Ha ha!
Aku dah kembali!
Dengan semangat yang baru, dengan orang yang tak kira barunya! =P
Alhamdulillah, aku baik2.
Dah lama sangat aku tak guna desktop aku di rumah ni, dah berhabuk keyboard nya.
Betul, baru kejap tadi aku meniup2 keyboard untuk hilangkan habuk.
Tapi ada juga kesan2 degil yang gagal kutiupkan.
Aku makin tiada masa.
Sebab:
1. Maid rumah aku lari. Dengar kata ikut lelaki. Aku pun tak tau sape.
2. Kerja aku seperti biasa ditambah dengan training dan apa2 benda yang lain lagi yang aku kena ikut. Maknanya, mengambil lebih banyak masa aku.
3. Disela masa antara waktu aku pulang ke rumah, aku akan cuba berjumpa FF selama 2 jam.
4. Kadang2 jika aku kerja lambat, pagi tu aku akan jumpa FF. Tapi bukanlah berdating sangat pun. Dia sibuk dengan kerja dia. Aku cuma jadi pemerhati di tepi.
5. Dan kadang2 setiap hujung minggu, aku akan sibuk berfotografi orang kahwin ke tunang ke. Atau pergi seminar fotografi.
Sekarang ni aku rasa seperti mahu macam2 benda.
Antaranya ialah:
1. Nak sambung belajar Masters. Mungkin dalam bidang Fotografi, Design atau pun Business.
2. Nak ambil sijil Fotografi yang mempunyai waktu belajar jangka pendek.
3. Bernikah saja dan mengamalkan PJJ (perhubungan jarak jauh). Boleh tak? (Aku rasa FF mesti taknak).
4. Nak duduk kat rumah, mungkin kerja aku setiap bulan ialah hanya berfotografi dan mengedit gambar2 yang telah kuambil untuk diberi pada client.
5. Menjadi pakar motivasi dan memberi latihan ekslusif. Haha. Ada rupa tak? =P
Nak ada impian berjuta2 pun sebenarnya boleh...
Tapi kita ada ke semangat berjuang ke arah itu?
Aku kalau nak dikatakan mempunyai berjuta-juta impian.
Tapi berangan je tau.
Aku sendiri kurang yakin boleh ke aku achieve apa yang aku impikan.
Nasihat: Buatlah impian setinggi langit, tapi achievekan satu persatu. Kita tak boleh nak semua benda dalam satu masa.
Jadi, biar aku pikir sendiri!
Hoohohohohoh
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
6 comments
tapi awak dah achieve quite a few of your impians. the others are sure to follow :)
ReplyDeleteakhirnya dapat pujian, http://www.candidsyndrome.com/forum/viewtopic.php?t=10497
ReplyDeletehahahaha....
aku dah pindahkan wordpress blog aku tu ke hosting sendiri, under website mak aku yg bakal siap di http://purwati.com.my/abduljabbar
ReplyDeletelamanya tak datang sini....
ReplyDeleteapa kabar cik kak???
hehhe...
jaga diri!
~~salam ilynn...
ReplyDelete~~makin mencabar khidupn awk yerk!?
~~hope awk bjaya mcapai cita2 awk...
~~jgn lupe sy kat sini ye ;)
~~mcm best je nk wat PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) tu...
~~try la pujuk FF ;)
PJJ sangat lah x best!
ReplyDeleteaku mahu sentiasa di sisi dia sepanjang masa!
dats 1 of my reason tuk kahwin.
hahha..