New Year.
Tahun baru tiba lagi.
Aku bersyukur tahun baru ni, aku masih beruntung.
Aku cukup tangan, kaki, mata, telinga, mulut, badan yang sihat dan tak cacat.
Aku masih ada keluarga yang sama seperti tahun lepas.
Aku masih ada FF dan hubungan dengan dia bertambah kukuh.
Aku punya kawan-kawan yang masih ingat pada aku dan masih perlu aku.
Aku punya pekerjaan yang beri aku income tiap-tiap bulan.
Bila tiba tahun baru, orang akan bertanya tentang azam.
Bagi aku, azam bukan setakat tahun baru saja.
Azam itu sepanjang tahun.
Bila-bila boleh buat azam.
Untuk diri aku, aku sentiasa berazam.
Berazam untuk hidup dengan lebih ceria.
Berazam untuk perbaiki diri bersama FF.
Berazam untuk ingat Allah dan tak lupa sembahyang.
Berazam untuk menjadi lebih optimistik.
Berazam untuk menjadi orang yang lebih berguna dan tak mementingkan diri.
Jadi, bila tiba tahun baru...
Aku selalu berfikir...
Apa akan berlaku pada aku tahun itu?
2009.
Apakah aku akan lebih rajin?
Apakah aku akan mencapai impian aku?
Yang pasti, aku look forward for 20092009.
Aku tak mahu kerja di hari raya lagi!!!
SELAMAT DATANG 2009!!
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
3 comments
lu kawen 20092009 ke ? huhu
ReplyDeletecacat kacang tu dikira ke?
ReplyDeleteselamat tahun baru si kacang
sue: nope...20092009 is hari raya la my dear! heheheheh
ReplyDeleteFF: saya ade cacat kacang ke..(sambil buat muke taktau apa2)