Tiba satu masa...

bila kau rasa yang kau adalah sangat sangat sangat useless.

Kau taktau apa kau nak buat...
Kau taktau mana nak tuju...
Kau taktau potensi apa yang kau ada...

Kau tak boleh nak bergerak mana-mana.

Banyak tanda soal dalam kepala,
Tapi kau tak boleh nak beri jawapan.

Kau buntu.
Kau tepu.

Rasa nak menjerit.
Rasa nak menangis.
Rasa nak lari dari waktu sekarang.

Kau tanya, apa yang kau perlu buat untuk survive dalam dunia?
Mana pergi mimpi dan impian?
Mana langkah yang dulu kau atur elok-elok?

Sudah.
Kau dah bosan sudah.
Terlalu banyak soalan.
Jawapan?
Tak satu pun yang pasti.

1 comments