cinta monyet

Cinta monyet pertama (secara official) aku berlaku sewaktu aku berusia 19 tahun.

Aku tak tau macam mana aku boleh suka mamat tu.
Aku tak tau tang mana aku boleh terpikat dengan dia.

Waktu itu aku tahun asas di UTM.
Aku masuk projek yang kebetulan harus aku kendali bersama dia.
Orangnya biasa saja.
Bawak skuter dan sanggup cat dengan nombor yang significant antara aku dan dia.

Entah macam mana, satu ketika dia ajak jumpa.
Start dari situ, dia cakaplah nak dating dengan aku bla bla bla.
Aku pun agree jela.

Hubungan tak lama. 3 bulan.
Dan itu adalah 3 bulan yang aku rasa lama.
Dengan barannya lagi.
Aku ditengking kat public. 
Sampai senior aku nampak dan bertanya pada aku keesokan harinya.
Alangkah malunya!
Kemudian sesuatu yang lain terjadi yang menyebabkan aku tak dapat menerima dia lagi.
Aku cuba untuk work it out.
Tapi aku masih tak dapat menerima kerna aku tau itu salah.

Sejak dari tu, aku tak pernah jumpa dia lagi. 
Dia pernah menelefon aku.
Aku layan tak layan jela.
Tapi aku tak pernah bersua muka dengan dia lagi.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu.
Aku nampak dengan mata aku sendiri. Depan mata aku.
Dia keluar dari pintu bangunan syarikat tempat aku kerja!
Aku terus memaling muka dengan harapan dia tak nampak aku.

Reaksi aku macam2.
Nak tegur, taknak tegur?
Apa implikasi kalau aku tegur?
Aku konfius.
Sembahyang pun tak khusyuk, masya-Allah.

Aku ambil keputusan tak tegur.
Dan aku amat-amatlah berharap, dia bukan seorang pekerja di syarikat yang sama!

3 comments

  1. dah nak kawen, memang macam2!!

    ReplyDelete
  2. abaikan ilyn.takyah tegur.cinta monyet je pun.huhu

    ReplyDelete
  3. hawa: itu lah die...tak sangka btol!

    lisa: nasik baik itu yg last nmpk die. harap2 tak nmpk lg huhhuhuh

    ReplyDelete