Nawardina Maisarah

6 April 2010.
Aku sedih. Dan masih akan sedih bila mengingatkan.
Perginya seorang yang rapat dengan FF dan aku.
Dengan sekelip mata, tanpa diduga.

Allah Maha Besar.
Sekejap kita bergembira, kemudian kita bersedih.
Dia berkuasa untuk menarik nikmat yang dia berikan.
Setiap nyawa di dunia adalah kepunyaan-Nya.

Aku ingat lagi kali pertama berjumpa Mai.
Waktu hari pertunangan aku.
2 tahun lepas.
Mai datang pada aku, dan bertanya, "Akak, nak ambil gambar dengan akak boleh?"
Aku tersenyum. Dan aku ambil gambar dengannya.

Dari saat itu, perkenalan antara aku dan dia bermula.
Bila aku berkumpul dengan keluarga FF, dia akan sentiasa menjadi peneman aku.
Sentiasa suka berada dengan aku dan FF.
Aku rindukan dia...

Mai,
Kehilangan Mai sangat terasa.
2 tahun nampak sangat singkat.
Tapi Kak Ily sangat happy kenal Mai.
Dengan Mai jela Kak Ily dapat tgk Abg Fali main dengan budak2.

Baru hari tu kita main sama2.
Kak Ily & Abg Fali ajar Mai & Anis main Bom Bom Ca.., main game Peace.
Baru hari tu kita sama2 makan dengan Danish waktu kenduri Along Ijam.

Bermain game 'Peace' - 10 hari sebelum

Tak sangka...
Tiba-tiba...

Sekarang kalau main game Peace, Kak Ily mesti teringat Mai...
Malam hari Mai meninggalkan kami, Kak Ily menangis lagi bila nampak Anis.

Lepas ni dengan siapa lagi Anis nak bermain-main?
Lepas ni siapa lagi yang nak menyakat Abg Fali?
Lepas ni siapa lagi yang nak bermanja dengan Kak Ily?

Kak Ily & Abg Fali sama2 mendoakan Mai.
Mai tentunya akan ditempatkan di syurga.
Satu hari nanti yang pastinya, kita semua akan bertemu.
Terima kasih sebab menjadi kawan Kak Ily.
Terima kasih kerana sentiasa menggembirakan kami.

Kami semua merindui Mai...

Dalam kenangan
1999 - 2010

4 comments

  1. salam ily..takziah jugak atas kehilangan arwah...terkejut sgt dgn kehilangn yg pantas ni..ktorg kenal mai sejak liyana bawak adik die dtg utm tme study dlu..
    satu sy konpius,, mai da umo 11 thun ke?ikut awak tulis 1999-2010?huh..saya igt mai darjah dua-8thun..sory klu sy salah..

    ReplyDelete
  2. salam...
    ikut yg family bgtau..die umur 11 tahun..xpenah plak terlintas nk tanye mai sndiri..nk kate die umur 8 tahun..tu agak kecik sgt la pulak

    ReplyDelete
  3. hehhe..arwah mai darjah 2..from liyana. adik die sorg ni jens tggi kurus..tak nmpak pon cam darjah 2...sory nyibuk2 page u...hehhe

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete