Cinta : Sebuah Kisah Tentang Kasih Sayang
Pagi semalam, ke Sri Pentas untuk Press Conference Nescafe Kick-Start. Oh, bukan aku yang masuk. Tetapi teman sebilik aku yang juga merupakan rakan rapat aku sejak aku di UKM. Salwa namanya. JIka dia berjaya ke Top 4, sila lah vote untuk dia!
Sebelah petangnya, kami ke One Utama. Menonton Cinta. Berenam kami. 3 Melayu, 3 gadis Cina. Untuk aku, sudah kedua kali. Dan kali ini aku beri penghayatan lebih. Dan aku dapat menggarap sepenuhnya penyampaian filem ini. Sinematografinya tak dapat disangkal lagi. Aku tilik Cinta akan menang. Bakal meraih anugerah-anugerah besar.
Tetapi. Oh! Apa yang menarik aku ialah, skrip filem. Dialog-dialog yang menyentuh perasaan. Dengan lakonan yang begitu mengesankan. Ungkapan yang membuat aku berfikir. Dan menghargai apa yang aku ada di alam nyata.
Buat pertama kali bagi aku, Fasha Sandha kelihatan sangat cantik dalam filem ini. Mungkin kerana wajahnya nampak sedikit tembam dan itu ternyata lebih menyerlahkan kejelitaannya. Nanu, lakonan yang hebat. Hanya dengan ekspresi wajah. Dan siapa kata Que itu kayu? Bagi aku, watak Amani perlu diberi kepada orang lain. Kerana watak dia tidak mengundang kasihan dan aku tidak rasa selesa menonton dia. Watak Khalif nampak tak berjiwa, tapi nampak juga keamaturan pelakon itu. Soffi Jikan? Aku suka. Tapi masih ada ruang untuk dibaiki. Perempuan pujaan Dhani...siapa dia? Sangat lawa.
Aku tonton Cinta di saat yang tepat. Di saat aku menginjak kedewasaan dalam pemikiranku. Di saat aku ingin memperbaiki hubungan aku bersama FF. Di saat aku ingin memperbaiki diri sendiri. Di saat aku mencari jawapan.
Di dalam Cinta, aku temui. Bahawa sesukar mana kita hidup bersama orang yang kita sayang, kita tetap mengharunginya. Kerana di situ kita tahu yang kita tak sanggup kehilangan mereka. Ya, kita sanggup korban diri sendiri semata-mata untuk kebahagiaan mereka.
"Sehari bersama orang yang kita sayang, lebih baik daripada seumur hidup dengan orang yang kita tak sayang"
Melalui Cinta, aku tahu yang aku perlu kuat. Dan tidak seharusnya senang berputus asa. Kerana "kalau kita betul2 nak, mesti ada cara".
Apabila aku menghayati, barulah aku tahu. Aku terlalu sayang FF. Dan aku akan jadi gila andainya dia tiada dalam hidup aku. Aku juga sayang akan keluarga aku. Kerana selama ini aku menanam impian untuk ada keluarga di saat mereka juga ada di sisi aku. Jadi aku berazam untuk menghargai mereka. Dan mendatangkan kegembiraan buat FF.
CINTA. Satu kisah tentang kasih sayang. Aku percaya dalam setiap orang ada cinta. Betul? Tak kisah lah jika anda tiada bf/gf. Tetap anda ada cinta. Kerana cinta itu universal. Cinta utama adalah kepada Tuhan. Ah. Aku tidak tertahan sudah. Mataku mahu menangis...
p/s: Aku nak beli DVD Cinta.
9 comments
kita sanggup korban diri sendiri semata-mata untuk kebahagiaan mereka.
ReplyDelete"Sehari bersama orang yang kita sayang, lebih baik daripada seumur hidup dengan orang yang kita tak sayang" <-- ske ngan kata² ni..sebab bila org yg kita syg bahagia, kita secara automatik akan turut merasainya..satu kepuasaan bg kite sekiranya dpt wat dia bahagia dan gembira...
semoga semua mendpt cinta yg dicari selama ini...amin
...sekurang-kurangnya anda telah menghagai apa itu CINTA....
ReplyDelete..kalau nak beli DVD CINTA, beli sekali CD soundtrack CINTA..
kalau kita nakkan sesuatu tu , mesti ada carrrra <--pelat pierre andre
ReplyDeleteaku telah menonton cinta bersama 5 org jantan dan sape yg kantoi feeling akan digelakkan..dan membuatkan penonton lain marah.
kesimpulan:nak layan cinta..layanlah dgn org yg betul
sekian..
I believe love is the greatest and most wonderful force on earth, and I believe that the bond between lovers and partners is the most important of those love links to us as individuals.
ReplyDeletelove is everything!! =)
~berdua lebih baik~
cinta itu umpama kurap....
ReplyDeletemakin digaru makin sedap...
hehehehehe.....
aku dah menoron citer ni.. da naik ngapal..
ReplyDeletetp slalu sgt tgk muak plak...
haha
chii...betul. bila kite tgk org tu bahagia..ia sedikit sebyk mengubat rs kesengsaraan kt. tapi kite tau yg ape yg terjadi itu sentiasa ade hikmahnya
ReplyDeletejamri..OST cinta xmenarik sgt. few lagu je yg best. tp cite die mmg best!
faridfadhly...off topic leh ak! hehehehhe glad we're stronger by day =D
lisa...love is what makes life perfect!
13may...hahahaha betul jugak tu! tak terpk plak...sbb x penah dpt kurap kot! =P
nash...dh penat tgk?
cinta....................ah! indahnya!
ReplyDeletehehehehhehhe
ReplyDeleteanda kan tgh hangat bercinta
;)