Aku asalnya seorang yang suka menyendiri.
Aku lebih suka menghabiskan hari-hari aku di rumah.
Dulu aku habiskan masa aku dengan menulis puisi, cerpen, novel
Paling tidak, aku bermain gitar sambil mencipta laguku sendiri...
Itu cara aku meluahkan perasaan, mengekspresikan diri aku
Kemudian, aku keluar ke alam nyata.
Aku senang bila orang lain menegurku.
Tapi aku janggal bila aku terpaksa mula dahulu.
Tiap kali aku berkata pada diri aku...
Aku perlu berubah, menjadi ramah, berani memulakan perbualan.
Tapi seringkali tak terjadi...kerana aku tak tahu bagaimana.
Aku sering hilang ide untuk retain sesuatu perbualan itu.
Akhirnya aku diam. Dan beredar.
Aku bertemu FF.
Dan FF menjadi tempat aku meluahkan semua di dalam kepala aku.
Aku senang dengannya.
Kerana dia menerima sebaik-baik aku dan seburuk-buruknya aku.
Tapi aku masih yang sama dengan orang lain.
Masih tidak berani untuk berbual mesra.
Terutama sekali dengan orang yang baru aku kenal.
Semalam, aku disapa oleh seorang makcik di masjid.
Aku menjawab sepatah dua. Tapi masih hilang ide untuk meneruskan perbualan.
Kembali diam dan beredar.
Hari ini, aku teringin untuk memeluk dan memberi kekuatan kepada seorang yang baru aku kenal.
Walaupun cuma sehari berkenalan.
Mungkin aku tak semesra orang lain, tapi aku harap ia dapat dirasai.
Insyallah dapat membina silaturrahim antara aku dan dia.
Insyallah dapat memberi semangat kepadanya.
Aku tak mengenalinya dengan dekat.
Tapi aku teringin memberi kekuatan padanya.
Aku berdoa memohon pada Allah dapat memberinya kekuatan & ketabahan.
Moga dia tahu aku di sini mendoakan kebaikan untuknya.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139
Resep Oseng Tauge Teri Jengki
4 years ago
1 comments
aku perlu pelukan untuk smgt dan kekuatan dari org spt kamu ^_^
ReplyDelete