Aku baru habis baca sebuah buku, dan satu ayat di dalamnya menyedarkan aku tentang sesuatu
"Appearance can be deceiving"
Kita semua tak perasan...tapi ini antara perkara yang kita selalu lupa dan antara perkara yang sering berada di sekeliling kita.
Appearance merujuk kepada rupa, tingkah-laku, percakapan, gaya, biasanya apa2 yang fizikal.
Seperti, pemasar kad kredit atau penjual MLM.
Gaya memang segak, bercakap memang petah...membuat kita tertarik dan percaya.
Lebih lagi, kalau si penjual MLM, memakai kereta yang mewah dan gaya pun menampakkan kemewahan.
Sebetulnya, memang first impression tu penting. Sangat penting.
Tapi bagi aku, first impression perlu diikuti dengan sifat dalaman yang tulus juga.
Aku pernah berkenalan dengan seorang yang berseni.
First impression: Dari hanya gambar, dia nampaknya seorang yang laid-back dan punya wajah yang boleh tahan. Tertarik juga (dari segi profesional ok).
Kerjanya dikagumi ramai. Bakatnya tak dapat dinafikan...itu aku tahu.
Aku berkenalan dengan dia, dan mengenali dia bukan sebagai seorang pembeli hasil kerjanya.
Oh, sangat profesional dan ramah dan mengagumkan di hadapan pembeli-pembeli!
Sekali lagi diingatkan, appearance can be deceiving.
Setelah mengenali dia, dia seperti kebanyakan orang seni lain.
Apakah trend Art di Malaysia dah mula mengikuti trend Barat?
Apakah orang seni kita pun sudah mula hilang sifat timur?
Aku buka mata sekarang.
Aku juga perlu sedar.
Aku cuba perbaiki diri.
Bukan hanya dari segi mutu dan kualiti kerja, tapi dari kualiti sikap dalaman diri juga.
Artis, pelukis, fotografer, penulis...kamu orang seni...
Kita perlu orang yang bersifat tulus dan tidak berpura-pura.
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
1 comments
don't judge the book by its cover....
ReplyDelete