Ketenangan seorang anak, abang, suami

Assalamualaikum.

Jumaat, 19 October 2012.
Pemergian ayah mertua aku iaitu ayah FF ke rahmatullah secara mengejut.
Tak disangka. Ketika kami menjalani kehidupan mcm biasa, ketika kami dalam mood persiapan kenduri kahwin adik FF tak lama lagi...ini terjadi.

Aku x prepare for anything worse sebab kebetulan aku & FF berada di KL.
Aku di rumah mama aku & FF di office.
Aku menerima panggilan dari adik ipar. Dia x dpt nak hubungi FF.
Aku call office sebab aku pun x dpt call phone FF. Dan kami bergegas.

Ketika kami dalam perjalanan ke hospital (kerana ayahnya dh dibawa ke hospital), FF beritahu dia dah expect for the worse. Dan apabila kami menerima berita pemergian (kami masih dalam perjalanan, lg sikit je nk sampai), FF menerima berita dgn tenang.

Ketika sampai, mak mertua memeluk aku dan aku pun menangis.
FF memegang tangan maknya, dia tenang.

Ketika kami di masjid, usai memandikan jenazah, kapan, sembahyang jumaat, sembahyang jenazah...aku lihat FF. Aku yg risau dan sedih bg pihak diri dia. FF masih kuat.
Ketika urusan jenazah utk dikebumikan, FF yg buat semua. Dia ok.

Aku lihat bakal biras aku menangis di sisi jenazah, aku lihat FF...tenang, ok.

Saat di kubur, aku lihat FF masuk ke liang lahad utk membawa jenazah ke dalam.
Dua rakan baiknya berada di sisi kubur, melihat FF juga.
Dia tenang.
Aku sebak, yg entah keberapa kali. Aku seperti tahu perasaan FF.
Ketika talkin dibacakan, ketika doa, ketika memberi ucap & menjemput hadirin ke rumah...FF sangat tenang.

Selesai di kubur, kami berkumpul di rumah.
Aku belum sempat berbicara panjang dgn FF. Dia sangat sibuk.
Kami cuma sempat berbicara hal2 yg berkaitan dgn urusan jenazah sahaja.
Kereta pun berlainan. Ke kubur, dia dgn van jenazah. Ke rumah, dia bawa kereta dan aku bersama kereta parents aku.
FF tiba di rumah, aku suruh dia mandi air panas kerana dia byk kene hujan td.
Selesai dia mandi & solat, aku perlu keluar untuk order makanan & beli minuman utk malam.

Kami x sempat memberitahu dgn kawan2 tentang hal ini.
FF cuma sempat beritahu 2 org rakan baiknya.
Selainnya, dpt tau dr social networking platform.
Termasuklah family aku, cousin aku semua...mereka dpt tau hanya dr social networking.
The power of social networking.

Aku sampai rumah selepas membeli apa yg patut, FF tiada.
Ke masjid utk solat & memberitahu imam masjid di seksyen kami serta jiran2 kami yg lain.
Balik masjid, FF berjumpa kawan2 yg dtg, sempat bergurau, sempat bercerita tentang kerjanya...
Aku lihat raut wajahnya tenang lagi.

Hingga ke lewat malam, FF sebagai ketua keluarga utama yg baru, menerima tetamu.
Jiran2, kawan2 arwah, kawan2 dia, client2 dia.
Dia melayan mereka seperti biasa.
Dia melayan kawan2nya seperti biasa...bergurau senda spt biasa.

Aku tahu, banyak yg difikirkan FF.
Dia dah menjadi tunggak utama keluarga.
Dan dia redha dgn pemergian ayahnya.
Dia dah tahu.
Dia dah selalu tahu, bahawa satu hari ini akan terjadi.
Jadi, dia tenang.

Aku kagum dgn kekuatan, kebolehan & ketenangan FF di saat begini.
Aku? Aku support, tongkat FF. Aku di sini utknya & membantu sedaya aku...utk FF.

May Allah bless FF father's soul in the hereafter.
Al-fatihah.

2 comments

  1. ilyn, aku br tau harini masa bc post kau ni. takziah utk kau,FF dan family..alfatihah..

    ReplyDelete