Assalamualaikum.
Ah, actually aku & FF baru saja menyambut ulangtahun perkahwinan kami yg ketiga Rabu lepas. Pejam celik kejap je dah 3 tahun..rsnye mcm baru 2 tahun huhu.
Alhamdulillah, aku rasa kami on the right track. Ada la jugak benda yg kami sacrifice, tapi I'm sure it will go the right way soon. Kene bersabar la.
Kami pun ada Lulu yg banyak menyerikan hidup kami. Tak sangka dah sampai di sini dah relationship ktrg. Daripada kenalan biasa, kepada kawan, kepada kekasih, kepada suami isteri and now dah jadi mommy & daddy. Aku berdoa hanya yang terbaik untuk kami & berharap Allah bukan saja memurahkan rezeki kami sekeluarga tapi menetapkan kebahagiaan dalam family kami juga. Selain tu, aku sentiasa meminta pada Allah utk mendekatkan kami pada-Nya.
Insya-Allah. =)
Happy 3rd Anniversary to us.
Love you my husband FF & love you my daughter Lulu. Muahhxx! =D
Assalamualaikum...
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to meeeee.
(sing along ikut birthday song)
Yes u olls! Haha hari ni birthday aku woo!
Walau pun begitu, aku skrg ni berada di Kota Tinggi, Johor atas urusan family wedding.
Wedding cousin aku yg dh mcm adik beradik sendiri..
So, kami semua tgh amat excited preparing for the wedding.
Tetapi...FF tak bersama2 dgn aku skrg ni. =(
Aku rasa ni 1st time aku x celebrate bday dgn die sepanjang 7 tahun kenal die.
Dia cuma akan tiba esok sebab die ade seminar pulak pagi Sabtu ni.
Aihhh..di waktu begini la rasa rindu lak kat dia.
Biase2, xde la rindu ape pun. Agaknya sebab jauh kot hehe.
Umur dah 27 tahun...tapi aku rasa jiwa masih 25 tahun? Hehe.
Tak sangka, sekejap je dh 27 tahun aku ni.
Azam 27 tahun aku ni ade la beberapa...
Tapi dgn FF pun aku x cite sgt, takkan la aku nak cite kat sini kan.
Apa yg bole aku ckp skrg, tunggu saja la...
Poyo lak aii..hahahha
Dulu, aku target 27 tahun ni la aku kahwin.
Tup tup, aku kawin 3 tahun lg awal. Fuyyoooh, sape yg tak terkezuuut?
Aku sendiri pun tak percaya...but it happened.
Allah knows best kan.
Alhamdulillah.
Anyway, again Happy birthday to me.
I pray that I will be able to enjoy life as it goes, with positivity.
Trying to be as best as a person as I possibly can be.
Trying to be a good wife & mom & daughter also.
I pray that Allah will guide me to the right path.
Insya-Allah.
Love, Hugs & Kisses to all.
Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fi khair (nyanyi lagu Maher Zain sikit).
Assalamualaikum.
May Peace be upon you.
I have been busy!
Firstly, since my last post, I have been busy with work, attending weddings + taking care of my Dahlia & si Capang.
Quite few things happening in my life...but today I'm going to cerita about Faith.
About a month ago, I dreamt about enrolling for agama class at this famous place that my mom goes to for her classes & talks.
Told FF about my dream and he immediately reacted, "Alhamdulillah!"
Then, few days later, I received an sms from that place about a talk going on there.
I was shocked because I didn't give my number to them & I certainly don't think my mom did.
It was like a sign...
And starting from that point on, I started to dream many agama related stuff & was also interested in many agama topics.
In Malaysia, the Islam teachings that we always see on tv are always being manipulated by politicians.
Every single thing seems to be haram, bidaah, syirik etc etc.
Even I got confused whether or not we can do certain stuff or not.
Alhamdulillah, I got FF who is vastly knowledgeable in Islamic teachings.
Last week, Mufti Ismail Menk came to KL.
Somehow, when my mom told me that she will be going to his talks, I became interested.
Something in me told me to go...I did.
And it was amazing. An eye-opener. A spiritual motivation.
It is very hard to find someone who guides us to greatness with sincerity & passion for Allah.
And also someone who carries an authentic teachings in Islam.
