1 May 2009. Aku akan ingat waktu ini.
Walaupun untuk seketika aku merasakan bahawa ia hari malang buat aku,
tapi ia sebenar satu hikmah yang Allah tunjuk pada aku.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Aku masih hidup.
Aku masih ada tangan, kaki, mata, telinga, cukup anggota tiada cacat cela.
Dan aku tidak diapa-apakan.
Hari itu, aku gerak dari KL ke Perak untuk memulakan tugas sebagai jurugambar perkahwinan.
Tiba aku dengan selamat.
Selesai sudah shoot pernikahan.
Tapi, aku perlu ke kedai runcit membeli bateri.
Salah aku sebab tak prepare bawak bateri extra dari KL.
Salah aku ambil U-Turn di jalan yang tidak patut U-Turn.
Salah aku sebab menyangka motor itu bergerak perlahan.
Salah aku motor itu laju lalu melanggar bumper kereta sehingga terkopak parak.
Waktu itu amat tegang.
Adik pengantin bersamaku dalam kereta.
Aku minta dia duduk dalam kereta supaya dia tidak diapa-apakan.
Mamat motor membawa gengnya dan aku seorang di tempat yang asing bagiku.
Mereka nak aku bayar, bawak motor ke bengkel bla bla.
Aku panik seketika.
Telefon FF tak berangkat.
Aku telefon mak FF beritahu aku accident teruk, dan tak dapat hubungi FF.
Tak lama kemudian, FF telefon.
Mulanya, dia tak percaya.
Dia cuba tenangkan aku.
Aku hilang arah apa perlu aku buat.
Aku hanya tau yang aku perlu report polis. Jalan yang selamat.
Allah Maha Besar.
Dia memberi aku pertolongan.
Mulanya, semasa geng mamat motor datang,
Dua orang pakcik berhenti di tempat kejadian.
Memastikan semua selamat.
Kemudian, ibu bapa pengantin datang ke tempat kejadian.
Cuba untuk menolong aku.
Bapa saudara pengantin juga datang untuk menolong aku.
Kemudian, pengantin lelaki dan kawan2nya datang untuk memberi pertolongan.
Fikiran aku berkecamuk.
Bagaimana untuk membawa kereta balik ke KL.
Mereka menolong aku deal dengan mamat motor dan gengnya.
Bapa pengantin tolong menelefon polis.
Sungguh ramai orang, dan aku mula rasa bahawa aku dah mula menyusahkan ramai orang waktu tu.
Akhirnya, berkat pertolongan yang Allah berikan pada aku,
dari kaum keluarga pengantin serta pengantin lelaki & sahabat pengantin,
Geng2 mamat motor setuju deal.
Allah juga yang melembutkan hati mereka.
Perasaan aku lega akhirnya ada jalan penyelesaian.
Polis tetap ambil maklumat kami.
Kerja aku belum habis.
Aku gigihkan diri kerana aku ada tanggungjawab.
Aku perlu kuat.
Seluruh keluarga pengantin sungguh baik pada aku.
Menanya akan keadaan aku dan keadaan kereta aku.
Airmata aku tetap tak mahu jatuh.
Aku gagah di hadapan orang...
Namun, bila aku berseorangan atau bercakap dengan FF,
tak semena2 aku menangis.
Aku menangis kerana aku lemah.
Aku menangis kerana aku rasa seperti menyusahkan mereka semua,
Aku menangis kerana Allah beri aku pertolongan kepada aku yang tak layak ini,
Aku menangis kerna Allah bagi aku peluang untuk hidup dan tak diapa2kan oleh sesiapa,
Aku menangis kerna mengenangkan suasana kemalangan itu.
FF berpesan pada aku jadi kuat.
Di saat getir itu, walaupun FF jauh,
tapi dialah pemberi semangat pada aku.
Dia ingatkan aku bahwa semua ni ada hikmah,
Ia menjadikan aku lagi kuat,
Bahwa Allah beri aku batu kecil supaya aku beringat dan bersyukur.
Aku mahu ingat waktu2 ini...
Kerana waktu ini menunjukkan bahwa aku tak keseorangan
Bahawa hidup kita perlu saling tolong-menolong
Bahwa Allah dah memberi aku seorang lelaki yang terbaik untuk aku
Bahawa aku perlu bersyukur dengan nikmat2 yang aku ada sekarang.
Aku mahu mengingatkan diri aku.
Andai kata satu hari nanti, aku lupa semua ini.
Aku bernasib baik diberi peluang lagi dalam hidup ni.
Pertolongan yang diberi pada aku tak ternilai harganya.
Pengantin, keluarga pengantin, sahabat pengantin...aku mahu ingat semuanya.
Bagaimana mereka sanggup turun ke tempat kejadian,
dan menolong untuk menyelesaikan perkara tu.
dan FF...tiada siapa yang boleh menjadi sebaik dia pada aku.
Kalau ada pun, aku akan tetap pilih FF.
Dia datang pada aku esoknya dengan menaiki bas.
Something that orang lain takkan percaya dia buat.
You've been there through all the good, bad and the worse.
I can't say how much more that I love you and will be there for you as what you have done for me.
Kepada kedua pengantin, keluarga dan sahabat mereka,
Aku berterima kasih yang tak terhingga banyaknya atas layanan dan pertolongan yang diberikan pada aku.
Aku berdoa bahwa keluarga sekalian dimurahkan rezeki dan dicucuri rahmat Allah SWT.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
"Adakalanya Allah akan timpakan (beri) kita batu kecil di tengah perjalanan agar kita beringat.
Jadi, jangan merungut malah bersyukurlah kita tidak ditimpa batu-batu besar."
Nota: 'Kejadian' ini tidak diketahui oleh parents aku. Sebab aku tak mahu diorang risau terlebih. Lagi-lagi sebelum pergi mak aku dah macam risau je. Samalah FF.
Tapi aku ok. Don't worry.
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
3 comments
uish..gerunnya dgr mat motor tu..nasib baik ade org tlg kan.phew!
ReplyDeletenasib baik ko tak di apa apa kan.amin
wow..thats scary...
ReplyDeletenasib takde pape Ili..mengingatkan kita masih byk org baik2 kat dunia ni..
and it was so sweet of FF to come to you as soon as he can..eventho everything was settled...jst to be with u...
pengajaran kat sini ialah...anda perlukan bodyguard sepenuh masa..hehehehehe
i am Extremely lucky!!!
ReplyDelete=)
Alhamdulillah..I would never forget that day.
I'm lucky i'm still here and enjoying my life.
No one I believe would ever want that to happen to themselves.
So guys, pls be careful while driving!