Ketiga - Nama dia...
"Alamak! Handphone!" Aku raba poket aku kanan dan kiri. Kosong! Periksa dalam beg. Takde!
"Tertinggal?" Mak aku menanya.
"A ah!"
Terpaksa lah aku berpatah balik semata-mata nak ambil barang yang tertinggal. "Lambat lah you macam ni," Mak aku cakap.
Adoiii! Dah la memang lambat. Kena patah balik, lagi lah lambat!
Sesampainya aku di tempat itu, tiada siapa menunggu di lobi depan. Aku terus naik ke kelas. Malunya rasa ketika aku masuk ke kelas dan semua orang memandang aku! Lelaki semalam yang aku borak bersama tetapi tidak tahu namanya, tersengih dekat aku. Aku duduk di tempat aku. Bersebelahan Jeff.
Tiada apa yang menarik sangat kali ini. Bengkel fotografi yang aku nanti-nantikan itu pon, hanyalah indah khabar dari rupa. Tidak memberi pulangan. Ia seperti orang yang mengajar itu tidak mahu kami lebih pandai darinya. Entahlah! Nasib baik juga aku dan Jeff menang dalam pertandingan mengenal iklan dan membuat iklan. Aku berasa bangga atas pencapaian itu.
Jeff berkata pada aku, "This must be my best team effort. We get the ideas in a very short time and done it til it's finished!"
"Yeah. We did get the whole thing done in a very very short time eh," aku menjawab.
"We make a great team," kata Jeff. Aku hanya tersenyum.
Sewaktu makan tengahari, aku, Jeff dan lelaki yang tidak aku tahu namanya itu makan bersama. Dan aku hanya tahu namanya apabila mereka berdua lelaki itu sedang bertukar-tukar nombor telefon. Oh, nama dia Aliff!
(aku sebenarnya bercadang nak menghabiskan cerita di episod ini. Malangnya, aku ada kerja yang perlu disiapkan sekarang. Maka, tunggulah episod terakhir di entri akan datang!)
2 comments
sambung.. sambung..
ReplyDeletechot: aku praktikal di tv3 6 bln hrtuh. skrg smbung lg last sem.
ReplyDeletewan: hello wan. huhu. sorry lmbat membls..sambung nye mungkin weekend nih. skrg tgh kursus.