Kedua-dua belah keluarga aku menjadi mangsa banjir.
Jadi aku nak balik Johor lepas ni.
Ye, di masa amaran gelombang ketiga naik.
Doalah kami tak dilanda kebanjiran.
Dengan selambanya, lab VR aku start minggu depan. Dah minggu ketiga tak start jugak lab tuh. Sepatutnya aku balik kolej ah. Kejutkan FF. Tapi aku duduk gak kat lab ni. Tulis blog.
Oii. Aku lapar. Nak breakfast!
Byeeee.
Lama juga aku tidak mengemaskini.
Demi menyiapkan proposal, aku hanya melayari Internet untuk tujuan akademik.
Namun begitu, semalam aku selang-seli menyiapkan proposal dan menonton drama bersiri Grey's Anatomy.
Cerita Grey's Anatomy sungguh menarik.
Hari semalam juga aku sibuk membaiki komputer aku yang dijangkiti virus Brontok yang lebih teruk.
Virus ini telah mematikan proses Task Manager aku serta segala proses anti-virus termasuklah registry editor komputer aku. Dalam erti kata lain, komputer aku sakit teruk.
Aku juga sakit kebelakangan ini. Selalunya sakit ini pada bahagian dada. Dua hari lepas, aku seperti sukar bernafas. Perkara ini juga disebabkan oleh sakit dada itu.
Aku sering bercadang hendak ke Pusat Kesihatan (PK). Namun, aku selalu mengalami sindrom malas.
FF nasihat aku untuk ke PK. Aku degil barangkali. Tetapi aku tidak menafikan bahawa aku takut seandainya aku benar-benar sakit.
Fakta : Doktor kegemaran aku di PK ialah Dr. Aiman.
p/s : Aku menggunakan bahasa bombastic untuk menyelami bahasa tesis.
Sekian.
Terima kasih.
Daripada Virgobiru.
Semalam hari Selasa.
Semalam hari Malang.
Bagi aku.
Aku ke hospital. Mahu menemankan FF. Dengan maknya.
Aku mahu duduk sekali di dalam bilik doktor itu. Mahu mendengar apa yang dia mahu kata.
Tapi...
Doktor itu menghalau aku keluar.
Maka, aku tunggu diluar seorang diri. Berdiri.
Sementara FF dan maknya berada di dalam.
(Kata hati aku: Tak apalah. Doktor itu ingat aku ini adik FF.)
Kemudian berjumpa dengan penyelia praktikal aku.
Mengambil artwork semasa tahun 2.
"Kamu ambil artwork kat sebelah kanan. Yang kiri tu, yang saya dah pilih untuk dijadikan contoh. Saya tak tahu kalau kamu punya ada ke tak."
Aku keluar dari biliknya.
Bersama kesemua artwork aku.
Satu pun tidak terpilih.
Kecewa. Sedikit saja.
Aku tahu aku boleh buat lebih baik.
Pergi kursus Java di waktu malam pula.
Ada break untuk Maghrib dan makan malam.
Aku sudah mula rasa tidak larat.
Mata aku mahu tutup.
Aku balik kolej 2 jam sebelum kelas habis.
Di bilik, aku disemble komputer aku.
Disemble rangkanya.
Aku mahu cucuk hard disk yang FF beri supaya aku boleh layan Grey's Anatomy.
Komputer aku sangat, sangat, sangat, sangat berhabuk.
Habuk masuk mata. Mata aku mulai sakit.
Tapi aku teruskan juga.
Aku cucuk hard disk. Habuk berterbangan. Mata sakit.
Aku boot komputer.
"Primary disk 0 not detected."
"Primary disk 1 not detected."
Argh! Sudah! IDE aku ada dua. Tapi cuma ada satu kabel.
Mata sudah sakit.
Tak apalah. Baik aku buka contact lense aku ni.
Ke bilik air pula. Tiba-tiba aku teringat.
Aku ambil tidak cermin mata aku yang di bilik air (rumah) tadi pagi?
Ragu-ragu. Tidak jadi buka contact lense.
