Akan aku jadi kuat

Hidup ini.
Kelakar terkadang.
Atau mungkin. Aku saja tersalah tengok.
Atau mungkin. Aku bangkit kerana sokongan.

Hanya satu hari. Satu hari sahaja.
Aku 'hilang'kan diri dari FF.
Aku lari darinya.
Aku mahu dia sedar.
Tapi sebaliknya, diri aku yang kembali sedar.
Aku beri perhatian terhadap sekeliling aku.
Akan apa yang rakan-rakan aku tuturkan.
Akan apa yang Tuhan sampaikan melalui angin.
Akan apa yang aku baca dalam blog-blog.

Seseorang memberi komen, "Virgo is a very strong sign ..."
Dan aku tahu aku perlu mencerminkan itu.
Aku juga perlu mengatasi musuh aku.
Dan musuh aku itu ialah, diri aku sendiri.
Aku kembali pada FF.
Dan aku beritahunya, bahawa aku tidak mahu kehilangannya.
Tidak akan ada orang lain yang akan mencintai aku seperti FF mencintai aku.
Tidak akan ada orang lain yang dapat memahami aku seperti dia.
Allah cipta pasangan yang akan saling melengkapi satu sama lain.
Untuk aku, aku yakin,
Orang itu ialah FF.

Berkat sokongan dari kamu semua,
Aku berazam untuk jadi lebih kuat.
Hidup penuh dengan liku-liku.
Dan aku akan cuba,
sedaya upaya yang aku ada,
untuk menghadapi segala road block di hadapan aku.

Aku akan jadi positif.
Aku akan melawan musuh aku ini.

Terima kasih rakan-rakanku.

9 comments

  1. setiap insan dijadikan berpasangan, dan pasangan itu ditentukan memang saling melengkapi...

    ... tapi kadang kala kita sendiri yang menjadikan ianya bukan pasangan sesuai...

    ReplyDelete
  2. yes, semangat macam inilah yg Am nak dengar, good luck ya

    ReplyDelete
  3. Belajar untuk mensyukuri segala2nya. Kalau tuhan tidak menduga kita maknanya kita masih belum disayangi oleh yang maha esa. Sayangi diri sendiri dan belajar untuk memperbaiki diri. Dari bayi hingga dewasa kita sentiasa belajar untuk memperbaiki diri. Dari merangkak, kita belajar bertatih dan seterusnya. Read motivational books. It'll help lift u to another level. Believe me. What do u look for in a lifetime partner? Someone who understand, care, correct your mistakes, LEAD u to the right path. Am I right? Pilihlah seorang yang boleh menjadi pemimpin. Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk dari kita sendiri.

    ReplyDelete
  4. jamri: kdg2 minda kita ni pk terlampau byk... itu yg bahaya
    dan kita sendiri hanyut dlm pemikiran itu

    Am: thank you Am! ni jugak dr sokongan blogger semua.

    counsellor: oh..ni counsellor kite ke? hehehehheheh
    hmm...thank youuuu byk sgt. banyak lagi yg perlu kite blaja.
    btol...yg buruk semua adalah dr kite sendiri.
    oh..jauhnye trasa dr Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. kadangkala kita kena kuat utk sesuatu perkara..
    mungkin segala apa yg terjd di sblm ni ada hikmah disebalinya...dan dugaan yg diberi kpd kita sbg hamba-Nya..

    sama2 berdoa semoga kita semua tabah menghadapi dugaan yg diberikan..amin

    ReplyDelete
  6. yes.mcm tu lah kak ilyn kite..hahaha
    you go girl! caiyok! caiyok! =D

    ReplyDelete
  7. mana FF kamu.. dia xngomen pun.. hihi

    ReplyDelete
  8. ...kita tidak pernah terjumpa dgn pasangan yang salah
    tetapi kita sering menjadi pasangan yang salah...
    kebahagiaan terletak pada diri kita..

    lega dapat tau hang dak okeh. Have a nice day:)

    ReplyDelete
  9. chii, entahlah. utk menjadi kuat tu memerlukan kesabaran yg kuat selain hati yg kuat. bagi ilynn...itu semua akan kucapai secara slow2\

    lisa, hehe you too go girl! ;)

    nash, FF xde internet. hidup die buat mase nih merana. kene g CC manjang. update blog pon x sempat. lgpon FF ade perkara yg penting die sedang buat sekarang. kt tggu same2 ye

    13may,kita sering menjadi pasangan yang salah
    ayat tu...mmg betul. sbb buat aku sedar akan sst. kt akan selalu menjadi pasangan yg salah bile kemarahan,ego menguasai kt. yg due tu mmg kt kene elakkan.
    jgn buat keputusan bile marah.
    =)

    ReplyDelete