Pada tarikh 12 May 1985, seorang bayi lelaki seberat lebih kurang 3 setengah kilo telah lahir di sebuah hospital ternama di Kuala Lumpur.
Pada tarikh 12 May 2005, beliau menyambut ulangtahunnya yang ke 20 di Australia.
Di waktu yang sama, beliau sedang cuba mengorat minah pelik yang beliau suka sejak 2004.
Pada tarikh 12 May 2008, beliau menyambut ulangtahun yang ke 23 dengan status baru.
Sebagai tunangan kepada minah yang dia berjaya mengorat pada tahun 2005 dulu.
Tarikh 12 May 2010, beliau menginjak umur 25 tahun.
Kali ini sebagai suami orang pula.
Pelan untuk menyambut di negara Eropah tak kesampaian...
lalu disambut di Kuala Lumpur sekembali dari honeymoon di Korea Selatan.
12 May 2011, yakni hari yang baru bermula ini, beliau tiba di tahun ke 26.
Tahun yang membuka lembaran baru.
Beliau kini dalam persediaan menjadi seorang ayah, dalam masa kurang 2 bulan.
Dalam pada itu, beliau harus menjaga isterinya, yang beralahan teruk sejak mula hamil.
Mungkin sambutan tahun ini tak begitu ekstravagan..
Tapi punya makna tersendiri.
Selamat Hari Ulangtahun 26, Farid Fadhly!
Kita berdoa untuk yang terbaik & kebahagiaan di hari-hari akan datang.
Segala susah senang, kita atasi bersama.
Yang sentiasa di sisimu & menyayangimu,
Isteri kamu si ILynn Virgobiru.
Oh, dan baby dalam perut ni juga!
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
0 comments