Orang lelaki ada 9 akal.
Tapi aku rasa tak ramai yang guna sepenuhnya akal diorg to their advantage.
Lebih mengikut nafsu diorang yang satu tu je.
Dulu, aku ingat lelaki ada 9 nafsu, akal 1.
Sebab? Sebab bagi aku, mereka tak menampakkan langsung yang diorg ada 9 akal!
Salah satu sebab ialah bila orang tak boleh bersabar ketika di jalan raya.
Dah sah2 KL ni selalu jam,set your expectations la!
And manage your time!
Ini, baru sampai KL, jam sikit dah fidgeting.
Dah impatient.
Lepas tu, cucuk2 belakang kereta lain.
Sabar lah!
Cucuk2 pun, bukan boleh potong kalau dah jam!
Kalau orang depan emergency break, sia2 je cium bontot kereta orang depan...
kau jugak yang buat accident, and jam bertambah teruk.
Lagi satu, bila memandu dalam keadaan emosi.
Aku pelik kenapa diorg tak fikir langsung tentang keselamatan orang lain dalam kereta tu.
Bila dah upset, drive macam nak kejar sesuatu.
Realitinya?
Sebab upset/tension/marah, jadi drive laju2 nak hilangkan perasaan tu atau nak protes.
Come on la!
Be wise! You're a man!
Ok, to be fair, memang bukan semua lelaki macam ni.
Majority, yes.
Aku ada seorang member rapat yang really considerate.
Waktu itu, aku tumpang dia...biasa lah car pooling kan.
Pakai kereta sport, jangan main2 k.
Tapi bila dia bawak aku, mesti slow.
Aku tanye lah, kenapa bila aku naik dengan dia, slow je.
Padahal, aku dengar dr member lain, kdg2 die race je dengan diorg.
Dia jawab, walaupun aku ni tomboy, rilek2 je...tapi aku still anak dara orang.
Itu kali pertama seorang lelaki cakap mcm tu dengan aku.
Tapi...dia memang baik pun.
I mean, lelaki tetap lelaki. Racing, bola, porn, etc.
Tapi dia ni jenis yang hormat betul pada orang lain, which bagi aku is his best quality.
Bagi aku, tak salah kalau nak drive laju2 pun...
If the road kosong, obviously la korang drive laju kan.
But I do wish, we (yes, guys AND girls) be more considerate to others yang guna the same road.
We all know yang traffic jam is inevitable kat Malaysia ni.
So, set your expectations right and manage your time kalau nak elak sesak.
Contohnya, time rush hour, musim raya or musim kawin.
Kesesakan yang kita tak boleh elak langsung would be kalau ada accident.
Even so, sekarang ni dah ada twitter accounts yang update on keadaan jalan raya setiap minit.
Then, kepada yang suka drive laju2 tu, pilih la highway yang kosong like LEKAS.
Ataupun, bangun awal2 pagi untuk 'take a stroll' dengan Ferrari korang tu.
I know orang yang drive laju ni tak kesah tentang saman.
So, no need to say anything about that.
Pada yang suka drive laju2 bila emosi pulak, think of your loved ones the most.
Cliche kan? Dan aku rasa most times, diorg tak pk pun.
Nafsu dah mengawal diri, buat apa pk, betul tak?
So, aku rasa bila korang emosi tu, recite la ayat2 Al-Quran and berzikir.
Mungkin dapat meredakan emosi yang membara tu & dapat mengawal diri dengan lebih baik.
Insya-Allah.
Jadi, sekian sahaja renungan & nasihat aku kali ini.
Kalau nak diceritakan tentang apa lagi yang lelaki tak guna dengan akal mereka, panjang lagi entri ni.
Mungkin di hari yang lain.
Selamat beramal!
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
0 comments