Beri laluan untuk diriku bekerja sementara.
Iklan di bawah melibatkan penggunaan tenaga, masa dan ekperimentasi terhadap foto lama.
Ini cubaan 1.0.
(Bunyi sayup-sayup bait korus lagu Pretty Ugly "Diari Seorang Lelaki" di belakang)
Dia cakap dia bosan.
Dia cakap dia penat.
Dia cakap aku babi, aku sial.
Dia cakap dia takkan maju kalau aku kacau dia.
Aku sekat kebebasan dia.
Baik kau lari, aku kata.
Tapi...
Dia kata, dia nak aku.
Then kenapa dia cakap semua tu?, aku tanya.
Sebab aku buat dia marah.
Aku asyik kacau dia.
Orang yang nak kau, yang sayang kau, takkan cakap babi, sial ke apa walau semarah macam mana pun dia. Dia kata dia takkan maju kalau kau ada kan? Habis tu, kenapa dia nak kau? Baik tak payah ada gf langsung. Tak ada gangguan., aku ceramah.
Tapi aku sayang sangat kat dia.
Aku tau dia sayang dekat aku.
Kau sanggup hidup dengan babi, sial tu semua?
Kalau kau sanggup, and kau sanggup letak diri kau nombor 3 ke 4 dalam list dia, pergilah.
*Terkebil*
Kalau korang, apa korang cakap?
Learn to live a day at a time..
Biarkan hari yang lepas berlalu, dan tidak terlalu memikirkan hari esok.
Set a goal untuk masa hadapan itu tidak salah.
Prevention is better than cure
Elakkan sekarang daripada lebih teruk di masa akan datang.
Di atas ini bukan merujuk kepada apa2 yang medikal.
Aplikasikan kepada situasi dalam hidup anda.
Ia akan membuat anda berfikir lebih jauh...
Wahai lelaki!
Sesungguhnya apabila kamu mendapat seorang teman wanita,
lebih-lebih lagi seorang isteri,
Jangan kamu lupa semua di bawah ini:
1. Seorang wanita suka dipuji.
Pujilah dia ketika kamu keluar bersama, ketika dia bersiap ke kerja, akan masakan dia, dan di situasi-situasi yang relevan.
Tapi jangan lah pulak melebih! Nampak sangat kamu mengumpan.
2. Tidak malu mempertonjolkan teman wanita, tunang atau isteri kamu.
"Ini isteri saya, si Polan" kan lebih kukuh berbanding, "Ni si Polan".
Bagi wanita, jika kamu malu, bermakna kamu tak yakin dengan status, takut jatuh saham, tak berkomitmen dan takut untuk ke tahap yang lain.
3. Berani untuk mengaku salah dan mengaku kalah.
Kebanyakan wanita sudah lali dengan ego lelaki untuk tidak mengaku.
Jadi, apa salahnya kamu ubah persepsi mereka?
Tapi, jangan jadi bodoh sampai jika perkara itu bukan salah kamu pun kamu nak mengaku salah juga!
4. Bersikap lembut terhadap mereka.
Rasanya perkara ni dah tertulis dalam Al-Quran.
Dalam undang-undang juga ada (bagi yang bukan beragama Islam).
Tak payah ulas panjang. Kamu ikut saja.
5. Elakkan dari mementingkan diri sangat.
Apakah tidur lagi penting daripada wanita kamu yang kereta tersadai tengah jalan pukul 2 pagi?
Lebih menyakitkan, bila telefon tidak berangkat langsung.
6. Elakkan dari terlalu mementingkan perkara lain dahulu.
Wanita kamu mungkin faham kereta kamu itu teman wanita kamu juga.
Tapi, jangan sampai terlebih-lebih sangat!
7. Elakkan juga dari menjadi overprotective.
Wanita tak suka terlalu dikongkong!
8. Ambil tahu tentang perkara remeh walaupun bagi kamu ia adalah sangat remeh!
Seperti, apabila rambutnya dipotong, memakai baju baru, perfume baru, dll.
Bukan saja nampak kamu appreciate, tapi dia pun akan appreciate kamu!
9. Tidak segan untuk membelai manja apabila keluar bersama.
Ini bukan cium ke hape ya.
Tapi sekadar menjaga dia disisi kamu, meletakkan tangan kamu di belakangnya, dll.
Wanita suka kerana menganggap kamu melindungi dia.