I feel blessed & motivated after hearing his lecture.
He said that a lot of people work so hard night and day to be rich, in order to buy this and that.
But, they forget to work hard to prepare for the day where we meet our Maker, Allah swt.
It is not wrong to work hard to survive in this world, but you must work equally hard to survive Qiyamah (the Hereafter).
He also pointed out that, if we can read many many books throughout our lifetime, why can't we spend some of that time reading AND understanding the Quran?
There are lots of points that he gave, including worshiping only Allah and do not associate any partnership with none other than Him.
This is because, a lot of Muslims nowadays are leaning to worshiping pious people.
This is a sin. Pious people are to guide us, so we Follow them, not worship them.
The same as to Muhammad SAW. He is the messenger of Allah swt, so we Follow him. And Worship only Allah.
Okay, I don't want to make this entry too 'lecturing'.
I myself is not that perfect. I am just a slave in this materialistic world.
It is just, I feel that I am just stepping into this world.
And it is not a good sight. For the eyes, the mind or the heart.
I realized that all this time I am searching for my place...searching my purpose.
I may not have found it yet but I found several things that I want to do and pursue.
Firstly, I want to start seriously on my own spiritual journey.
My journey may be slow. But it's a start.
At least I am taking a step.
In front of me, is not an easy road.
I will step forward anyway. As long as I'm sincere, He will be there for me.
Amin.
Waktu sekolah dulu, tak kira la budak perempuan ke lelaki, akan tulis dalam satu kertas.
Dalam tu terkandung list kriteria lelaki/perempuan macam mane kite nak.
Waktu tu list aku ialah:
1. Beriman
2. Good-looking
3. Baik
4. Tak hisap rokok
Itu jela yang aku ingat.
Lepas habis SPM, aku ada target aku sendiri.
Aku lebih memilih.
Waktu sekolah, aku refuse nak ber-couple2 ni.
Bagi aku, buang masa dan aku pun masih tak matang.
Lebih2 lagi, waktu sekolah aku dah jumpa mcm2 jenis lelaki.
Jadi, bagi aku future aku terletak dengan cara aku memilih siapa kawan aku dan siapa teman hidup aku.
Aku memang byk kawan lelaki.
Yela, tomboy dari kecik.
Ada sebahagiannya jadi scandal, tapi tak pernah menjadi.
Ada je timbul situasi2 yang memberi aku petunjuk.
Alhamdulillah...
2004.
Pertama kali aku bertemu FF.
Pertama kali bertentang mata.
Perasaan aku? Aku tak nak ckp kat sini haha.
2005.
Waktu bila FF & aku in contact semula.
Dan tahun ni bermula segalanya.
2007.
Tahun yang amat amat bermakna.
Aku dan FF grad.

Dan kami bertunang.

2009.
Lebih bermakna.
FF grad MBA.

Dan kami melangsungkan perkahwinan kami.

Inilah dia orangnya.
Kriteria apa yang ditepatinya?
Semua yang aku listkan sewaktu lepas SPM.
Seorang yang boleh membimbing aku menjadi lebih baik.
Mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengingatkan aku jika aku lalai.
Mempunyai paras rupa yang elok.
Mempunyai potential untuk berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah.
Berpengetahuan dalam hal mencari, menyimpan dan me-manage duit.
Sebaya tapi matang.
Lain daripada yang lain.
Tak merokok.
Dan yang paling penting, boleh terima aku yang dulu dan sekarang.
Dan memahami aku luar dan dalam.
Seorang yang akan jadi best friend aku seumur hidup.
Selamat Hari Jadi, FF.
Tahun ni first birthday as a husband.
First birthday with me as your wife.
You're special because I specifically chose you when none others caught my heart.
You captured me in ways that no one could.
Orang doakan segala yang baik2 untuk awak.
Panjang umur, murah rezeki, lebih dekat dengan Allah...
Semuanya yang baik2 =)
You know how much I love you...
Lately, aku rasa mcm nak duduk rumah je.
Layan FF, jaga makan dia semua...
Aku & FF dalam 5 hari weekdays, boleh kira la brp jam ktrg jmpe, borak2.
Satu, both of us keje.
Dua, sorang keje siang, sorg keje malam.
