Bismillahirrahmanirrahim.
Malam Jumaat lepas, aku & FF pergi menonton Teater Juta-Juta ni.
Kali ini ia bertempat di Putrajaya, dalam sebuah panggung yg dipanggil Panggung Eksperimen di bangunan berhadapan dgn Palace of Justice.
Sebelum ke Putrajaya, Teater Juta-Juta dipentaskan di Stor DBP tak silap aku pd bulan September lepas. Aku mula tahu tentang teater ini daripada FF, believe it or not. Buat pengetahuan u olls, FF skrg dah layan teater2 indie jugak. Akhirnya dapat jugak aku serapkan dia ke dalam dunia teater ni. Haha. Namun, hasrat untuk aku menonton di sana tidak kesampaian kerana aku masih dalam mood pantang+kelam kabut mengendalikan baby aku tu.
Jadi, selepas mendapat tahu bahawa teater ini akan dibawa ke Putrajaya, aku terus memberitahu FF tentang ini dan ktrg sangat teruja nak menonton. Teater Juta-Juta diarahkan oleh Fasyali Fadzly, yang kebetulan adalah senior aku sewaktu aku bergiat dalam kumpulan teater KTR (Kelab Teater Rimba). Beliau juga dikenali dengan nama cybernya, Vitamin. Tiket masuk hanyalah RM20. Sepatutnya perlu buat tempahan tapi disebabkan aku buat decision impromptu & terlupe nak call, ktrg beli tiket walk-in. RM20 jugak.
Teater Juta-Juta ke Putrajaya ini adalah sebuah karya berbentuk Satira, yang bermaksud ia adalah sebuah literary art form yang mempunyai unsur kritikan, humor dan sarcarsm di dalamnya. Mungkin dengan maksud yang lebih senang difahami, Satira ni ala-ala parody jugak la sikit. Humor + social criticism.
Teater ini mengisahkan tentang 3 org sahabat yang ingin mementaskan karya teater mereka di sebuah pentas agung, Keraton Seni dan perlu membentangkan usul untuk meraih fund bagi menjayakan teater mereka itu.
Bagi aku, Fasyali membawa subjek yang begitu dekat dengan dirinya sendiri, iaitu tentang industri teater itu sendiri. Dan dari segi persembahan, ia sangat santai dan membawa penonton melalui berbagai situasi & dari pelbagai sudut pandang (point of view). Subjek utama: tentang industri teater mainstream zaman kini (seperti yang kita tahu, asyik-asyik Teater Muzikal terutama selepas produksi Tiara Jacquelina membuahkan hasil lumayan) dan pelbagai kritikan sinis mengelilingi subjek utama ini.
Plot cerita sangat menarik...bukan dalam garisan yang lurus, dan dapat capture perhatian & pemikiran penonton. Membuatkan kita berfikir, meneka & menggunakan imaginasi sendiri. Aku suka konsep Play within the Play yang ditonjolkan. Inspirasi dari filem Inception tapi begitu bijak dimainkan oleh Fasyali.
Pelakonnya cuma 3 orang, iaitu Fazleena Hishamuddin, Anas Riduan & Aloy Paradoks, yang menggalas pelbagai watak berbeza dalam teater ini. Kebetulan juga, Fazleena merupakan senior aku waktu bergiat dalam KTR dan sememangnya mempunyai bakat yang cukup besar.
*FYI, semasa mahu menonton teater ini, aku tidak tahu menahu langsung bahawa penerbitnya ialah Shawn Amer & pelakonnya ialah Fazleena..mereka berdua juga adalah kenalan aku semasa di KTR.
Aku tertarik dengan kebolehan lakonan Anas yang bersahaja & witty.
Lakonan Fazleena tidak boleh disangkal lagi...dalam resumenya dah berbagai short film dilakonkannya, dan juga beberapa anugerah pelakon terbaik teater yang dimenanginya.
Aloy pula...ok sahaja. Lakonannya sebagai Datuk/Pengarah Keraton lebih menyerlah dari watak2nya yang lain.
Set yang digunakan teramat simple. Hanya satu set, kotak2 yang diangkat, diusung, ditolak & ditarik oleh pelakon2 itu sendiri sewaktu pementasan berjalan/sewaktu dalam play. Satu plus jugak bagi aku. Something yang kita jarang jumpa.
Costume, hanya digantung di dinding di hadapan mata penonton. Pelakon2 menyarung costume di hadapan mata kita. Simple. Kita dapat lihat apa yang berlaku.
Aku cuma rasa bahawa kondisi set iaitu kotak2 itu agak buruk sedikit. Mungkin jika ia berwarna hitam, tak akan begitu nampak 'keburukan' pentas mereka.
Agak terlambat lah aku nak ajak korang pergi tengok teater ni sebab pementasan terakhir adalah semalam. Tapi kepada yang follow aku di Twitter, aku dah pun war-warkan tentang ke-best-an teater ni.
Pada hari aku menonton teater ini, Ajami Hashim turut berada di kalangan penonton. Dan aku juga mendapat tahu bahawa Zahiril Azim juga pergi menonton pada hari Sabtu lepas. Ada di antara kawan2 aku yang telah pergi menonton Teater Juta-Juta ni?
Secara keseluruhan, Teater Juta-Juta memang tidak menghampakan. Mungkin ada sikit lubang2 kecil yang boleh diperbaiki, tapi jika dinilai dari segi content, jalan cerita, pengarahan..it can be considered a great stage performance. In the end though, how far can this teater go? Secara personally, aku masih lihat teater ni berskala indie. Mungkin pentas Istana Budaya terlalu besar atau mainstream untuk teater sebegini, tapi tidak mustahil untuk Teater Juta-Juta ke Actors' Studio atau KLPac atau Matic.
Harapnya impian itu tercapai dan memberi peluang kepada yang terlepas untuk menyaksikan pementasan ini. Dan aku pun nak repeat tgk lagi & nak buat review yg lebih detail lagi. =)
*Waktu penulisan ini, aku sedang trying to recover dari demam yang agak teruk & telah miss last show teater arahan Ida Nerina, "What'll Break You / Apocalips". Hoping for a rerun!

0 comments