Selamat Datang Tahun Baru 2007!

Wahai blogger2 kesayanganku!

Kursus aku selama 4 hari ini sangat refreshing. Sebabnya, aku enjoy dengan ajaran Encik Ghana. Seorang yang berasal dari India (rasanya) dan memang tip top dalam perkara yang diajarnya. Aku ingat lagi sewaktu aku belajar Java dalam Tahun ke-2 aku. Kami hanya menghafal coding2 yang kami tak faham. Rupa2nya, Encik Ghana yang sungguh power ini telah membuat kami faham akan coding2 tersebut. Syabas! Kami mempunyai banyak lagi kelas dengannya. Hati aku terbuka untuk menerima ilmu.

Sedar tidak sedar, hari ini sudah 31 Disember. Esok sudah menganjak tahun baru. Aku teringat tahun baru 2006. Aku. Berada di rumah. FF. Berada di Bukit Permai. Bersama rakan2nya. Aku lupa tentang tahun baru waktu itu. Disebabkan itu, aku tak dapat nak bersama FF. Tahun ini, kami tidak dapat bersama lagi. Kami berdua diperlukan di rumah masing2.

2006. Aku ingat ia akan berlalu dengan rasa sangat lama. Tengok lah sekarang! Dah mahu 2007! Sungguh tidak aku sangka. Aku sudah berjaya melalui 2006. Allah telah memanjangkan umur aku untuk mengharungi hidup ini. Apakah resolusi aku untuk 2007? Apa yang telah aku lakukan sepanjang 2006?

2006

Tahun yang sukar untuk aku. Aku melalui pelbagai fasa dalam hidup aku.
1. Aku menjadi obses kerana cinta. Obses yang membawa kepada stres. Membawa kepada kejauhan hati aku terhadap FF. Kini? Aku sudah hilang sedikit keobsesan itu.

2. Aku mengalami pergaduhan besar dengan mak aku. Di mana FF juga masuk campur. Saat itu, aku mahu benci FF. Tapi...saat itu jugalah dia segala-galanya bagi aku. Dia mengangkat aku ketika aku di bawah. Dia sanggup mengejar aku...

3. Blog Virgobiru ini dicipta. Dan lahir juga lah blog Khalifah Alam Maya.

4. Aku dapat bekerja di TV3. Dan gembira berada di sana. Aku sudah rindu kakak2 dan abang2 di situ.

5. FF bercuti dengan famili aku.


2007

Aku tidak begitu tetapkan apa resolusi aku untuk tahun depan. Tapi aku tahu beberapa perkara yang aku mahu buat datang 2007 nanti.

1. Grad pada waktu yang ditetapkan. Bersama FF.

2. Bekerja untuk mengumpul duit. Dan melakukan kerja yang aku enjoy.

3. Menjadi lebih matang dalam hidup dan dalam relationship.

4. Aktif dalam menulis blog.

5. Kalau boleh, mahu keluar dari rumah dan menyewa di luar. Berdikari.

Itu sajalah dari aku kali ini. Sedang menunggu panggilan FF. Kepada anda semua (walaupon lambat untuk meng-wish-kan), Selamat Hari Raya Aidiladha. Dan juga Selamat Tahun Baru 2007. Tak payah la pergi menyambut riang gemilang. Cukuplah sekadar makan-makan bersama orang yang tersayang. Amin.

=)

10 comments

  1. selamat hari raya virgo! moga hidup ko dipenuhi rahmat drpd illahi, dalam 2007 aku harap ko dpt menentang 'negatif' thought! it is not easy trust me but believe me it can be done, serupa seperti aku yg berjaya berhenti merokok sudah 5 bulan lamanya.yg penting, untuk org tersayang terutamanya atau sesiapa yg kite kenal, mood kene ceria even we are down! keep it on babe!

    slamat berblog kembali utk aku!

    ReplyDelete
  2. salam tahun baru!hehe..*ade hubungkait rupanya ko dgn Khalifah Alam Maya tu...

    ReplyDelete
  3. jabbar: selamat hari raya!! trima kasih atas doa2mu (itu semua aku anggap doa & pesanan dr ko).
    aku akan tetap memerangi segala yang negatif dlm diri aku dan apa jua yang negatif. trima kasih sbb ko sentiasa beri nasihat pada aku. mari kita berusaha! chayok2!

    mohdismail: selamat tahun baru juga buat kamu! hehehe
    oh..kenal dgn Khalifah Alam Maya ye... =)

    ReplyDelete
  4. hai salam kenalan. selamat tahun baru 2007! ;)

    ReplyDelete
  5. Salam Eidul Adh n Happy New Year. ;p

    blaja Java eh? where at?

    ReplyDelete
  6. eppy new year...

    ReplyDelete
  7. walopun lmbt aku ttp igt ko
    selamat eiduladha and hepi newyear!!
    may u reach the goals you hope for.
    doakan aku juga ye..=)
    teruskan berblogging.
    aku juga tak harap ape yg tinggi melangit thn 2007 ni.
    hanya cuba buat yg terbaik.amin..

    ReplyDelete
  8. ilyn..anynomous di atas adelah aku..so lisalisut
    blogger kdg2 bingung.haha

    ReplyDelete
  9. dark05: hi dark! salam kenal! happy new year!!

    adeck: selamat hari raya & happy new year! blaja java kat ukm ni. kursus tambahan je nih. hehe. nk lengkapkan diri b4 masuk working world nnt

    chii: lame tak dgr dr chii. rindu pulak. hehe. selamat hari raya! happy new year!

    lisa: lisa!!! merinduimu wahai lisa! hehehehehe
    blogging2 lagi tak nih?
    seram lak nk masuk blaja blk.
    happy new year!!!

    ReplyDelete
  10. thank you chot!!
    same la gak ko ye

    ReplyDelete