Tiga, FF tido je..aku balik. Aku tido...FF gi keje.
The only time we really have is on weekend.
Itu pun kalau xde aktiviti lain.
So, due to this factors, banyak bende aku tak dapat buat with him.
1. Masak:
Aku selalu sangat nak masak for FF.
Breakfast, lunch, dinner...
Tapi sejak kahwin ni, aku boleh kira brp kali je aku masak.
Awal2 kawin ade jugak masak, tapi malam hari FF lepak dgn member die...
tak luak pun nasik yg ade.
Kadang2, bile aku keje lambat mcm kol 4 ke, FF akan gigih balik.
Sebab nak makan dgn aku.
Aku pulak makan tak jaga...
Sampai dia ckp, "Kalau org takde, awak takkan makan."
Yela, aku breakfast pun tak.
Which leads to,
2. Makan together:
Time breakfast, FF akan breakfast sorg2 kat office.
Sebab aku biasenye akan tido.
Keje malam penat dowh...lagi2 kalo kene balik kol 1.
Time lunch, ikut my work schedule.
Kalau keje lambat, boleh la lunch same2.
Kalau keje awal, tak dapat la.
Time dinner pulak, confirm2 FF dinner sorg2.
At times, member2 die ajak dinner same2.
Kire ok la kalu ade org teman die.
But still aku rasa bersalah coz kesian die.
Dah kawin but xde org jaga makan die.
Makan luar jugak tiap2 hari.
3. Family event:
Biasenye, aku akan MIA.
FF je yg attend family events, aku pulak kene keje.
Kalau sound awal2, ok la kot dpt pegi.
So, most of the times, tak dpt la aku pegi sbb diorg sound pun last minute.
Kalo sound awl sket, biasenye kene amik cuti la ape lagi.
And cuti pun susah nak dpt sbb usually dh ade org lain book.
Hmm...
Then,
4. nak ada Baby:
Aku keje malam...rasa cm bersalah lak nak ada baby.
FF pun tak setuju if we have a baby while I'm working late at night.
Nanti sape nak jaga?
Aku kalau bole, anak2 tu nak la aku jaga sndiri...
Bile dah besar sikit, baru la amik pengasuh ke ape.
So, at this moment of time, belum lagi kot.
But still, kalau Allah bagi rezeki, then we have to come up with a solution.
So, I guess that's soem of the downsides yg we have la skrg.
But I am blessed to have someone yg understanding as FF.
Dia tak kesah sgt and die slalu ckp, "Takpela..skrg ni kite susah2 dulu.."
Alhamdulillah, we're blessed with many things.
Rumah ade, kereta ade, keje ade, mmg cukup.
They are of course upsides to our situation, tp maybe lain kali aku cite.
Skrg ni bersyukur la dgn ape yg ade...just look at the upsides je.
Insya-Allah one day, maybe aku boleh conquer the downsides tu.
To FF: Thanks syg for having me as I am and let me work my way =) Love you lots and lots!
Aku masih dalam tercari-cari apa yang aku nak buat dalam hidup.
Kalau lah ambil gambar & edit gambar boleh bagi duit yang besar...
Malaysia masih belum di tahap itu...



Anyway, I'm ready to go back to photography.
Sape nak amik outdoor pre-wed or fun shoot out?
Jom!
The ONLY thing that mattered in 2009:

I don't want to care about all the sadness, the struggles, the sakit hati etc.
I am just grateful to Allah for my destiny, for giving me a life full of happiness and gratefulness. Alhamdulillah.
I am ready for 2010.
I know my life is the result of my choices.
I know that He will not burden me with what I am not able to handle.
So here I am.
Ready for another year of much rocking excitement~
Insyallah. =)




Aku taktau apa motif nk menulis ni.
Sekadar nak mengupdate kot.
Agak lama aku ni asik menyepi je.
Kejap ada kejap takde.
Mcm chipsmore.
Well, 2010 is just around the corner and I have sooo much plans for next year!
Tak sabar nak bercuti2..especially with my FF.
Fuh, aku dh bersuami beb!
I am putting up a list of to dos in 2010...so watch out for that!
Tapi azam aku yang pertama mulai hari ini..ialah untuk mengupdate blog!!
