Bila
When, terjemahan kepada ayat di atas.
Semua orang tentu biasa dengan perkataan ni.
Rutin.
Aku menjadi lebih rapat dengan perkataan ni mula 2007.
Lebih tepat lagi selepas berita pertunangan aku & FF tersebar.
Selepas bertunang,
Bila mahu kahwin?
Kemudian kami kahwin.
Selepas kahwin,
Bila nak pregnant?
Bila dah pregnant,
Bila due bersalin?
Dan pastinya,
selepas bersalin nanti,
Bila nak ada 2nd baby?
Ah, lumrah manusia. Lumrah hidup.
Satu perkara selesai, kita tunggu untuk perkara lain pula.
Kita lahir, kita tunggu untuk mati pula.
So, sementara tunggu nak mati tu, kita Hidup la.
Hidup tu perkara yang kita buat di tengah2 antara lahir & mati.
To survive.
Untuk mengisi ruang kosong dalam kita menunggu.
Kerana itu Bila ada signifikasi yang kuat dalam hidup.
Maknanya, kita punya pilihan to the next step dalam Hidup.
Kadang2, sebelum selesai satu perkara, kita dah mula berfikir tentang Bila.
Bila itu, Bila ini...
Tak ada salah.
Mungkin ada pros, ada cons nya. Ikut kepada perjalanan seseorang itu.
Aku?
Waktu ini, aku tak banyak Bila.
Aku di fasa menunggu, mungkin?
Pentingnya, aku perlu selesaikan ini baru aku fikir Bila.
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
0 comments