Assalamualaikum.
Aku mahu mengadu.
Tapi tiada teman.
Aku memujuk hati.
"Sabar..."
Aku mahu mengadu.
Apa yang aku rasa...
Tapi, aku tiada teman.
Aku mahu mengadu pada Allah.
Tapi, tatkala uzur, aku tidak tahu bagaimana aku mahu mengadu pada-Nya.
Adakah setakat aku mengangkat kedua belah tangan dan berdoa, mengadu pada-Nya?
Aku merasakan itu tidak cukup.
Aku merasakan bahawa jika aku mahu mengadu, aku perlu bersujud pada-Nya.
Tidak mengapakah jika aku uzur, aku sujud & mengadu?
Sebak. Sedih.
Aku tidak tahu bagaimana.
Aku tidak tahu apa perlu aku buat.
Aku tidak sabar untuk keluar dari keuzuran, supaya boleh menunaikan tanggungjawab kepada Allah & bersujud, mengadu pada-Nya.
Mungkin di saat ini aku perlu Sabar, Sabar & Sabar.
2 comments
Salam duhai anak,
ReplyDeleteLife is like that. Tabahlah menghadapi waktu sukar.Be like the willows, bent but not break.
Granny Hani: Thank youuuuu...alhamdulillah hari ni ok sikit..=)
ReplyDelete