Kita tgk sejauh mana aku boleh stick to it. Yeahhhh chaiyok!
Kitorg mmg tak banyak gambar yang casual2 la...ni antara yang paling latest aku boleh jumpa.
Kembali aku lagi.
Kali ini aku bukan Cik.
Kali ini aku bukan si Dara.
Kali ini aku bukan Single.
Kali ini aku sebagai "orang rumah"
Perkahwinan tu sangat membahagiakan.
Muncul perasaan baru yang aku tak dapat sewaktu sebelum akad.
Aku akan tidur di bawah kalau suami belum balik lewat malam.
Aku gigih bangun di awal pagi untuk siapkan sarapan.
Aku akan sentiasa rasa bersalah bila pergi kerja sebab tau suami akan keseorangan pada waktu makan malam.
Aku akan make sure suami makan malam walaupun aku tiada di sisinya.
Dan sebagainya lah...
Sudah 18 hari, badan aku masih tak biasa dengan adanya orang lelaki di sisi.
Sering bangun di tengah2 malam tanpa ada sebab.
Tapi ternyata bila aku dalam pelukan suami, aku rasa everything is just fine...
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Mungkin ada hiccups sana sini, but yang penting semua selesai.
Kami perlu menginjak ke alam nyata balik.
Back to daily task.
Thank you for those who came.
I truly truly appreciate it.
Thank you juga bagi hadiah2 yang diberi.
Insyallah akan dimanfaatkan.
Thank you untuk Sue, Jabbar, Acong, Azira & my sister, Dini sebab jadi pengapit kitorang.
Thank you to Amar aka Sanitoria yang jadi MC untuk majlis aku plus backup photog =)
Thank you to backup photog lain, Pokpih, Syafiq Azim, Jabbar...ada lagi ke aku tak sebut?
Thank you to ALL yang participate on my wedding.

Gambar tido waktu pasang inai di Paroi, Seremban.
Gambar wedding akan menyusul di post akan datang.
Aku selalu TRY to tanamkan sifat positif.
Cuba selalu senyum, happy.
Selalu cuba berfikir positif dan cuba tak ambil peduli orang lain kata.
Tapi hari ni, kepala aku berat.
Sarat.
Dengan perkara2 yang aku tak ambil peduli sebelum ni.
Dengan perkara2 yang berlaku kebelakangan ni.
Dengan perkara2 yang berpunca dari aku.
Dengan perkara2 yang menyakitkan hati.
Dengan perkara2 yang membabitkan perasaan aku.
Dengan perkara2 yang mendatangkan negativiti.
Aku marah.
Benci.
Rasa mau menjerit sekuat hati.
Rasa mau menampar-nampar diri sendiri.
Aku tak tahan.
Tak tahan dengan diri aku sendiri.

Apa yang aku nak buat dalam hidup aku sebenarnya?
Aku tercari-cari.
Aku mencari.
Tapi aku masih tak jumpa.
Aku geram.
Sungguh lama aku mencari.
Tak jumpa-jumpa.
Aku in the verge of breaking down.
Mahu saja aku gerudi kepala aku ni.
Nak tengok apa di dalam.
Nak mengeluarkan apa yang tersembunyi dalam kepala otak aku ni.
Aku sedih.
Hampa dengan diri aku.
Aku sering bandingkan diri aku dengan kebanyakan orang yang aku jumpe/kenal.
Dengan FF, jauh beza.
Bila aku lihat dia, aku tanya diri aku sendiri.
Boleh ke aku capai tahap yang dia dah capai?
Boleh ke aku jadi macam dia?
Ah, aku geram sangat terhadap diri aku.
Wake up!
Mana arah tujuan aku sekarang ni?
Tahun 2005.
Berada di Perth/Melbourne waktu sekarang ni.
Bersenang-senang di sana dengan keluarga.
Menyambut ke-20 dengan melihat keindahan negara Kangaroo.
Sempat lagi berinternet meninggalkan khabar diri di negara itu pada org di Malaysia.
Balik Malaysia.
Keluar dating 2nd time.
Dapat topi, tapi jarang pakai.
Tahun yang sama.
4 bulan kemudian.
Menjadi 'culprit' untuk surprise.
Bawak roommate beli tepung dan telur.
Dan sponsor kek yang mahal.
Kali ini, menyambut ke-20 the other half.


Fast-forward 4 tahun.
Hari ini.
Yang ke-24.
Telah graduate Masters.
Hampir menjadi suami orang.
An aspiring Businessman cum Project Manager berjaya.
Financial planner yang berjaya juga.
It's been 4 years.
4 years of educational, emotional, maturity, mindsetting and financial journey.
We have gone through a lot together.
You have mature into a great man.
I never doubt you of anything.
Your ability to go for the impossible.
Keep reaching for not just the moon and stars, but way beyond that.
You ARE THAT GOOD!
I believe wholeheartedly that we together can achieve that extra mile.
In years to come...
I believe that you will become a Legend.
Happy 24th Birthday, FF.
My soon-to-be-husband.
xoxo,
Si Kacang.
Aku pernah kata pada FF, "If not for me, you won't be a blogger."
It started with FF membaca blog aku kat Friendster, kemudian dia pun turut serta.
Kemudian sekalian geng cacat turut serta.
Kadang2 aku cemburu.
Dengan populariti dan perhatian yang dia dapat.
Dengan rating2 yang berkali ganda lebih dari aku.
But it's a good kind of jealousy.
Cemburu yang berbaur kebanggaan.
Bukan yang membenci atau mendengki.
Salah satu bakat FF yang terpendam, kini terserlah.
Anyway, dah lama sungguh aku tak update fotopages & flickr.
Aku akan cuba sedaya upaya untuk update.
Banyak kerja photography dan editing tergendala.
Sungguh sibuk dengan preparation for a big day.
Oops..jangan tanya bila.
Mungkin 12 bulan lagi, mungkin 6 bulan lagi, mungkin 1 bulan lagi.
Yang penting, you sit, watch and wait.
Tadaloo!
Duit.
Sentiasa menjadi the talk of the town.
Tiap hari apa yang kita buat, semua duit.
Setiap hari, aku keluar paling kurang RM10 liquid cash without fail.
Belum campur dengan cash yang bukan segera, eg Credit Card, etc.
Tak semua orang tahu nak manage their finances.
Shockingly, banyak orang seperti our parents pun fail jugak kadang2.
Yelah, bila kita kerja, duit ada.
Bila duit dah habis, akhir bulan masuk duit lagi.
Aku pun suka duit.
Terutama bila aku tak perlu risau nak berkira makan.
Terutama bila aku boleh belanja member2 tanpa berkira.
Terutama bila aku boleh shopping sesuka hati tanpa nak fikir tak ada duit.
Terutama bila aku boleh belanja FF bila keluar dating.
Terutama bila keluar makan dengan FF, aku tak payah keluar duit.
Banyak lah terutama-terutama dia.
Tapi aku tak rasa aku adalah financial consultant yang baik untuk diri aku sendiri.
Aku banyak belajar dari FF, CFP yang tak berlesen. Haha.
Dan sebab dia, aku banyak jugak rasa yang duit is not a very small matter, nor it is such a big matter.
Mungkin ramai yang rasa, kahwin pakai banyak duit, etc etc.
Bagi aku, ye kahwin pakai banyak duit.
Tapi aku jugak rasa yang, I can get my dream wedding in whatever way that I can.
Aku tak banyak duit, but I know I'm 'rich'. =P
Dan hari tu semasa bercakap pasal credit card,
aku noticed rupanya tak semua orang yang pakai CC, adalah dari golongan orang yang betul2 reti pakai CC.
Itu lah sebabnya ramai orang kat Malaysia ni, berhutang besar hanya sebab pakai CC.
So, choose your path.
Nak jadi slave pada duit...
Or nak jadi the Master pada wang kau sendiri..
It's your choice.
Ada satu trend kat Malaysia ni, yang semua orang tak rasa macam satu trend.
Yang ramai orang rasa macam happy je bila diikuti.
Tapi, orang yang start trend ni ialah orang2 yang umur mak2 kita.
Dan boneka2nya ialah kita2 semua.
