Di situ dia duduk seorang diri
Merenung akan masa depan
Dan melayan perasaan
Aku hampiri dia
Katanya, tiada yang mengerti
Akan rasa isi hatinya
Dirinya tidak mahu lagi menyusahkan
Dan tidak mahu lagi mengguris hati orang lain
Tetapi hatinya sering bertanya
Apakah dia tidak istimewa?
Ditanya kenapa rasa begitu?
Dia diam seribu bahasa
Aku tau hatinya halus, dan rapuh
Mudah berair mata
Mudah merasa kecewa
Aku lihat wajahnya
Raut kesedihannya ku tatap
Dia khabarkan apa yang tersirat
Apa yang dia impikan
Apa yang mengguris hatinya
Apa yang dia rasakan
Aku tahu hati wanita ini
Simpati
Aku simpati
Malang,
Aku tidak dapat berbuat apa
Aku duduk ditepinya
Sama meratapi...
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
0 comments