Rezeki
Rezeki tu Allah yang tetapkan.
Apa yang kita ada di dunia ni semua adalah rezeki.
Perkara sekecil mata,
Mempunyai eyesight yang sempurna itu adalah satu rezeki dari Allah.
Orang lain mungkin tak ada penglihatan yang sempurna, terpaksa bergantung pada cermin mata.
Ada yang buta warna, bergantung kepada cermin mata yang spesifik pulak.
Ada yang tak nampak, dilahirkan buta atau dibutakan di pertengahan hidup.
Tetapi, walaupun seseorang tu ditetapkan buta oleh Allah, ada pula rezeki lain yang Allah beri, mungkin lebih dari orang lain.
Dia mungkin ada talent yang orang sempurna penglihatan tak ada.
Antara rezeki yang kita selalu overlook, ialah parents.
Kita ada both parents masih hidup itu satu rezeki daripada Allah.
Ada mak sahaja pun satu rezeki.
Yang dah tiada kedua orang tua, mungkin rezeki dia di tempat lain.
Rezeki dia mungkin pekerjaan dia yang mulia.
Pekerjaan yang menjanjikan dia pahala lebih byk daripada orang lain.
Segala apa, sekecil apa yang kita ada ni ialah rezeki.
Tapi, tentunya kita manusia. Kadang2 kita ingat, kadang2 kita lupa.
Cuma, harapnya kita selalu la ingat daripada lupa.
Bila kita sedar & appreciate dengan rezeki Allah bagi,
sentiasa ingat & bersyukur,
masa tu kita akan rasa aman & bahagia dengan hidup kita.
Moga kita semua sentiasa tenteram, aman dan bahagia dalam hidup ini.
Amin.
0 comments