Seorang kawan aku meluahkan perasaan tak puas hati.
Terhadap tindakan aku masa bertunang.
Katanya, ramai kawan-kawan aku yang lain juga terasa hati.
Tak sangka, selepas setahun aku bertunang baru diberitahu.
Aku tahu ada sesetengah kawan aku yang terasa kerana aku dan FF tak beritahu dan tak invite ke majlis tunang kami.
Aku dah minta maaf depan2 kerana itu...tapi mungkin kami tertinggal kawan-kawan lain.
Jadi, di sini aku nak minta maaf dari pihak aku dan juga FF kalau ada kawan-kawan yang masih lagi terasa hati kerana tak diberitahu atau tak dijemput ke majlis pertunangan kami.
Aku harap tiada lagi yang masih menyimpan apa2 atau terasa hati terhadap aku mahupun FF.
Aku harap kalian boleh faham kenapa kami buat macam tu, kalau bukan sekarang, mungkin di masa-masa akan datang.
Aku berterima kasih ekpada kawan-kawan yang mengerti.
Dan aku minta maaf lagi sekali dari hujung rambut ke hujung kaki kepada yang terasa hati.
New Year.
Tahun baru tiba lagi.
Aku bersyukur tahun baru ni, aku masih beruntung.
Aku cukup tangan, kaki, mata, telinga, mulut, badan yang sihat dan tak cacat.
Aku masih ada keluarga yang sama seperti tahun lepas.
Aku masih ada FF dan hubungan dengan dia bertambah kukuh.
Aku punya kawan-kawan yang masih ingat pada aku dan masih perlu aku.
Aku punya pekerjaan yang beri aku income tiap-tiap bulan.
Bila tiba tahun baru, orang akan bertanya tentang azam.
Bagi aku, azam bukan setakat tahun baru saja.
Azam itu sepanjang tahun.
Bila-bila boleh buat azam.
Untuk diri aku, aku sentiasa berazam.
Berazam untuk hidup dengan lebih ceria.
Berazam untuk perbaiki diri bersama FF.
Berazam untuk ingat Allah dan tak lupa sembahyang.
Berazam untuk menjadi lebih optimistik.
Berazam untuk menjadi orang yang lebih berguna dan tak mementingkan diri.
Jadi, bila tiba tahun baru...
Aku selalu berfikir...
Apa akan berlaku pada aku tahun itu?
2009.
Apakah aku akan lebih rajin?
Apakah aku akan mencapai impian aku?
Yang pasti, aku look forward for 20092009.
Aku tak mahu kerja di hari raya lagi!!!
SELAMAT DATANG 2009!!
Kepada FF:
My best friend, my supporter, my strength, my critic, my advisor, my assistant, my backbone, my soulmate, my lover, half of me, my fiance, my future husband...
Seorang yang berkaliber, punya cita-cita tinggi, punya masa depan cerah dan seorang yang memahami aku serta seorang yang menyayangi aku tak kira macam mana pun aku.
Orang bersyukur Allah bukakan pintu hati orang untuk awak.
Dan orang truly rasa bersyukur and proud to be in this love with you.
Orang tak pernah sekali pun menyesal...
In fact, I am proud that we have gone through a lot sepanjang our 3-4 years together.
Terima kasih untuk semua yang awak buat untuk orang.
Terima kasih for accepting me as who I am right from the start.
Awak tak paksa orang but you let me grow on my own.
Awak angkat orang bila orang jatuh,
and awak tiupkan semangat untuk orang bila orang down.
Orang tahu orang banyak sangat kekurangan...
Orang akan cuba sehabis baik untuk belajar overcome that.
Orang akan belajar untuk lebih memahami awak and untuk jadi pasangan hidup yang terbaik untuk awak.
Selamat ulangtahun pertunangan, sayang.
Doakan kita lebih kuat dan tabah mengharungi lagi setahun ini.
Aku cinta kamu.

p/s: Disebabkan entri di atas super-duper-jiwang, saya sertakan gambar di atas untuk selingan.
FF menyambut anniversary dengan kereta baru. Woohoo!
The only setback on wedding preparations in my life is...
aku punya relatonship dengan mak aku.
Sentiasa ada benda nak condemn, sentiasa ada benda yang sengaja nak down-kan aku.
I state it clear...aku tak nak buat kat dewan.
Tetap jugak nak carik dewan!
Dan aku tak paham kenapa dia nak bising aku jumpa FF dan mak dia.
FF beli rumah untuk aku dan dia - bising jugak bila aku nak pergi jenguk rumah tu.
Dan aku tak paham kenapa ada saja komen dia dengan benda2 yang family FF buat.
Or the matter of fact, family orang lain pun!
Sebab tu, bila FF kata aku tak ada komunikasi dengan mak aku...
Aku akan cakap yang lebih baik aku diam daripada bila aku bukak mulut, dia retinya nak condemn aku, kritik aku or cakap2 benda yang aku tak suka, including pasal orang lain.
Obviously, aku mmg la bukan anak favourite mak aku pun.
Dan aku pun bukan la nak sangat jadi favourite.
Just that, at least layan aku as fair as yang lain.
Aku tak macam adik perempuan aku...yang sangatla menyerupai mak aku.
Bergaya, kawan dengan perempuan, popular, jadi usher, masuk tv, bla bla bla
Ok pulak dia dengan adik aku tu.
Boleh pulak dia biar je adik aku tu buat apa dia suka.
Pegi gig la ape la.
Aku lagi suka duduk rumah, duduk depan komputer.
Aku tak layan gig2, tak masuk tv, tak jadi model, tak suka seksi2.
Dan aku takde pun mintak2 nak kereta, nak handphone, nak duduk off campus...
