Ada satu trend kat Malaysia ni, yang semua orang tak rasa macam satu trend.
Yang ramai orang rasa macam happy je bila diikuti.
Tapi, orang yang start trend ni ialah orang2 yang umur mak2 kita.
Dan boneka2nya ialah kita2 semua.
Trend ni aku namakan:
Trend "tak sabar nak anak kahwin sebab kawan2 punya anak pun nak kahwin"
atau
Trend "suruh anak kahwin sebab kawan2 punya anak pun dah nak kahwin"
Perempuan, senang dipengaruh.
Jadi dalam kes ini, mak kita pun terpengaruh dengan melihat kawan2nya sibuk prepare majlis anak mereka kahwin.
Kat sini, timbul rasa "bila lah anak aku nak kahwin..." "Nak jugak anak aku kahwin lah!" "Aku nak suruh anak aku kahwin cepat2!" "Tak sabar nak tunggu turn anak aku pulak kahwin" "Aku mesti nak anak aku kahwin grand2" "Aku nak yang lagi gempak dari Datin sinin sinun"
Hingga sampaikan, yang beranak sulung baru 16 tahun pun sibuk berangan dan bercakap tentang nak anaknya kahwin bagaimana, di mana, tema majlis, dll.
Sedangkan calonnya pun tiada. Dan anaknya pun pemikiran yang tak matang, masih nak enjoy sana sini.
Atau mereka yang suruh anak mereka kahwin tanpa memikirkan cukup matang ke anak dia nak kahwin?
Boleh ke tampung hidup sendiri bila dah berkahwin?
Boleh ke menjaga isteri/suami bila dah berkahwin?
Cukup dewasa ke pemikiran dia?
Pandai ke dalam hal menguruskan rumah tangga?
Dan menempuhi dugaan2 berumahtangga?
Kelebihan mak aku ada di sini.
Dia tak terpengaruh. Dan dia pun agaknya tak expect langsung aku ada keinginan nak kahwin dalam usia semuda ini.
Mungkin sebab dia rasa aku tak cukup skill lagi untuk berkahwin?
Tapi...what the heck! Aku nak kahwin dah pun!
Aku tak nafikan ada perempuan 16 tahun dah kahwin.
By 17 tahun, dah ada seorang anak.
Rata orang Melayu akan cakap, dah jodoh...
Tapi aku akan berfikir, apa yang dia ada for her to be married at 16?
Apa keistimewaan yang dia ada?
Which, membawa aku ke salah satu point tentang isu kahwin.
"You grow together when you get married"
Tetapi, ia tak boleh dijadikan alasan untuk mak2 menggesa anak-anak berkahwin semata2 untuk compete atau terpengaruh dengan kawan-kawan lain.
Tapi kalau niat seperti tidak mahu perkara buruk berlaku atau mahu manis dipandang orang...
mungkin boleh diterima.
Aku harap trend ini tak berpanjangan (sebab aku takut tengok ramai orang cerai-berai)
Dan aku harap kita sebagai boneka...oops..anak-anak dapat berfikir dengan bijak tentang tahap kematangan dan kesediaan kita sendiri untuk ke alam berumahtangga.
Sekian, terima kasih.
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
2 comments
betol la Ily..tp kan my mum pon same..i nk kawen..die lak xbg!
ReplyDeletehahahhahadie rs i ni kecik lg..xpuas lg die nk bermanja..die xyakin y imampu uruskan rmh tangga...urus mkn pakai husband..tp hakikatnya "You grow together when you get married"
oooo.. mendalam gile hunn~!
ReplyDeletehurmmm... somehow kawen muda pon dah jadi trend.. dont u think??