Aku mahu buka buku baru.
Satu buku demi satu buku.
Buku pertama: Buku tentang hidup.
Aku mahu lihat kehidupan aku dari skala yang tertentu mulai dari masa sekarang.
Aku tidak mahu pandang ke belakang lagi.
Aku percaya aku mampu lalui semua, walaupun terlalu-lalu susah untuk tempuhi.
Aku lebih bersyukur sekarang bahawa hidup aku ini senang.
Bahawa aku ini lengkap.
Dan aku percaya, hidup aku bertambah cerah di masa hadapan.
That I will get there.
Buku kedua: Buku tentang Dia.
Aku percaya Allah sayangkan aku dan aku sayangkan Dia, mendambakan kemaafan Dia.
Allah tiada rasa benci dan Dia mampu mengubah seseorang jika hati itu merelakan-Nya.
Dan aku mahu ingat, tidak lupa, bahawa apa yang aku ada sekarang datang dari-Nya.
Dan aku perlu bersyukur untuk itu.
Buku ketiga: Buku tentang cinta.
Aku lebih bersyukur kini bahawa aku ditemukan dengan FF.
Dalam masa 3 tahun, aku belajar terlalu banyak benda yang tak banyak pasangan lebih 5 tahun belajar.
Aku menghargai FF kerana adanya dia, aku melalui banyak perubahan.
Dialah orang yang lihat aku di waktu aku hodoh, dan di waktu aku cantik.
Dialah orang yang sentiasa menjadi tulang belakang aku untuk aku tegak berdiri.
Dan aku yakin dan tahu, FF sayang aku lebih dari apa yang aku rasa.
Aku percaya aku perlu belajar dari FF,
dan FF juga perlu belajar dari aku.
Buku keempat: Buku tentang keluarga.
Aku akan tinggal di rumah keluarga ini.
Tapi, untuk mengelakkan perbalahan yang selalu berlaku sebelum ini, aku mahu duduk diam.
Aku akan bersuara bila perlu.
Aku akan mempertahankan diri aku bila perlu.
Lainnya, aku diam. Dan hanya membuat kerja sendiri.
Buku kelima: Buku tentang kerjaya.
Aku perlu kuat untuk hadapi dugaan di tempat kerja.
Dan aku tak perlu takut dengan perubahan.
Orang yang takut dengan perubahan, akan sentiasa berada di takuk yang sama.
Aku yakin aku akan sampai ke tahap yang membanggakan.
Namun, aku mahu sentiasa ingat untuk tak lupa dari mana aku mula.
Aku mahu push diri aku untuk lebih proaktif dan gigih dan rajin!
Buku keenam (mungkin buku terakhir): Buku tentang kebahagiaan & kesempurnaan.
Kebahagiaan datang bila aku yakin aku ada itu.
Kesempurnaan datang bila aku dalam dunia Allah yang positif.
Dan percaya, seburuk mana dunia dan kesusahan melanda, hati aku tetap di sini...
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
3 comments
mana buku tentang frenship dan kawan2?
ReplyDeletex cinta medik la gini
Ada lagi satu buku yang boleh membantu jikalau ditimpa kesusahan di masa hadapan:
ReplyDeleteBuku policy Takaful dan Medical Card
Senang je nak buku ni.. aku boleh bagi free (lepas kau signup dgn aku la)
Semoga berjaya Ilynn! (tiba2)
membaca post kau ni kan ilyn spt memveri satu inspirasi kpd aku yg tgh serabut ni. hmmmm... bagus2..
ReplyDelete