Salam, Hi.
Yes people.
I am pregnant. 6 months to be exact.
Wasn't supposed to be pregnant.
We had lots of things planned out...
and one of it was to go for Umrah, and we had just fully paid when I found out about the pregnancy.
Even my body & mental state was not ready for pregnancy.
The moment I knew, I was down.
And even more down & stressed out when the sickness started.
This time, much much early.
I hated my pregnancy.
I wished that I wasn't pregnant...
and I wished that I don't have to go through the 10 months of carrying a bub in my tummy.
I wish that I had the baby magically appear in my arms without having to go through all the trouble.
I was so glad that Allah lifted most of my burden during my Umrah trip.
Mama & my cousin helped me a lot during the trip. not to mention FF was there too.
Back in Malaysia, before having enough rest, my Tok Bak passed away.
And we rushed to JB that weekend.
After JB, I started vomiting & having sickness again.
It sucked.
But I guess, I've gotten use to it.
I'm not 100% out of the sickness yet.
There are days which is bearable, there are days I feel like giving up.
Most days I feel like crying myself out of this sickness.
But I have come a long way.
This baby is special.
A lot of firsts during this pregnancy, a lot more struggle, there was a brush of death faced during the time in Madinah...
So, here's to hoping I can keep my patience for the next 3 months.
Insyallah.
Assalamualaikum.
A LOT has been happening.
Lebih2 lagi sejak wedding ni...haih...macam2!
Dan aku berada dalam stress mode dah 2 minggu cmtu la.
Last weekend, aku & family gi Terengganu for the reception belah lelaki.
Dpt duduk dekat Ri-Yaz Heritage and it was kinda a short vacation that is most needed.
However, x cukup la...
And over the weekend, byk yg aku & FF borak.
Pasal our life, our dreams sejak kahwin, our visions....etc.
Aku masa tu still fragile lg, stress bagai...so, bile dh ade talk2 ni..
terus sebak, keluar gak la airmata walaupun sedaya upaya nak tahan.
Masa mula kahwin dulu, byk plan ktrg..plan for our future.
It was great at first...tapi, terlalu byk benda yg menyebabkan kami terutamanya FF, sacrifice.
Aku rasa sejak dari tu, our dreams were slowly shattered.
Tapi FF selalu nasihat aku utk bersabar.
Dan aku sabar.
Sampailah hari tu. Aku rasa mcm apa guna la sacrifice ktrg ni?
Our dreams dirobek depan2 mata...sakit gile ok!
So, masa our talk tu, FF kata dia pun rasa yg sama jugak.
Tapi apakan daya...kite boleh tengok je. Hati yg meronta siapa yang tau.
Waktu skrg yg kita susah ni, kene terlalu lalu byk bersabar.
Pada aku, waktu ni la dugaan kesabaran aku paling tinggi yg aku pernah rasa.
Sacrifice & sabar...dh 2 tahun aku buat bende ni.
Tapi waktu skrg la aku rasa paling puncak.
Hinggakan aku rasa mcm aku lost.
Macam aku dh bukan aku.
These days pun, I pray harder than usual.
Aku memohon penyucian rohani & bimbingan dr Allah swt.
Aku memohon supaya aku kuat menempuhi dugaan & sentiasa bersabar.
Aku memohon supaya I get to reap the rewards of my sacrifices.
Aku memohon agar aku tenang & gembira & mencapai kebahagiaan.
Aku cuba bila solat utk focus, khusyuk.
Cuba tak berfikir perkara lain melainkan menyembah Allah swt.
Aku cuba merendahkan diri aku & mohon dekat pada-Nya.
Jadi, pada Dia lah aku mengadu & meminta.
Just hoping that semua yg aku rasa skrg akan pulih.
Bahawa satu hari aku & FF dpt kebahagiaan yg we plan ms awal2 kahwin dulu
Serta sentiasa merendah diri & dengan Allah swt tetap di hati.
Assalamualaikum.
Dalam keadaan stress, bosan & agak moody.
Asyik terpaksa bersabar.
Ini kah dugaan Allah bagi aku?
Kadang2, aku berharap org boleh tau apa yg dalam fikiran aku, hati aku.
Senang, aku tak payah nak cerita, x payah nak cakap.
Pada siapa aku nak mengadu?
No one.
Sedihnye, aku tak bole mengadu pada sesiapa.
End.
