labels: , , , ,


cinta monyet
Cinta monyet pertama (secara official) aku berlaku sewaktu aku berusia 19 tahun.
Aku tak tau macam mana aku boleh suka mamat tu.
Aku tak tau tang mana aku boleh terpikat dengan dia.

Waktu itu aku tahun asas di UTM.
Aku masuk projek yang kebetulan harus aku kendali bersama dia.
Orangnya biasa saja.
Bawak skuter dan sanggup cat dengan nombor yang significant antara aku dan dia.

Entah macam mana, satu ketika dia ajak jumpa.
Start dari situ, dia cakaplah nak dating dengan aku bla bla bla.
Aku pun agree jela.

Hubungan tak lama. 3 bulan.
Dan itu adalah 3 bulan yang aku rasa lama.
Dengan barannya lagi.
Aku ditengking kat public. 
Sampai senior aku nampak dan bertanya pada aku keesokan harinya.
Alangkah malunya!
Kemudian sesuatu yang lain terjadi yang menyebabkan aku tak dapat menerima dia lagi.
Aku cuba untuk work it out.
Tapi aku masih tak dapat menerima kerna aku tau itu salah.

Sejak dari tu, aku tak pernah jumpa dia lagi. 
Dia pernah menelefon aku.
Aku layan tak layan jela.
Tapi aku tak pernah bersua muka dengan dia lagi.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu.
Aku nampak dengan mata aku sendiri. Depan mata aku.
Dia keluar dari pintu bangunan syarikat tempat aku kerja!
Aku terus memaling muka dengan harapan dia tak nampak aku.

Reaksi aku macam2.
Nak tegur, taknak tegur?
Apa implikasi kalau aku tegur?
Aku konfius.
Sembahyang pun tak khusyuk, masya-Allah.

Aku ambil keputusan tak tegur.
Dan aku amat-amatlah berharap, dia bukan seorang pekerja di syarikat yang sama!

Labels: , , ,