Wahai lelaki!
Sesungguhnya apabila kamu mendapat seorang teman wanita,
lebih-lebih lagi seorang isteri,
Jangan kamu lupa semua di bawah ini:
1. Seorang wanita suka dipuji.
Pujilah dia ketika kamu keluar bersama, ketika dia bersiap ke kerja, akan masakan dia, dan di situasi-situasi yang relevan.
Tapi jangan lah pulak melebih! Nampak sangat kamu mengumpan.
2. Tidak malu mempertonjolkan teman wanita, tunang atau isteri kamu.
"Ini isteri saya, si Polan" kan lebih kukuh berbanding, "Ni si Polan".
Bagi wanita, jika kamu malu, bermakna kamu tak yakin dengan status, takut jatuh saham, tak berkomitmen dan takut untuk ke tahap yang lain.
3. Berani untuk mengaku salah dan mengaku kalah.
Kebanyakan wanita sudah lali dengan ego lelaki untuk tidak mengaku.
Jadi, apa salahnya kamu ubah persepsi mereka?
Tapi, jangan jadi bodoh sampai jika perkara itu bukan salah kamu pun kamu nak mengaku salah juga!
4. Bersikap lembut terhadap mereka.
Rasanya perkara ni dah tertulis dalam Al-Quran.
Dalam undang-undang juga ada (bagi yang bukan beragama Islam).
Tak payah ulas panjang. Kamu ikut saja.
5. Elakkan dari mementingkan diri sangat.
Apakah tidur lagi penting daripada wanita kamu yang kereta tersadai tengah jalan pukul 2 pagi?
Lebih menyakitkan, bila telefon tidak berangkat langsung.
6. Elakkan dari terlalu mementingkan perkara lain dahulu.
Wanita kamu mungkin faham kereta kamu itu teman wanita kamu juga.
Tapi, jangan sampai terlebih-lebih sangat!
7. Elakkan juga dari menjadi overprotective.
Wanita tak suka terlalu dikongkong!
8. Ambil tahu tentang perkara remeh walaupun bagi kamu ia adalah sangat remeh!
Seperti, apabila rambutnya dipotong, memakai baju baru, perfume baru, dll.
Bukan saja nampak kamu appreciate, tapi dia pun akan appreciate kamu!
9. Tidak segan untuk membelai manja apabila keluar bersama.
Ini bukan cium ke hape ya.
Tapi sekadar menjaga dia disisi kamu, meletakkan tangan kamu di belakangnya, dll.
Wanita suka kerana menganggap kamu melindungi dia.
10. Jika kamu tiada masa, atau malas membaca ini...
Kamu seorang yang tidak layak memiliki wanita.
Apakah kamu punyai semua guideline di atas?
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
5 comments
kata2 dr seorang yg tidaklah bgitu feminin di sekolah dulu. i am impressed :P hehe
ReplyDeleteaku mempunyai lebih dari yg disebutkan.
ReplyDeleteha ha
sue: learn from experience =)
ReplyDeletebojed: bertuah tunang ko!
wanita jgn terlalu banyak komplen..
ReplyDeletehehe
banyak lagi yg ko tak senaraikan, yg ko sendiri pun tak perasan, tapi letih la aku nak tulis byk2 kat sini huhuhu, so try to find out more, should be at least 6 more
ReplyDelete