Mungkin kah aku sedang mengalami fasa perubahan?
Aku kini banyak merenung dan berfikir.
Malah, FF pun berkata begitu.
Aku sedang cuba untuk melengkapi diri.
Menjadi seorang yang matang, isteri yang mematuhi suami, yang dapat menerima teguran dan bimbingan
Menjadi seorang yang ikhlas dan bijak dalam pemikiran Insya-Allah
Menjadi hamba Allah yang tidak melupakan agamaNya insya-Allah
Usaha aku dan FF mahu mematrikan hubungan kami dalam satu ikatan halal sesuatu yang suci
Tak mustahil kalau kami mahu lakukan sekarang
Namun, bernikah itu ada kesediaan hati juga
Kalau aku sedia, FF tak...susah juga
Allah akan menolong umatNya yang ikhlas mahu berkahwin,
tapi bukan kerana nafsu semata...ia juga perlu berlandaskan cinta kepada Allah SWT dan Nabi-Nya
Aku berharap dapat menunaikan umrah supaya hati aku lebih terbuka untuk berubah
Buat masa ini, yang dapat dilihatkan ialah umrahku yang pertama mungkin saja bersama FF
Insya-Allah, kalau ditakdirkan-Nya, dapat aku umrah sebelum bernikah
Aku teringin sekali menjejakkan kaki atas bumi Allah yang penuh barakah dan teramat suci itu
Aku menulis sebegini bukan bererti aku berubah selain-lainnya
Hati aku baru ini mencari keredhaan-Nya
Aku ingin memulakan setiap panggilan dengan Assalamualaikum
Memulakan hari dengan perasaan bersyukur aku masih dikurniakan satu lagi hari oleh Allah SWT
Aku ingin memulakan dengan harapan agar aku dapat menangkis godaan sehari-harian oleh dunia dan syaitan laknatullah
Biarlah dunia itu berada di tanganku, tapi jangan Kau biarkan ia menetap dalam hatiku.
Sungguh, terlalu banyak yang aku mahu luahkan.
Apa yang pasti, aku rasa diriku dah terlalu menjauh dari Tuhanku, Ya Allah
Aku bukanlah seorang yang baik-baik akhlaknya, yang suci hatinya, mindanya, matanya, telinganya...tapi tidak salah untuk aku mahu kembali.
Mencuba jadi umat-Nya yang sebaik mungkin, sedaya aku.
Aku berserah dan berharap FF didatangkan padaku dengan niat untuk membimbing
Bismillahi Tawakkaltu Ala Allah...
Dengan menyebut namamu, aku berserah padamu Ya Allah!
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
2 comments
Salam,
ReplyDeleteIlyn, dalam hidup ni, hidayah hanya datang sekali. Nampaknye, macam cahaya hidayah yang agung tu sedang cuba masuk ke dalam hati ilyn.
Manusia gelisah dan keliru hanya atas 2 perkara: (i think u know this)
1. Hidayah nak masuk dalam hati
2. Hidayah nak keluar dari hati
Aku rase, ilyn tergolong dalam golongan pertama. JAdi,jangan lari. Kerana kalau lari, takut selepas ni takkan dapat rasa lagi kenikmatan hidayah tu. Jadi :
1. Zikir sentiasa.
2. Ingatla, kite ada Allah yang sayang kita.
So dear, cheers!!
~~Ya Allah...ini kah yg dikatakan Hamba Allah yg bertuah!?
ReplyDelete~~teramat bersyukur kerana mempunyai sahabat yg membuat kita sedar akan kehidupan di dunia ini hanya la sementara...
~~semoga kita sama2 mendapat rahmat dari Nya, Amin...