Bagi blog ni tidur lama sikit eh..
Lelaki ialah golongan yang selalu cakap tak serupa bikin.
Salah satu sebab kenapa aku malas nak minta maaf dekat diorg ni.
Satu lagi, asal aku nak cakap "Sorry" je, mereka dah cakap benda yang mengecilkan hati. (Uhuk, uhuk. I terasa tau!)
Situasi 1.
Aku dah ready ni, nak cakap "Sorry" dengan rasa penuh kekesalan di dada.
Tetiba...
Lelaki: Awak tu rasa yang awak dah cukup ke ha? (dengan nada amarah nya)
Tak ke hati korang rasa geram? Ke-ready-ness nak cakap "Sorry" tu dah dibakar reput2 jadi arang dah.
Padahal, kalau time elok, baik2...reti pulak dia cakap, "Bagi saya, awak perfect. Cukup semua segi, reti jaga saya, bla bla bla"
Situasi 2
Dia tengah marah ni. Yelah, tak angkat telefon dia. Dah ready nak cakap "Sorry". Nak memujuk katakan.
Lelaki: Kenapa awak mesti tak angkat telefon? Angkat je tak boleh ke? Nak jugak saya call banyak2 kali. Awak tu, tak pernah reti nak pujuk saya langsung! Bla bla bla
Itu lah dia. Tak nak sabar. Sikit je, dah berapi. Lepas tu membebel.
Lelaki ni sebenarnya kuat membebel jugak.
Nak tau, time baik2, dia cakap apa pulak?
"Awak best. Reti pujuk saya blablabla"
Grrr! Ketuk kepala kang!
Situasi 3
Aku nak cakap, "Sorry" ni. Sebab terbuat dia meradang. Silap kita, nak minta maaf la ni.
Tetiba...
Lelaki: Tau tak, awak tak pernah nak cakap sorry. Nak dengar sorry dari awak berapa kali je.
Uh! Pisau menusuk di dadaku! Lantas, perkataan "Sorry" yang hanya di hujung lidah, menjadi air liur yang ditelan semula pahit2.
Jadi, kenapa semua nak kena jadi salah yang perempuan je?
Kalau si lelaki tak hanya cakap yang manis2, cakap serupa bikin ke...kan elok?
Ini, time baik cakap semua yang sweet je...time tak suka, semua yang buruk diungkit.
Yang dulunya positive dah jadi negative.
Apa elok ke kita nak buat macam tu?
So, lu pikirlah sendiri!
Haloo!
Hehe.
Apa khabar semua?
Aku tengah sibuk dalam kerja fulltime yang makin memakan tenaga aku (grrr!),
fotografi (yang menyenangkan aku), meng-edit gambar (yg juga menyenangkan aku),
mendesign logo & business card.
Tak lupa juga tugas aku menjadi separa orang gaji di rumah (sebab maid dah takde),
peneman FF ketika dia memerlukan aku,
dan semua ini memakan masa & tenaga aku.
Lebih2 lagi apabila kerja full time ialah pada waktu malam.
Aduh!
Perit itu perit.
Sedangkan orang di rumah kurang faham situasi aku dan kerja aku,
apatah lagi orang luar.
Tapi aku gagahkan.
Sebab aku ada misi.
Misi fotografi huahahahah.
Anyway, sila pergi blog
ini.
Aku suggest perempuan je la.
Sebab di sini punya barang2 yang berkenaan perempuan sahaja.
Oh, ini ialah mempromosi blog ini.
Yang bukan aku punya blog ye!
Hehehehhehe...tapi memang aku kenal la tuan punya. =)
Itu saja buat kali ini.
Aku nak sambung buat kerja.