Semenjak berita pertunangan aku & FF tersebar, berbagai jenis reaksi yang aku dapat. Ramai yang terkejut. Ramai yang gembira. Ramai yang mempersoalkan. Ada yang tak percaya. Dan tak lupa, beberapa yang...korang rasa macam mane?
Berbagai soalan jugak yang diajukan kepada aku. Ini termasuklah secara terus, sms atau email.
Mari kita lalui sesi soal jawab ini.
Berapa lama korang tunang? (hampir kesemua rakan2 kami)
**** tahun. (A couple of years). Maaf kerana aku tak boleh publish ini dalam internet.
Berapa banyak hantaran? (Fazly, geng laki2 aku)
Kalau nak tahu, datang lah majlis time tu.
Berapa banyak dulang? Apa isinya? (Sue, blogger dan member baik)
Dulang 5 balas 7. Dari pihak aku, Songket, Jam, Cincin+Bunga Rampai+Potpourri, Buah, Sirih Junjung, Chocolates & Cupcakes.
Tayang cincin sket. (Fai, member rumah & seseorang)
Sila visit fotopages aku: http://virgobiru.fotopages.com
Bagaimana rasa menjadi tunangan orang? (Din & Fatehah, member office)
Biasa je. Happy memang happy la. Tapi rasa tu betul2 time hari tunang. Berdebar! Mcm tak nak kluar bilik pon ada.
Siapa yang buat hantaran? (rakan office & member rumah)
Aku dan perempuan2 family & cousin2 aku. Semua dibuat sendiri.
Tempah baju berapa ringgit? (mak Dan)
Tak sampai 80 hengget. Kat mane? Tailor sendiri yang aku selalu upah die buat baju raya semua.
Berapa banyak habis untuk tunang? (Fad, member office & Sue lagi)
Duit sendiri sampai 3K. Aku tak larat nak kira. Tapi jangan khuatir kamu semua, tu sebab segala2 preparation ditanggung oleh aku sendiri. Dari riben2 buat hantaran, barang hantaran (kecuali buah kot), decoration pelamin (nasib baik ada kerusi lawa untuk pelamin), bunga2, door gift untuk tetamu dan sebagainya. Cuma katering, kanopi je aku tak involve. So, korang mungkin bernasib baik sket kalau parents nak sponsor lebih. =) (Well, patutnya tunang parents yang sponsor..ikut lah..)
Kenapa tak bagitau kawan2? Kenapa senyap2? Tak elok betul! (Segelintir rakan)
Pertama sekali, aku mintak maaf banyak-banyak sangat.
Bukan niat nak ketepikan rakan2. Seperti yang kamu maklum, mak aku jenis yang susah untuk dirunding. Aku nak bagi hantaran cincin tu pun, bising die sampai ke mulut orang lain. Grr! Dan disebabkan makanan disponsor, jadi...Aku harap korang faham keadaan aku dan family aku. Kalau nak diikutkan jugak, majlis pertunangan eloknya antara keluarga saja. Jadi, aku & FF memutuskan biarlah majlis berjalan dan selesai. Kemudian, biar orang lain dapat tahu dari gambar dan khabar mulut. Takkan lah pula kami nak heboh2kan, "Hai, kami nak/dah tunang!" Kan tak manis tuuuuuu....Hehe. ;P
Tahniah atas pertunangan! Meriah betul gambar. Ala2 orang kahwin. Nanti majlis mesti lagi grand! (Seseorang, member office)
Tak adalah. Bagi aku, aku nak buat hari itu terbaik mengikut citarasa aku dan juga kemampuan aku. Jadi, tak kira ia nampak grand ke apa..tapi buat majlis mengikut kemampuan sendiri.
Berapa package fotografi? (Member universiti)
Pakej fotografi aku ke pakej orang yang tangkap gambar aku?
Kalau aku punya, sila la rajin2 email aku ye. =)
Are you serious? You're engaged? Are you sure about this? (Bart, member office)
Yes. Confirmed.
Resep No Knead Sausage And Cheese Bread
5 years ago
7 comments
congrats junior..hepi always..=)
ReplyDeleteaku ada soalan tambahan.
ReplyDeleteapakah aktiviti anda di waktu malam sejak bertunang ini?
jeng jeng!
anon: siapakah dikau?? anyway, thank you 4 the wish!
ReplyDeletebojed: aktiviti malam kami seperti biase. FF dengan bertenet sepjg malam kalo tak stud. aku pula mengadap komputer di office.
kenapa? tak percaya ka?
ko lain la. berdating je jawabnye..
cuma satu soalan yang akan aku tanya kat kau nanti. kenapa tak bagitahu member? bukan nak soro korang ajak, soro bagitau je. aku seriously kecik hati.
ReplyDeleteamar:wahai amar, aku seriously pun xmau mengheboh2kan+xtau nk bgtau korg mcm mane. takkan la tetibe nak call pstu ckp,"weh, ktrg nk bertunang.."
ReplyDeleteerr...pelik bukan?
sorry amar...bkn ko sorg je xtau.
xde sape pon tau.ktrg bkn xnak bgtau..tp ade byk sebab yg xbg ktrg bukak mulut.
amar emo?
ReplyDeleteade member aku, kawen pun x ajak mar..
dah jom mapley
i asked every little detail ok! hahaha. sorry la kalau mcm menyibuk, cuma nk menuntut ilmu :P hehehhe and i'v been talkin bout weddings a whole lot with my welly frens sbb mereka2 ramai yg dah berumur/tak sabar nak kawen :P
ReplyDeleteim really happy for the two of you!
n u'v got urself a really nice guy.(dok baca FF nye blog gak esp yg his blog 'aku rasa cinta bila aku aku kutuk kau tulang dan kau kutuk aku capang' hehe cute. also, he's awfully generous..suke bg hadiah :P) congrats.
(tibe2 rase penyibuk giler sbb tau sume benda. hahaha. gosh. dahla2 until later! tc)
p/s: i just got back fr my family vacation. nnt we lepak one last time b4 i go back to welly ok? kite balik 19th feb :)