Update blog pepagi buta...
Kenapa?
1. Macam biase...baru balik keje ngadap komputer.2. Risau FF. Selalunya jam macam ni dia dah tidur.Tapi hari ni lain cerita. Dia sakit so tak boleh nak tidur.Entah kenapa kebelakangan ni aku lagi ambil berat extra sangat2 kat FF
Dia sakit ni aku jadi tak keruan betul.
Suruh dia sapu ubat, tutup mata cuba nak tidur.
Aku dah makin menjaga dia...
which is good kan sebenarnya.
Seperti yang aku dah beritahu...Hari itu ambil gambar kahwin.Kat sini aku bagi korang tgk gambar yang baru aku edit sikit ni ok.(Sila komen apa yang patut)
Maaf.
AKu kurang update sekarang ni.
Dan kurang menjenguk halaman korang.
Kebelakangan ni, sibuk.
Aku dah mula mengambil gambar kahwin..alhamdulillah..
Belajar sikit2.
Kerja full time pulak sangat mengambil masa.
Dengan tiada internet kat office. Terkongkong sungguh!
Waktu untuk relax ialah bila dapat keluar dengan FF.
Itu pun cuma berapa jam saja.
Relax yang lain, waktu tidur.
Berat badan aku makin menurun.
Baru haritu aku pegi tailor, turun lagi 1 size.
Pinggang aku berukuran 24 setengah. Yang juga bermaksud aku tersangat lah kurus!
Officemate aku kata, "Kau kena kawin baru kau membesar."
Iyo. Dan bila lah tu agaknya kan?
Hari tu aku ada tulis post pasal nak menangani cashflow.
Sekarang aku dah invest.
Sekarang tgh nak kumpul lagi duit. Tapi makin aku kumpul, makin banyak duit keluar.
Mak aku makin suruh aku bayar itu ini. Bende yang berapa hengget pun nak aku bayar.
Argghh!
Xpe la. Aku mau buat benda yang menggembirakan aku.
Jumpa hari lain!
Apa yang anda paling tak suka apabila masuk dalam tandas?
FF kata,"Paling membencikan bila penutup tandas tertutup."
"Bila masuk tandas yang macam tu, terus terfikir, 'Apa ada bila aku bukak tutup ni?'"
Bila bukak tutup tandas dan dalam tu bersih, nafas lega.
Bila bukak tutup tandas tapi dalam tu ada.....tau2 jela, ugh!
Jadi dengan bijaknya dicipta perumpamaan baru berbunyi:
"Hidup ini seperti tandas yang tertutup, you'll never know what you're gonna get!"
Minggu depan seorang member TH aku akan bertunang.
Wah, selamat bertunang ye!
Buat masa ni, aku tiada cerita menarik.
Macam kamu semua. Pegi kerja, balik kerja, tidur.
Kerja aku ok. Seorang lelaki Dutch baru masuk kerja.
Kami semua sedang prepare akan kedatangan transisi daripada negara Dutch atau Belanda.
Aku juga sedang dalam usaha menangani cashflow aku.
Katakan lah gaji bersih 2k. Yang lebih2 tu tolak la..epf, shift allowance yang tak tetap..
Jadi, RM500 untuk expenses.
RM500 lagi untuk rumah.
Tinggal RM1000.
Itu pun kadang2 expenses lebih dari 500 sebab bayar bil telefon semua.
Dan minggu ni rancangan aku ialah untuk melabur dalam Public Mutual.
Ini semua atas dorongan FF dan juga sebab duit aku kumpul ada lebihan untuk invest.
Dan disebabkan sekarang ni macam bagus untuk invest, maka...
jom lah ramai2 berPublic Mutual. Huhuhuhuhu.
Hai kawan-kawan!
Lama jugak aku menyepi ni.
Internet kat rumah ada problem sikit.
Bil telefon tak berbayar..hehe.
Bosan tak ada Internet ni.
Tapi buat masa ni pun, aku banyak benda nak kena buat.
Kerja pun makin sibuk. Erk!
Apa khabar semua orang?
Dah habis berumah terbuka belum?
Aku belum habis lagi.
Ahad ni yang paling last.
Eh, okay lah.
Aku nak gi berfoya jap.
Ngehehehhehhe ;P
Arrrgghhh!!!! (kene ketuk dgn FF)