10. Jika kamu tiada masa, atau malas membaca ini...
Kamu seorang yang tidak layak memiliki wanita.
Apakah kamu punyai semua guideline di atas?
Aku baru habis baca sebuah buku, dan satu ayat di dalamnya menyedarkan aku tentang sesuatu
"Appearance can be deceiving"
Kita semua tak perasan...tapi ini antara perkara yang kita selalu lupa dan antara perkara yang sering berada di sekeliling kita.
Appearance merujuk kepada rupa, tingkah-laku, percakapan, gaya, biasanya apa2 yang fizikal.
Seperti, pemasar kad kredit atau penjual MLM.
Gaya memang segak, bercakap memang petah...membuat kita tertarik dan percaya.
Lebih lagi, kalau si penjual MLM, memakai kereta yang mewah dan gaya pun menampakkan kemewahan.
Sebetulnya, memang first impression tu penting. Sangat penting.
Tapi bagi aku, first impression perlu diikuti dengan sifat dalaman yang tulus juga.
Aku pernah berkenalan dengan seorang yang berseni.
First impression: Dari hanya gambar, dia nampaknya seorang yang laid-back dan punya wajah yang boleh tahan. Tertarik juga (dari segi profesional ok).
Kerjanya dikagumi ramai. Bakatnya tak dapat dinafikan...itu aku tahu.
Aku berkenalan dengan dia, dan mengenali dia bukan sebagai seorang pembeli hasil kerjanya.
Oh, sangat profesional dan ramah dan mengagumkan di hadapan pembeli-pembeli!
Sekali lagi diingatkan, appearance can be deceiving.
Setelah mengenali dia, dia seperti kebanyakan orang seni lain.
Apakah trend Art di Malaysia dah mula mengikuti trend Barat?
Apakah orang seni kita pun sudah mula hilang sifat timur?
Aku buka mata sekarang.
Aku juga perlu sedar.
Aku cuba perbaiki diri.
Bukan hanya dari segi mutu dan kualiti kerja, tapi dari kualiti sikap dalaman diri juga.
Artis, pelukis, fotografer, penulis...kamu orang seni...
Kita perlu orang yang bersifat tulus dan tidak berpura-pura.
Wah, 12 jam!
Sabtu, Ahad.
9 pagi-9 malam, 9 pagi-9 malam.
Bulan ni,
turn aku pulak bekerja sorang2 di wing sebelah kiri office aku.
Aku suka:
Off hari weekdays.
Balik awal time weekdays.
Day shift.
Banyak masa edit gambar dan buat keje rumah.
Boleh jumpa FF.
Duduk sorang2 time weekend. Tak ada orang kacau.
Boleh pakai jeans.
Duit OT gegila.
Aku tak suka:
Kepenatan.
Sakit bahu.
Line telefon yang kureng dari North America.
Malas nak keluar carik makan.
Tak boleh buat fotografi time weekend.
Betul kata seorang rakan aku, Pok Ding.
Non-stop ni relax hahahah
Tapi baru seminggu kerja weekend.
Kalau setiap weekend macam ni kan best...
Tapi..adakah ni yang aku nak...?
Ah, mungkin aku terlalu sibuk kebelakangan ni.
Kerja bertimbun...
Sekarang dalam proses edit gambar orang tunang, orang kahwin.
Hehe.
Ramai betul orang nak kawin tahun ni ye.
Jeles pon ade...heheheheheh
Bila turn kite pulak ye, FF?
Anyway, dalam bercerita pasal kawin/tunang..
Aku nak ucapkan SELAMAT BERTUNANG kepada Hawa, Nad dan Fatehah respectively.
Serta SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Elisa, Bie dan Kak Fiza.
Mereka semua ni rakan-rakan aku sewaktu belajar.
Ada lagi incoming nak tunang dan kahwin.
Aku cuma terfikir, adakah aku di usia yang ramai dah nak kahwin ke ataupun 2008 ni je ramai orang nak kahwin?
Hmmm...
Aku tak sabar nak tunggu lagi 4 bulan FF abis Master.
Tak sabar nak tunggu lagi 6 bulan genap setahun tunang.
Lepas tu, lagi setahun je lagi.
Arrgghhh...lama sungguh penantian daku ini.....
Okay lah u ols..
I nak pergi ke dapur dulu ye.
See you next time!!