Tapi kenapa salah aku je yang dia nampak?
Arrghhh!!!
Aku memang benci situasi macam ni!
Tapi takpe...aku dah 20 tahun duduk dengan diorg.
3 tahun lagi on/off sebab duduk dekat Uni.
Aku boleh bertahan sikit je lagi.
Tapi dalam masa yang ada ni, aku nak enjoy being single
Woo~! ;)
tentang Virgobiru Photography
mulai Januari 2009, ILynn hanya akan mengambil satu booking Wedding Photography setiap bulan.
Ini kerana tuntutan kerja dan masa yang semakin padat menyukarkan aku untuk ambil lebih dari satu couple for Wedding Photography.
Bagaimanapun, sesi fotografi untuk Engagement atau Outdoor masih boleh di-book seperti biasa.
Sebarang pertukaran di masa depan akan diberitakan.
Terima kasih.
Setiap minggu, ada satu aktiviti yang aku selalu look forward to.
Tengah2 malam khamis, nak ke pagi2 buta Jumaat. (Orang lain cakap malam Jumaat)
"Nasik lemak!"
tak pun,
"Goyang!"
Satu2nya aktiviti yang aku dan geng2 office yang kool ada peluang untuk lepak together2.
Kalau sorang ahli geng lambat, "Pool jom!"
Masyuk sungguh ada pool table kat office.
Snooker pun no hal, tapi table besar so lambat habis. Hehe.
Dan syarat utama setiap Khamis, yang hanya kpd geng pompuan.
Berbaju kurung.
Kenapa?
Tak ada sebab. Follow aje la.
Kalau tak berbaju kurung hari Khamis, tak kool.
(exception kpd Bear2 - sebab dia Cina)
Tapi kalau lepak, Bear2 mesti pakai baju kurung.
So, setiap hari Khamis...
Aku enjoy pilih baju kurung mana aku nak pakai.
Dan akan pilih yang lawa sikit di hari yang beraktiviti tengah malam.
Kenapa?
Tak ada sebab.
Dan hari ni, no exception.
So, aku nak gi pilih baju kurung yang lawa la ni!
Tadaloo!
(Aktiviti Goyang di atas bermaksud makan roti bersama 2 telur setengah masak di atasnya)
~Jangan fikir lain =P
Aku baca blog FF.
And I am so amazed at his mature and profound thinking.
Aku tanye diri sendiri.
Pernah ke aku terfikir bahawa dia akan jadi macam tu?
I guess not really.
Aku dari dulu percaya yang dia akan menjadi someone successful in business,
but this is already so much more!
Aku tau yang aku banyak contribute in his whole journey of becoming who he is now,
and I will be the main contributor on his journey in the future also.
Tapi aku sendiri tak sangka how much he has achieve.
He kept most of his words, and his reach for his goals.
Dan yang paling aku tak sangka,
this man that has grown to be so mature and brilliant,
is actually my Fiance!
(I would admit, even if I am not attached to him, aku still akan rasa he has a thinking no man his age has)
And therefore,
Don't frown on what you don't have,
but instead look around, and be amazed at what you have.
Because people will only regret when they have lost things that they took for granted.
Aku bersyukur dengan semua yang aku miliki sekarang ni.
Bersyukur kepada Allah yang mengurniakan pelbagai kesenangan bagi aku.
Emosi aku mungkin banyak yang diuji-Nya, dan aku mungkin banyak merungut...
Tapi aku kena ingat.
Dia beri aku banyak kesenangan dan nikmat hidup.
I was looking through blogs lately.
Ada yang membuka minda, ada yang membuat aku rasa kecil...
Tak kurang jugak dengan yang membuat aku lebih bersyukur.
I have a man yang mencintai aku sepenuh hati dia.
Yang menepati semua yang aku cari selama ni.
Yang tak banyak org lelaki lain ada sekarang ni.
Jadi, aku bersyukur atas kurniaan Allah membuka hati FF kepada aku...
Dan membuka hati aku kepada FF.
Aku berazam untuk lebih menghargai FF dan semua yang dia dah buat untuk aku.
Aku perlu bersyukur kerana aku punya kerja.
Ramai org lain susah nak cari kerja...aku habis belajar, trus ada kerja menunggu.
And then, career photography aku bermula.
Jadi, aku kena lebih rajin, dan tidak merungut dengan load di tempat kerja.
Aku punya keluarga yang cukup.
Abah, Mama, adik2 aku.
Dan juga extended family aku yang sentiasa ambil berat.
Walaupun aku tak rapat dengan family aku sendiri seperti orang lain,
tapi aku kena bersyukur sebab semuanya lengkap.
Dan aku masih dapat sambut raya dengan meriah bersama2.
Aku masih ada kawan2 yang caring dekat aku.
Yang walaupun berada di luar negara, tapi masih call sekali sekala tanya khabar.
Yang walaupun aku dah jarang lepak sekali, masih sudi ajak lepak.
Yang suka kacau2 aku dengan cerita & skandal dulu2 tanda dia rindu aku sebab bertahun tak jumpa.
Yang masih ingat hari jadi aku walaupun sibuk betul dengan kerja.
Aku sedar, kalau terus merungut dan negatif, bila kita nak bersemangat?
Put your shoulders up, life is a journey.
Future might be scarce, but you will be who you make yourself to be.
Aku berharap blogger2 dan kawan2 masih menulis.
Dan menjadi sumber inspirasi aku serta tak langsung, menasihat aku.
23.
Umur yang amat muda.
But I don't regret the road that I choose.
Life...is a matter of choices.
So choose wisely and forget not to be happy.
Smile. =)
p/s: FF, you gave me by far the best gift.
I cried watching it. With joy, love, happiness, everything that is positive.
I love you so much and forever always.