entri pembalasan entri

Daripada tunggu komen aku, baik aku tulis entri.
Rujuk entri Blues Malam Raptai Konvo daripada FF.
FF betul, aku tidak senyum bile baca entri tu.

Org kata aku terlalu obses dengan dia.
Sebab tu dia akan rasa aku tak beri ruang bernafas untuk dia.
Org kata impian aku yang menggunung buat dia stres.
Stres dan terlalu ambitious semata2 untuk memenuhi kehendak aku.
Org lain bertanya, "Macam mane kau boleh pilih ILynn?"
Kerana bagi mereka aku tak cukup bagus untuk dia.

Mengenangkan itu semua...
Aku pernah mahu putus atas kebaikan dia,

Tapi aku kalah dgn pujukan dia.
Aku pernah cuba jauh,
Tapi setiap kali tu dia datang balik.
Pernah aku suruh dilepaskan,
tapi tak pernah berlaku.

Aku buat tu semua bukan sebab tak sayang
tapi kerana aku anggap diri aku menyusahkan
dan tak setanding dgn dia yang berkali ganda lebih baik daripada aku

Tapi...
dia tau macam mana mau buat aku kembali
Entri tu bukan puncanya,
Juga bukan pujukan dia,
Tapi hanya sebab dia menjadi dia...

Terima kasih, si capang...

11 comments

  1. lalalala...(mengikuti perkembangan semasa) haih...sangatlah sibuk...bahagie oh bahagie...

    ReplyDelete
  2. as long as you know he love you..
    itu je yg penting
    he choose you because of you

    so, stop thinking about for kebaikan dia ke apa

    sometimes, if we simplify things, semuanya akan nampak terang

    ReplyDelete
  3. entri je ke yang berbalas?

    dulang2 bila nak berbalasan?

    ReplyDelete
  4. kecik: bahagia dtg xselalu..nikmatilah ia!

    nezjoe: ur so right i guess. thanks for the very good advice

    bojed: ktrg tunggu ko selesai dulu br ktrg menyusul...=)

    ReplyDelete
  5. sebbaik awek ku takde blog. klu tak mesti nak wat cenggini gak haha.

    ReplyDelete
  6. hehhe.....
    cinta memang memeningkan....

    hahha :D

    moga bahagia selalu!

    ReplyDelete
  7. cucu mak nyaii13 August, 2007 22:26

    bukan senang kita nk memuaskan hati semua pihak.kita dh buat yg terbaik.selebihnya terserah ler kepada NYA..

    ReplyDelete
  8. lisa: thank you!!!!

    ad3ck: ahahahah. tu memerli ke ape...

    13may: gaduh2 br interesting! ahahaha

    cucu mak nyaii: btol tuuuu

    ReplyDelete
  9. ketahuilah,

    perempuan meletak harapan yang menggunung.

    si lelaki bukan rimas, cuma khuatir harapan itu tidak kesampaian dan mengundang kekecewaan yang menggunung...

    ReplyDelete
  10. sesungguhnya,

    lelaki harus membuat perempuan rasa dihargai dan disanjungi walaupun tak mampu mencapai harapan yg menggunung itu

    ;)

    ReplyDelete