Wahai wahai

Wahai Perempuan Cina berkaca mata,
aku tak tahu kau nak pergi mana sebenarnya
jalan yang kau ambil itu untuk ke kanan sahaja
aku tegaskan, untuk ke Kanan SAHAJA

Dan di mana kau letak fikiranmu untuk jalan terus
Sampai kau tak nampak aku yang sedang di kiri mu,
sedang membelok ke kanan

Di saat kau melanggar bontot kereta kecilku
Dengan selamba kau teruskan perjalananmu ke depan
Tak apa, aku tau cara memintasmu
Tapi setelah aku memberi isyarat padamu dan high-beam di belakangmu
Kau tanpa segan silu meneruskan perjalanan
Buat tak tahu

Aku tidak berapa kesah tentang perlanggaran
Namun aku tidak suka orang yang tak punya budi bahasa
Wahai perempuan Cina berkaca mata
Kereta kau Nissan Sunny
Malang aku tidak melihat nombor plat,
cuma sempat melihat ia bermula dengan TAC

Aku berharap
Kau akan sentiasa merasa bersalah
Atas perbuatan kau yang tiada budi bahasa
Dan mungkin kau akan berubah


Wahai ular yang menjalar-jalar,
Apa kau buat di tengah-tengah jalan?
Bukan sebarang jalan yang kau lalui ini
Lebuhraya SPRINT
Laluan kereta yang berhala laju

Hari sudah lewat malam
Tapi kau masih menjalar di tengah-tengah jalan
Dari mana kau datang?
Kenapa kau di situ?

Aku lihat kau dari jauh
Menjalar-jalar
Kau seperti reben yang bermeter panjangnya
Sungguh, aku tidak tahu kau sesuatu yang bernyawa

Ketika aku mulai dekat,
Baru aku sedar kau seekor ular
Tapi sudah terlambat untuk aku elak
Pemanduan aku begitu laju,
Begitu juga kenderaan lain

Perasaan aku ketika melanggar tubuhmu wahai ular,
Sungguh terkejut dan bersalah
Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan
Aku tidak boleh berhenti kerana kau di tengah-tengah lebuhraya
Dan aku takut kau akan mematuk atau membelit aku sehingga mati kerana marah

Aku sememangnya tidak membenci spesis kau langsung
Malah, aku amat sukakan ular
Sisik yang berwarna-warni, sangat memukau
Jadi, maafkanlah aku wahai ular di lebuhraya Sprint
kerana melanggarmu malam tadi

Jika kau mati, aku harap bukan kerna aku
Jika kau masih hidup, jangan lah kau serang manusia
Ia berdosa
Nanti kau tak dapat masuk syurga, sia-sia
Aku harap satu hari di akhirat nanti,
Aku bertemu denganmu
Untuk meminta kemaafan darimu

4 comments

  1. eeeeeeeeeeeeeeeeee..ularrrrrrrrr geli!!!!!!!!!!!!

    kalau aku mmg lenyek2 je.serius.

    ReplyDelete
  2. slm virgobiru,

    lama tak singgah sini..entah kenal lagi entahkan tidak,haha..oh ya, memang lawak sungguh bila aku baca entry ala2 puisi ini..:) for sure ular itu mati..ok lagi ular..aku penah langgar ayam, anak anjing ngan err tenggiling kot tak silap..nasib kereta tak pape,hahahah...*gile kejam..

    Ohh, aku jangka mesti sudah dekat tarikh langsung ngan FF tu..:) smoga semuanya selamat..tapi aku lagi dekat kot, sanagt dekat,haha..email alamat kat faisalhjrahim@yahoo.co.uk :) nak bagi something,ceewahh..ngah cari kengkawan lama masa berblog dulu..:)

    syukran!!

    http://blog.faisalrahim.com

    ReplyDelete
  3. TAC? aku tau tu...

    request TAC.. lebih2 lagi time nak bayar bill..

    shittus, lawak hambar amar yang tipikal.

    ReplyDelete
  4. lisa: aku syg binatang hahaha =P

    acai: hi acai!!! lame gile tak dgr brite...yela..org tu dh group2 dgn member2 photog
    xmo amik gambar kite outdoor ke? ;P ihik
    kite tgh tggu surprise dr acai ni..bile la nk smpi ek heheheh
    rajin2 la singgah sini...=)

    amar: best hrtu kuar dgn ko setelah lame gile tak kuar.
    jom lepak lagi!

    ReplyDelete