Seorang kawan aku meluahkan perasaan tak puas hati.
Terhadap tindakan aku masa bertunang.
Katanya, ramai kawan-kawan aku yang lain juga terasa hati.
Tak sangka, selepas setahun aku bertunang baru diberitahu.
Aku tahu ada sesetengah kawan aku yang terasa kerana aku dan FF tak beritahu dan tak invite ke majlis tunang kami.
Aku dah minta maaf depan2 kerana itu...tapi mungkin kami tertinggal kawan-kawan lain.
Jadi, di sini aku nak minta maaf dari pihak aku dan juga FF kalau ada kawan-kawan yang masih lagi terasa hati kerana tak diberitahu atau tak dijemput ke majlis pertunangan kami.
Aku harap tiada lagi yang masih menyimpan apa2 atau terasa hati terhadap aku mahupun FF.
Aku harap kalian boleh faham kenapa kami buat macam tu, kalau bukan sekarang, mungkin di masa-masa akan datang.
Aku berterima kasih ekpada kawan-kawan yang mengerti.
Dan aku minta maaf lagi sekali dari hujung rambut ke hujung kaki kepada yang terasa hati.
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
3 comments
dulu ade gak la ala2 terasa. but now dah ok. dont worry ili. tp jgn lak lupe invite kahwin nnt...!
ReplyDeleteaku still terasa coz x dpt invitation card masa engagement aritu.
ReplyDeletepromised me before.
but...?
MELAYU MUDAH LUPA. lol
dean: so sorry bout thatttt
ReplyDeletebiase la...i always like to 'hide' things konon2
yaya: haaa kite dh jmpe blk kan kertas2 tu...apa kate ko buat sendirik? =P hehehehe