Raya 4 Hari

Malam-malam di lab. Apa yang aku buat ni?

Haha.

Aku sedang menjalani kursus Java yang belum lagi sampai di penghujungnya. Di waktu malam. Giler ah!

Semalam ada orang bertakbir di masjid. Aku cakap dengan FF, "Raya dah lepas la. Apesal diorang takbir lagi?"

FF memandang aku. Dengan penuh sinis. "Ni tak tau la ni."

"Apa?" aku tanya.

"Kita Raya Haji 4 hari. Lepas raya yang first tu, ada 3 hari tasyrik."

"Ohhhh!!" aku baru teringat pasal hari Tasyrik.

"Masa hari Tasyrik tu kita mana bole puasa kan. Kira 4 hari kita tak bole puasa. Kalau macam raya biasa kan kita tak bole puasa raya first je."

"Ha ah!" aku menjawab.

Kemudian FF sambung lagi, "So, sebenarnya Raya Haji lebih besar dari Raya biasa. Sebab tu ada orang cakap kenapa kita Raya Haji tak sambut sangat padahal dia lebih besar dari Raya Puasa. Tu pasal yang family Amar tu Raya Puasa diorang tak raya sangat. Diorang raya betul2 time Raya Haji."

"Ohhhh! Ha ahhh!"

Baru laaaa aku tau. Sebelum ini aku tak pernah ambil kisah sangat pasal Raya Haji. Lepas ini aku akan Raya Puasa dan Haji dengan meriah juga! Yea!


p/s: Aku rasa aku masih perlu memantapkan pengetahuan agama aku juga. Kan? Kannnn....
=D

6 comments

  1. waaa, bagus2 bf awk tu..:) kalau kat mekah diaorg akan bermalam di mina untuk melontar jumrah..:)

    ReplyDelete
  2. hehhe....nasib FF ada untuk bagi explaination:))

    ReplyDelete
  3. itu gunanya bertanya...hehehe

    ReplyDelete
  4. faisal: bagus kan FF tu. =)
    gembira dpt org mcm die. hehehehhe
    teringin nak g mekah....

    13may:FF da hero! hehe

    chot: betul tu chot. tak sia2 tanya. dan tak sia2 si FF blaja kat smap. =)

    ReplyDelete
  5. la..aku pun br tau bila baca post ko ni ha..hahaha
    untung ade si ff.tak sia2 dia jd bdk smap.kehkehkeh.kalu tak tendang je bontot batek masuk smap balik.haha =P

    ReplyDelete
  6. ahahhahahahhaahhha
    btol tu lisa
    amcm life back in um??
    hehe
    having fun ke?

    ReplyDelete