Trend ni aku namakan:
Trend "tak sabar nak anak kahwin sebab kawan2 punya anak pun nak kahwin"
atau
Trend "suruh anak kahwin sebab kawan2 punya anak pun dah nak kahwin"
Perempuan, senang dipengaruh.
Jadi dalam kes ini, mak kita pun terpengaruh dengan melihat kawan2nya sibuk prepare majlis anak mereka kahwin.
Kat sini, timbul rasa "bila lah anak aku nak kahwin..." "Nak jugak anak aku kahwin lah!" "Aku nak suruh anak aku kahwin cepat2!" "Tak sabar nak tunggu turn anak aku pulak kahwin" "Aku mesti nak anak aku kahwin grand2" "Aku nak yang lagi gempak dari Datin sinin sinun"
Hingga sampaikan, yang beranak sulung baru 16 tahun pun sibuk berangan dan bercakap tentang nak anaknya kahwin bagaimana, di mana, tema majlis, dll.
Sedangkan calonnya pun tiada. Dan anaknya pun pemikiran yang tak matang, masih nak enjoy sana sini.
Atau mereka yang suruh anak mereka kahwin tanpa memikirkan cukup matang ke anak dia nak kahwin?
Boleh ke tampung hidup sendiri bila dah berkahwin?
Boleh ke menjaga isteri/suami bila dah berkahwin?
Cukup dewasa ke pemikiran dia?
Pandai ke dalam hal menguruskan rumah tangga?
Dan menempuhi dugaan2 berumahtangga?
Kelebihan mak aku ada di sini.
Dia tak terpengaruh. Dan dia pun agaknya tak expect langsung aku ada keinginan nak kahwin dalam usia semuda ini.
Mungkin sebab dia rasa aku tak cukup skill lagi untuk berkahwin?
Tapi...what the heck! Aku nak kahwin dah pun!
Aku tak nafikan ada perempuan 16 tahun dah kahwin.
By 17 tahun, dah ada seorang anak.
Rata orang Melayu akan cakap, dah jodoh...
Tapi aku akan berfikir, apa yang dia ada for her to be married at 16?
Apa keistimewaan yang dia ada?
Which, membawa aku ke salah satu point tentang isu kahwin.
"You grow together when you get married"
Tetapi, ia tak boleh dijadikan alasan untuk mak2 menggesa anak-anak berkahwin semata2 untuk compete atau terpengaruh dengan kawan-kawan lain.
Tapi kalau niat seperti tidak mahu perkara buruk berlaku atau mahu manis dipandang orang...
mungkin boleh diterima.
Aku harap trend ini tak berpanjangan (sebab aku takut tengok ramai orang cerai-berai)
Dan aku harap kita sebagai boneka...oops..anak-anak dapat berfikir dengan bijak tentang tahap kematangan dan kesediaan kita sendiri untuk ke alam berumahtangga.
Sekian, terima kasih.
New Year.
Tahun baru tiba lagi.
Aku bersyukur tahun baru ni, aku masih beruntung.
Aku cukup tangan, kaki, mata, telinga, mulut, badan yang sihat dan tak cacat.
Aku masih ada keluarga yang sama seperti tahun lepas.
Aku masih ada FF dan hubungan dengan dia bertambah kukuh.
Aku punya kawan-kawan yang masih ingat pada aku dan masih perlu aku.
Aku punya pekerjaan yang beri aku income tiap-tiap bulan.
Bila tiba tahun baru, orang akan bertanya tentang azam.
Bagi aku, azam bukan setakat tahun baru saja.
Azam itu sepanjang tahun.
Bila-bila boleh buat azam.
Untuk diri aku, aku sentiasa berazam.
Berazam untuk hidup dengan lebih ceria.
Berazam untuk perbaiki diri bersama FF.
Berazam untuk ingat Allah dan tak lupa sembahyang.
Berazam untuk menjadi lebih optimistik.
Berazam untuk menjadi orang yang lebih berguna dan tak mementingkan diri.
Jadi, bila tiba tahun baru...
Aku selalu berfikir...
Apa akan berlaku pada aku tahun itu?
2009.
Apakah aku akan lebih rajin?
Apakah aku akan mencapai impian aku?
Yang pasti, aku look forward for 20092009.
Aku tak mahu kerja di hari raya lagi!!!
SELAMAT DATANG 2009!!