Fikiranku seperti lautan bergelora,
Tidak tenang berganti arus,
Kadang di hulu,
Kadang di muara,
Kadang seperti mau hanyut bersama arus itu.
Wahai dewata,
Dengarkah kau panggilan menyeru?
Jangan kau fikir ku makin menjauh,
Semakin dekatlah kau,
Melawan arus yang menentang laju,
Memahami kenapa lautan bergelora.
Aku menanti...
Kuatnya gelora menjadi tenang,
Oh dewata!
Aku menanti saat kau datang,
Selamatkan aku dari gelora yang kencang ini.
Ibarat udara untukku bernafas,
Ibarat roh untuk jasad bernyawa,
Itulah dikau wahai dewata!
Jangan kau fikir ku menjauh,
Jangan kau fikir ku hilang kasih,
Aku terperangkap dalam lautan yang kencang,
Pimpinlah aku ke cahaya yang terang.
Selamatkan aku,
Fahami diriku,
Aku sentiasa bersamamu.
Oh dewata!
Aku sentiasa bersamamu.
Puisi diatas yang aku namakan Gelora, didedikasikan khas untuk suamiku yang tersayang selamanya, FF.
Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Alam Maya di dunia siber ini.
Aku harap beliau mengerti maksud puisi ini.
Terima kasih Syg sebab byk berkorban utk org & menjadi motivator utk org.
Terima kasih sebab sentiasa cuba buat terbaik utk kita.
Terima kasih kerana sentiasa cuba menjadi tulang belakang yg mantap buat org.
Terima kasih for everything that you've done.
I know I am such a perfectionist...thank you for 'getting me', accepting me.
Akhir kata...
Happy 2nd Anniversary to us both!
May we be together til the end & happy ever after.
Doa pada Allah supaya kita kekal abadi dengan iman & ilmu duniawi yg cukup.
Doa supaya kita bahagia ke akhir hayat bersama keluarga.
Amin.
I Love You both forever...FF & Lulu. ♥
0 comments