Indah khabar dari rupa...
Rupa2nya, aku tergolong dalam kes2 terpencil yang ada pada orang mengandung sekarang.
Masuk 2nd trimester, sama jugak!
Aku dah tak tahan.
Badan lemah, makan harus memilih...
Nak keluar berjalan2? Berfikir 3,4,5 kali! Last2, lebih baik stay rumah.
FF mula2 marah2 la...
Cakap aku lemah sgt la...
Yela...kesian dia. Aku tak layan dia, melayan sakit je.
Pstu, mak dia sound. Cakap, orang mengandung memang la kene sabar.
Bukan dia sorang je kene sabar, aku pun kene sabar dengan keadaan aku.
Selalu, aku iri hati dengar orang pregnant lain keluar dengan happynya.
Aku baru keluar rumah sikit, dah nak muntah.
Entah bulan ke-3 or 4, doktor arah aku masuk drip air.
Dia tengok aku pucat & dehydrated sgt.
Dah la masuk air, cucuk2 susah sebab terlalu kering.
Tunggu drip nak dekat 3 jam, aku yg nak terkencing kene tahan.
Nak tidur tak boleh, nak borak FF tak ada.
Dah masuk 6 bulan, aku dah bertenaga sikit.
Boleh bukak komputer, boleh la jugak jalan2 keluar sikit.
Tapi...muntah tetap muntah!
Rasa payau tetap payau!
Aku & FF pasrah andai sampai 40 minggu aku macam ni.
Alhamdulillah, sekarang ni dah 7 bulan menunggu nak ke 8 bulan.
Tahap kesabaran FF boleh buat korang tabik hormat la!
Aku pun tersentuh. Hehe
Apa yang berubah?
1. Tenaga agak ada walaupun selalu penat.
2. Muntah tak kerap tapi kalau dah datang, azab la!
3. Dah bole keluar berjalan2 walaupun sekejap2.
4. Selera makan lebih ok berbanding dulu walaupun kene jaga jugak.
5. Minum? Air kelapa antara yang terbaik. Susu? No-no. Either rasa tak sedap atau muntah.
6. Sakit belakang terutama malam bila nak tidur & pagi.
Yang tak berubah?
1. Sakit perut. Kadang2 baby tendang pun sakit perut sebab kuat sangat...huhu dia active la!
2. Perut aku kot? Haha. Perut aku besar sikit je, 7 bulan nampak mcm 3 bulan.
3. Berat aku...yang hanya naik sikit kg sahaja. Oh, lupa. Masa muntah2 tu, berat aku turun mendadak 4kg ok!
Walaupun aku terseksa begini...tapi akhirnya aku bersyukur yg teramat la.
Orang lain yang rilek2, tak ada sickness...ada yang miscarriage. Itu seksa lain pulak. Sakit jugak tau!
Ada yang sepanjang pregnant, manjang keluar darah, asik kene jumpa doktor.
Ada yang terpaksa bed ridden.
Aku yang tak seteruk kategori di atas ni pun, orang lain dah anggap teruk dah.
So, orang2 pregnant yang tak teruk di luar sana, haruslah lebih lebih bersyukur.
Sebab korang tak kena macam aku. Ni pun dah seksa...bukan diri sendiri je, tapi orang2 sekeliling jugak yang kena jaga aku.
Aku bersyukur, bersyukur jugak.
Tapi bila ada hari2 yang tak berapa baik untuk aku, tetap aku merungut & mengadu.
Kalau tak merungut & mengadu, tak human la tu, betul tak?
Yang penting in the end, baby ok, perfect & healthy.
Aku dah tak sabar nak tunggu July.
Bukan takat baby je keluar, ketidakselesaan aku ni pun akan hilang. Insya Allah.
July oh July.
Cepat lah kau datang...
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
0 comments