Buat masa ni aku begitu sibuk.
Banyak benda nak pikir...walaupun aku tetap maintain cool dan senyum ketika bekerja.
Sekarang ni ada satu benda dalam kepala yang asik menganggu.
Sapa2 yang terer tolong jawabkan.
Kalau kita nak booking jurunikah untuk tarikh kahwin, nak kena pergi kursus kahwin dulu ke?
And, kat mana sebenarnya nak booking jurunikah ni? Masjid rumah ke kat JAWI?
Itu sahaja buat masa ni.
p/s: kepada entry tertunggak (iaitu Lisa & Hayad), bagi aku masa kejap. Lisa punya dah siap.
Tapi blum diabadikan dalam digital format lagi. Huhuhuhu.
Wahai Perempuan Cina berkaca mata,
aku tak tahu kau nak pergi mana sebenarnya
jalan yang kau ambil itu untuk ke kanan sahaja
aku tegaskan, untuk ke Kanan SAHAJA
Dan di mana kau letak fikiranmu untuk jalan terus
Sampai kau tak nampak aku yang sedang di kiri mu,
sedang membelok ke kanan
Di saat kau melanggar bontot kereta kecilku
Dengan selamba kau teruskan perjalananmu ke depan
Tak apa, aku tau cara memintasmu
Tapi setelah aku memberi isyarat padamu dan high-beam di belakangmu
Kau tanpa segan silu meneruskan perjalanan
Buat tak tahu
Aku tidak berapa kesah tentang perlanggaran
Namun aku tidak suka orang yang tak punya budi bahasa
Wahai perempuan Cina berkaca mata
Kereta kau Nissan Sunny
Malang aku tidak melihat nombor plat,
cuma sempat melihat ia bermula dengan TAC
Aku berharap
Kau akan sentiasa merasa bersalah
Atas perbuatan kau yang tiada budi bahasa
Dan mungkin kau akan berubah
Wahai ular yang menjalar-jalar,
Apa kau buat di tengah-tengah jalan?
Bukan sebarang jalan yang kau lalui ini
Lebuhraya SPRINT
Laluan kereta yang berhala laju
Hari sudah lewat malam
Tapi kau masih menjalar di tengah-tengah jalan
Dari mana kau datang?
Kenapa kau di situ?
Aku lihat kau dari jauh
Menjalar-jalar
Kau seperti reben yang bermeter panjangnya
Sungguh, aku tidak tahu kau sesuatu yang bernyawa
Ketika aku mulai dekat,
Baru aku sedar kau seekor ular
Tapi sudah terlambat untuk aku elak
Pemanduan aku begitu laju,
Begitu juga kenderaan lain
Perasaan aku ketika melanggar tubuhmu wahai ular,
Sungguh terkejut dan bersalah
Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan
Aku tidak boleh berhenti kerana kau di tengah-tengah lebuhraya
Dan aku takut kau akan mematuk atau membelit aku sehingga mati kerana marah
Aku sememangnya tidak membenci spesis kau langsung
Malah, aku amat sukakan ular
Sisik yang berwarna-warni, sangat memukau
Jadi, maafkanlah aku wahai ular di lebuhraya Sprint
kerana melanggarmu malam tadi
Jika kau mati, aku harap bukan kerna aku
Jika kau masih hidup, jangan lah kau serang manusia
Ia berdosa
Nanti kau tak dapat masuk syurga, sia-sia
Aku harap satu hari di akhirat nanti,
Aku bertemu denganmu
Untuk meminta kemaafan darimu
Farid: ashito (shittu+cirito)
Ayat shittu dan cirito tu aku yang start guna.
Konon nak cover la xmo carut terang2.
Lepas tu, nak dipendekkan, dua2 ayat tu boleh plak disambungkan.
Jadi, xpayah susah2 nak sebut dua2.
Tapi...aku taktau macam mane "Ashito" boleh jadi satu perkataan romantik
.