Surat Untuk Teman-Teman

Wahai rakan-rakanku,

Aku ada sebuah cerita. Sebuah kisah lalu. Dalam hidup aku.
Dahulu. Aku sering depresi. Selalu aku mengurung diri di dalam bilik. Dan tenggelam dalam depresi aku.
Aku selalu menulis untuk meluahkan segalanya. Aku kemudian alami depresi yang teruk apabila aku melalui satu perkara yang aku kira bodoh. Aku anggap kejadian itu adalah dari kesalahan aku sendiri. Sehingga diperlakukan sebegitu rupa. Oleh seseorang yang sudah aku anggap seperti adik. Sejak itu, aku tidak mahu percayakan lelaki.


Kini sudah 5 tahun dari waktu itu. Aku ada FF. Tapi, aku depresi lagi. Depresi ini juga sudah melangkah ke tahap lain. Aku sudah mula cederai diri sendiri. Aku lebih tenang dengan rasa itu. Aku panggil ia, "The Tingling Sensation." Kerana itulah yang aku rasa apabila aku lihat kesan-kesan merah di tangan dan kaki aku.

FF barangkali sudah penat dengan aku. Dia kata aku ada masalah dengan diri aku. Ingin sekali aku berkata padanya, And why are you not supporting me? Why are you blabbering non stop and making me feel worse? Tapi, aku tak terkata. Aku hanya diam. Mendengar segala bebelannya. Tidak mengapalah. Aku tidak perlu lagi sokongan. Aku mengalah. Kiranya, dia lebih layak bersama seseorang yang jauh lebih sesuai dengannya. Untuk itu, aku sanggup. Aku hanya mahu dia gembira dan bukan menanggung seseorang yang berat seperti aku.

Aku pernah berfikir. Perlukah aku merawat depresi aku ini? Atau adakah aku hanya membesar-besarkan perkara yang kecil? Entah. Mungkin aku patut bersendiri saja. Aku dah terlalu jauh. Tenggelam dalam depresi ini. Aku tiada keinginan lagi. Untuk berdua, untuk bergembira, untuk bercanda, untuk bersama.

Rakan-rakanku,
Aku perlu berehat sekejap. Aku sudah mengerti mimpi aku malam tadi. Apa yang ingin disampaikan. Doakan untuk aku. Moga aku kembali lagi di sini.

Dari rakanmu,
Virgobiru


Kadang-kadang kita perlu membuat pilihan yang kita sendiri tidak mahu, tapi dengan pilihan itu kita mungkin akan mendapat jawapan yang kita mahu.

15 comments

  1. kalu sblm ni chii slalu menangih..mengenang diri yg dah terlalu jauh hanyut..mungkin yg melihat x merasa apa yg dirasai..

    skrg ni tgh dlm proses utk memperbetulkan keadaan..kembali mendekatkan diri kpd-Nya..alhamdulillah..semakin tenang kini..

    ReplyDelete
  2. aku tersentuh baca entry nih...sebab pernah jadik kat aku dulu...

    tapi hang kena ingat....kalau hang rasa tertekan teruk, sebenarnya ada orang yg lagi tertekan lagi teruk dari hang...

    be strong okeh!

    ReplyDelete
  3. ilyn,ko buat orang takut dgn surat ko nih..jgn buat mcm2 ye..ingat tuhan dan org yg sygkan ko.
    semua org pun depress gak.control ok.
    heh,si batek,support la weh..
    ilyn jgn give up! everyone make mistakes.hidup ini byk lg yg indah.kita maish muda.
    smile =)

    ReplyDelete
  4. knape sampai mcm itu skali?
    ingat tuhan..
    kepada FF...
    sila sapot budak ni.. huhu

    ReplyDelete
  5. apa sebenarnya depresi tersebot? sy kurang faham.. =( mungkin sbb sy blom mengenali. blom pernah tau kisah-kisah kamu. harap bertenang.

    jgn sendirian. sendirian tak akan baik untuk kamu selagi kamu punya org2 sekeliling yg mau bersama kamu.

    =)

    ReplyDelete
  6. Tapi, lagi best ada bf yg suka berleter dari yg bisu.. kita cakap dia 'hmmm' kan ajer kan? kan?

    Hehe biasalah depressi tuh. Dulu kita slalu migrain. Tapi once bila tau cara nak handle probs yg datang, kita akan OK punya.

    Awak akan OK, percayalah! :D

    thx singgah kat blog tu

    ReplyDelete
  7. sememangnya dalam hidup banyak persimpangan, dan digaris persimpangan itu lah kita perlu membuat pilihan. dan pilihan itu juga yang akan menentukan arah tuju haluan kita. Tetapi tak semestinya dihujung nanti kita temui jawapannya.

    oleh itu sebelum membuat pilihan, carilah jawapannya terlebih dahulu...

    doa untuk anda...

    ReplyDelete
  8. kali pertama dengar masalah yg sebegini, cuba manjakan diri sendiri, beri ruang dan paling penting sayangi diri sendiri.

    Tapi semua ini merlukan masa dan ketabahan untuk lakukannya.

    Oh ya salam perkenalan dari Am dan terima kasih singgah diblog Am ya

    ReplyDelete
  9. chii: ye. btol.kite perlu merenung. dan menghayati yang disekeliling kita.

    13May: trime kasih. terharu aku. seseorang kata pada aku,"virgo is a strong sign" dan aku ingin menjadi itu kini.

    lisa: thank u. aku percaya kite umat mesti saling support menyeport hehe

    nash: thank u nash. aku semakin ok. =)

    chika: aku tak ingin sendiri. baru aku tau betapa sengsara nya jika kita sendiri.

    wan: time kasih.time kasih.time kasih. btol ckp kamu...saya semakin ok.

    jamri: aku telah mengabaikan seseorg yg penting dlm hidup aku. kemudian aku merenung. terhadap sekeliling.dan kemudian,mendapat jawapan aku.rupanya aku menjadi musuh kepada diri sendiri.

    Am: manjakan diri sendiri, beri ruang dan paling penting sayangi diri sendiri.
    trime kasih sbb bg satu ayat yg harus aku igt sepanjang mase.

    ReplyDelete
  10. mengetahui siapa musuh lebih penting daripada tidak tahu siapa musuh kita...

    .... nah... anda dah tahu siapa musuh, perangilah musuh itu...

    ReplyDelete
  11. cari DIA kerna DIA takkan pernah tinggalkan kita sendirian..

    luahkan semua pada DIA kerna DIA tak pernah jemu mendengar rintihan..

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang kita perlu membuat pilihan yang kita sendiri tidak mahu, tapi dengan pilihan itu mungkin kan mendapat jawapan yang kita mahu.

    I've felt exactly the same way.
    Cuma jawapan yang diperlukan tak juga muncul. I hope everything goes well for you.

    p/s: Cara merawat depresi yang terbaik adalah dengan 'Retail Therapy'. Shopping will never feel the same again :)

    ReplyDelete
  13. aku pun ada depresi. tapi bukan aku suka2 cakap aku depress. aku dah selidik simptom2 dia baru aku tahu aku depress. depress dan stress lain cik kak. jgn la besar2kan hal yg kecik.

    ReplyDelete
  14. jamri...aku semakin kental memerangi musuh itu

    najwan...aku mengerti

    alia...haha shopping? have no money rite now..erk! ohh i hope you've found the answer ur searching for

    anonymous...time kasih...im quite ok now. =) dan ye..i've search the depressed simptoms b4 buat any assumptions.=)

    ReplyDelete