Anak dara berangan lebih

Pada suatu hari yang manis, cousin aku dan adik aku telah men-declare diri mereka sebagai engagement planner untuk aku. Sungguh2 diorang menolong aku cari tema, inspirasi dan pelbagai lagi untuk aku. Korang pulak jangan tersalah anggap. Bukanlah aku nak tunang dalam masa terdekat ni. Setahun lagi. Tapi, dah kata perempuan. Excited bagai nak rak lah.

Sekali, cousin aku bernama Yaya sibuk berkata, "Eii, dah rasa nak kawin lah!"

"Kawin lah," kata aku. "Aku bukannya nak kawin pon. Tunang je baru."

"Sekali aku kawin dulu kan. Takde tunang2. Amer pon kata kawin tu senang je. Nikah..."

Aku menyampuk. "Iyelah. Kawin tu takat nikah je sebenarnya. Nikah je sudahhh."

Itu lah. Dah beria-ria anak dara ni.


Walaubagaimanapun, hari ini aku telah mendapati di tengkuk aku ada satu rasa sakit. Dan bila aku memicit di tempat sakit itu, seperti telah menjadi keras. Jadi aku rasa habis cuti ni aku singgah PK pegi check la.

Sekian, warkah buat hari ini.

11 comments

  1. kawin senang.anak2 muda zaman sekarang dah kawin tapi nikah belum =P

    tunang dan kawin jgn lupa jemput aku.hehehe...

    ReplyDelete
  2. lisa : btol jugak. kdg2 org yg kt tak sangka tu la yg dh 'kawin'

    kawin nnt aku jemput
    time tunang dibuat secara kecil2an jee

    13may : hahahhaha lameee lagiiii tp makasih yeee

    ReplyDelete
  3. chot : PK = pusat kesihatan

    ReplyDelete
  4. Bagus. Rancang setahun sebelum tarikh kejadian. Beli barang sikit-sikit time sales. Jimat dan hantaran pasti meletops.

    ReplyDelete
  5. payakubor : ahahahha ko berfikiran same spt aku

    wan : kalo majlis tunang xde la grand mane. buat antara family je =)

    ReplyDelete
  6. DONT TUNANG WITHOUT ME! ngehe

    ReplyDelete
  7. Bila baca orang nak bertunang, bilalah aku nak bertunang erk. Jelesnya aku. Huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  8. sue: hahahhaa okk sue. tu pon kalo jd.

    tok ketua: xpe la...xtau lg bile. maybe 2 tahun lg keee hahahah
    ntah2 tok yg tunang duluuuuu

    ReplyDelete