Assalamualaikum,
Dah pun Friday lagi. Tinggal lagi 7 hari++ nak ke big day adik ipar aku.
Persiapan mmg dh start.
Khemah tgh pasang, org pelamin pun dh buat keje.
Awal kan?
Hmm..ade la cerita2 di sebalik keawalan diorg buat keje ni...tapi xde yg negatif ape pun.
Semua positif, a-okay je. =)
Bakal biras aku dh pun tinggal kat sini...so dh mmg mcm family habis la.
Kalau nak tau, 3 hari sebelum arwah meninggal hari tu, die masuk hospital.
Ligamen putus.
Haa...bayangkan, time tu lg 3 minggu nak kahwin, bole plak jadi mcm tu.
Kemudian, bakal bapak mentua meninggal pulak.
Mmg haru la.
Jadi, sebab die ni pun org jauh, kami suruh die tinggal je skali.
He needs full rest if he wants to be able to walk during the wedding, kata doctor.
Jadi MIL pun ckp biar je die duduk skali dgn kami, at least ade org bole tgk2 kan.
Skrg ni alhamdulillah, dh x payah pakai tongkat sgt.
Dah byk bole berjalan & duduk bersila pun no hal.
Tapi mmg nak kene operate tu nnt, nk mskkan artificial ligamen.
Lepas kahwin la kot.
Anyway, bakal biras & FF mmg sgt kamcing.
Dua2 pun gile Arsenal.
Yg time Arsenal dtg hrtu, die, FF, aku & Lulu gigih pegi meet & greet together.
And die ni pun lebih kurang sekepala jugak dgn kami..jadi xde masalah kat situ.
Kami mmg dh anggap die mcm family la.
Aku tgk die ni pun mmg sincere & mmg baik..
Skrg ni mane la ade ramai org yg mcm tu ye tak..
Haha..sebenarnye aku xtau nak tulis ape sgt pun.
Tu je la aku dpt tulis sbb dh seharian aku duk umah ni ngadap MIL & bakal biras aku tu je.
Ok lah..aku nak sambung keje yg terbengkalai ni.
Salam.
Assalamualaikum.
First of all, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.
Tahun lepas, aku sempat puasa di hari Arafah.
Tapi malangnya, tahun ni aku x sempat. =(
Alhamdulillah, Lulu baru baik demam.
Pagi2 tadi pukul 3 lebih die merengek2 x bole tido...
Akhirnya aku & FF bangun, bagi die minum, makan sikit,
pstu aku main2 dgn die sikit,
dlm pukul 4, die tido balik smpi skrg.
It's a bittersweet raya for aku, husband & in-laws.
Baru seminggu pemergian arwah ayah FF.
Bermakna, lg 2 hari jugak aku ada masa untuk spend dgn FF.
Dia cuti satu minggu ni, jadi aku banyak masa dengan dia & juga banyak perkara yg kami settlekan untuk family.
Bila dapat experience situasi mcm ni, aku pun berfikir perkara yg sama jika aku takde nnt.
Aku tidak mahu ada hutang yg bole menyusahkan family aku untuk membayarnya.
Dan aku harap bila time aku pergi, aku mahu pergi dalam keadaan aku yg paling baik;
dari segi ilmu, amal, fizikal, minda, dll.
Sekarang ni, aku agak rasa terkilan sikit sebab x dapat nak ke masjid sembahyang raya & ke kubur.
Seorang kawan berkata, itu pengorbanan seorang ibu.
Aku teringin jugak ke masjid & menziarah kubur (aku ke kubur hanya masa kebumi hari itu),
tapi demi jaga Lulu di rumah, aku biasanya tak pergi.
Ok, aku terpaksa berhenti di sini.
Kami mahu ke Seremban kerana lembu korban arwah telah dibawa ke sana.
Salam.
=)
Assalamualaikum.
Aku mahu mengadu.
Tapi tiada teman.
Aku memujuk hati.
"Sabar..."
Aku mahu mengadu.
Apa yang aku rasa...
Tapi, aku tiada teman.
Aku mahu mengadu pada Allah.
Tapi, tatkala uzur, aku tidak tahu bagaimana aku mahu mengadu pada-Nya.
Adakah setakat aku mengangkat kedua belah tangan dan berdoa, mengadu pada-Nya?
Aku merasakan itu tidak cukup.
Aku merasakan bahawa jika aku mahu mengadu, aku perlu bersujud pada-Nya.
Tidak mengapakah jika aku uzur, aku sujud & mengadu?
Sebak. Sedih.
Aku tidak tahu bagaimana.
Aku tidak tahu apa perlu aku buat.
Aku tidak sabar untuk keluar dari keuzuran, supaya boleh menunaikan tanggungjawab kepada Allah & bersujud, mengadu pada-Nya.
Mungkin di saat ini aku perlu Sabar, Sabar & Sabar.
Assalamualaikum.
Jumaat, 19 October 2012.
Pemergian ayah mertua aku iaitu ayah FF ke rahmatullah secara mengejut.
Tak disangka. Ketika kami menjalani kehidupan mcm biasa, ketika kami dalam mood persiapan kenduri kahwin adik FF tak lama lagi...ini terjadi.
Aku x prepare for anything worse sebab kebetulan aku & FF berada di KL.
Aku di rumah mama aku & FF di office.
Aku menerima panggilan dari adik ipar. Dia x dpt nak hubungi FF.
Aku call office sebab aku pun x dpt call phone FF. Dan kami bergegas.
Ketika kami dalam perjalanan ke hospital (kerana ayahnya dh dibawa ke hospital), FF beritahu dia dah expect for the worse. Dan apabila kami menerima berita pemergian (kami masih dalam perjalanan, lg sikit je nk sampai), FF menerima berita dgn tenang.
Ketika sampai, mak mertua memeluk aku dan aku pun menangis.
FF memegang tangan maknya, dia tenang.
Ketika kami di masjid, usai memandikan jenazah, kapan, sembahyang jumaat, sembahyang jenazah...aku lihat FF. Aku yg risau dan sedih bg pihak diri dia. FF masih kuat.
Ketika urusan jenazah utk dikebumikan, FF yg buat semua. Dia ok.
Aku lihat bakal biras aku menangis di sisi jenazah, aku lihat FF...tenang, ok.
Saat di kubur, aku lihat FF masuk ke liang lahad utk membawa jenazah ke dalam.
Dua rakan baiknya berada di sisi kubur, melihat FF juga.
Dia tenang.
Aku sebak, yg entah keberapa kali. Aku seperti tahu perasaan FF.
Ketika talkin dibacakan, ketika doa, ketika memberi ucap & menjemput hadirin ke rumah...FF sangat tenang.
Selesai di kubur, kami berkumpul di rumah.
Aku belum sempat berbicara panjang dgn FF. Dia sangat sibuk.
Kami cuma sempat berbicara hal2 yg berkaitan dgn urusan jenazah sahaja.
Kereta pun berlainan. Ke kubur, dia dgn van jenazah. Ke rumah, dia bawa kereta dan aku bersama kereta parents aku.
FF tiba di rumah, aku suruh dia mandi air panas kerana dia byk kene hujan td.
Selesai dia mandi & solat, aku perlu keluar untuk order makanan & beli minuman utk malam.
Kami x sempat memberitahu dgn kawan2 tentang hal ini.
FF cuma sempat beritahu 2 org rakan baiknya.
Selainnya, dpt tau dr social networking platform.
Termasuklah family aku, cousin aku semua...mereka dpt tau hanya dr social networking.
The power of social networking.
Aku sampai rumah selepas membeli apa yg patut, FF tiada.
Ke masjid utk solat & memberitahu imam masjid di seksyen kami serta jiran2 kami yg lain.
Balik masjid, FF berjumpa kawan2 yg dtg, sempat bergurau, sempat bercerita tentang kerjanya...
Aku lihat raut wajahnya tenang lagi.
Hingga ke lewat malam, FF sebagai ketua keluarga utama yg baru, menerima tetamu.
Jiran2, kawan2 arwah, kawan2 dia, client2 dia.
Dia melayan mereka seperti biasa.
Dia melayan kawan2nya seperti biasa...bergurau senda spt biasa.
Aku tahu, banyak yg difikirkan FF.
Dia dah menjadi tunggak utama keluarga.
Dan dia redha dgn pemergian ayahnya.
Dia dah tahu.
Dia dah selalu tahu, bahawa satu hari ini akan terjadi.
Jadi, dia tenang.
Aku kagum dgn kekuatan, kebolehan & ketenangan FF di saat begini.
Aku? Aku support, tongkat FF. Aku di sini utknya & membantu sedaya aku...utk FF.
May Allah bless FF father's soul in the hereafter.
Al-fatihah.