Hai kawan-kawan,
Sudah kira-kira 2 minggu aku menghilang.
Sejak dari 2 post aku yang lepas, hidup aku seperti...mencari-cari.
Mencari apa...aku sendiri tak pasti.
Tapi entah kenapa...bila aku berfikir atau duduk sendiri, kepala aku dipenuhi dengan bermacam-macam hal dan persoalan.
Orang lain mungkin nampak aku tersenyum, gembira, seperti biasa...
Tapi aku terganggu.
Aku terganggu dengan masalah yang aku sendiri sukar nak ceritakan.
Kian hari aku terasa seperti seorang pelakon yang dipaksa melakonkan babak-babak bosan yang acap kali diulang-ulang.
Apakah ini "Go with the flow" yang diperkatakan?
Kalau beginilah, aku tak dapat membayangkan bagaimana hidup ini menjadi sesuatu yang bermakna.
Terus terang aku katakan, semangat aku semakin pupus, keyakinan aku dah dibawa angin entah kemana
Aku seolah-olah bukan diri aku lagi.
Aku seolah-olah terapung dari jasad aku dan melihat hari ke hari akan kepura-puraan aku.
Mungkin antara kamu semua bertanya, "Bagaimana pula FF? Tidakkah dia tahu semua ni?"
Memang. FF seorang yang aku boleh sandari seberapa lama aku mau. Dia memahami aku.
Bila aku bersama dia, hilang semua keserabutan.
Tapi, tidak pula aku ceritakan pada dia.
Kenapa? Kerana aku tak tahu nak cerita bagaimana, nak mula dari mana...dan dia mempunyai lebih banyak hal daripada apa yang aku ada.
Dari sini, aku dapat tahu bahawa setiap kali aku bersama FF, ia hanyalah keperluan nafsu.
Setiap kali aku cuba meluahkan, setiap kali itu lah ia terhenti di permulaan atau hampir di pertengahan.
Aku tersedar pada kali terakhir aku bertemu FF.
Hati aku terganggu...aku mahu beritahu bahawa aku dah mula sunyi, aku tiada keyakinan yang aku layak bersamanya, bahawa aku telah cuba tapi entah kenapa aku masih orang yang sama, yang aku dah bosan menjalani routine kehidupan...
Tapi, nafsu menghalang aku untuk berkata-kata.
Nafsu berkata, lupakan semua...bergembiralah tika bersama kekasihmu, bergembiralah kau dalam pelukannya...
Tetapi, apabila aku tak bersama FF, datang lagi emosi itu.
Aku masih mencari...
Mancari apa...aku masih tak pasti..
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
5 comments
ilyn, u think too much la kot. jgn pk byk sgt.just nikmati ape yg ade di depan mata selagi ada, nnt bila takde nyesal, okkk. be cool ;p
ReplyDeletejadi manusia yg optimis
ReplyDeletekamu tk akan pikir yg buruk2
btw, apa kabar?
sihat kan?
know 1 thing...
ReplyDeleteDarah orang btunang ni manis. Macam2 dugaan akan datang..
Cheers!!
aku sokong ckp lisa tuh..kau pk bnyk sgt ili..
ReplyDeleterilek rilek je..
brla comel--x mmbina langsung komen aku
aaaaaaawwwwwwww...ikan so sweet..*hugs* hahahahahah
ReplyDelete