Ke bilik aku semula.
Mencari dalam beg toiletries aku.
Tiada! Argghhh!!!
Mata sudah sakit!
Hati sudah panas!
Lalu, aku keluar. Ke foyer kolej. Ke telefon awam di situ.
Menelefon FF. Telefon bimbitku kena bar.
Bercerita tentang apa yang terjadi pada aku.
Mengadu sepuas-puasnya.
Tapi tak puas.
Terasa mahu keluar. Jalan-jalan.
Mapley ke. Bangi kopitiam ke.
FF kata malam sikit.
Makin tension.
Jadi disini aku mahu berterima kasih pada FF.
Kerana memujuk aku.
Risau tentang aku.
Sanggup mahu 'mem-burn-kan' CD kerana mahu menghilangkan tension aku.
Tapi tak 'burn-kan' pon akhirnya.
Tapi tak apa.
FF sudah menenangkan diri aku.
Legaaa...
Dan,
Tak keluar mana-mana pun akhirnya
Aku tidur.
=D
Berada di rumah. Masih packing2 nak balik ke UKM semula.Aku balik rumah ini hari Khamis. Nak menghantar sepupu ke Uitm. Amat lah tidak terurus prosedur di sana. Pendaftaran pelajar baru. Tetapi tiada papan tanda yang nyata akan arah yang perlu ditujui. Persekitaran yang sangat tidak friendly.
Dalam minggu ini, aku sangat tersedar akan adanya aku dalam tahun 2007 ini. Aku terbayang perjalanan aku sepanjang tahun ini. Aku terbayang akan suatu perkara terbesar yang akan berlaku 2008 nanti. Tahun ini aku akan graduasi.
Bagaimana agaknya perjalanan aku sehingga ke tahap itu? Bagaimana agaknya aku nanti sewaktu hendak minta kerja? Hubungan aku dengan FF pula? Aku pasti ia akan lebih berkembang. Tetapi bersediakah aku? Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengutarakan perancangan kami pada Mama aku seandainya tiba masanya untuk aku berbuat demikian.
Aku ingin bertanya kepada yang berpengalaman. Bagaimana kalian menghadapi situasi begini? Graduasi. Menghadiri temuduga kerja. Mula bekerja. Berbincang dengan keluarga tentang perancangan masa depan kamu. Ah, aku tak terbayangkan. Gelisah aku jika terus memikirkannya.
Oh, aku belum membuat keputusan untuk projek tahun akhir aku. Aku sedang giat mencari idea. Terasa ingin membuat montaj. Tetapi cukupkah sekadar membuat montaj? Atau perlu aku membuat courseware yang ternyata lebih senang untuk diimplementasikan? Atau membuat satu antaramuka untuk kiosk? Tajuk apakah yang perlu aku tackle? Tentang apa yang aku mahu buat? Aduh, betul kata satu tokoh antarabangsa yang aku sudah lupa namanya. Berfikir itu adalah suatu kerja yang membebankan.
Kalian ada idea yang boleh membantu aku? Tajuk yang kamu rasa sesuai?
Ah, tengok aku ini! Berfikir sampai tidak perasan masa. Barang yang mahu dibawa tidak siap pack lagi. Komputer ini pon belum disemble-kan! Jumpe kalian di hari lain!
Malam-malam di lab. Apa yang aku buat ni?
Haha.
Aku sedang menjalani kursus Java yang belum lagi sampai di penghujungnya. Di waktu malam. Giler ah!
Semalam ada orang bertakbir di masjid. Aku cakap dengan FF, "Raya dah lepas la. Apesal diorang takbir lagi?"
FF memandang aku. Dengan penuh sinis. "Ni tak tau la ni."
"Apa?" aku tanya.
"Kita Raya Haji 4 hari. Lepas raya yang first tu, ada 3 hari tasyrik."
"Ohhhh!!" aku baru teringat pasal hari Tasyrik.
"Masa hari Tasyrik tu kita mana bole puasa kan. Kira 4 hari kita tak bole puasa. Kalau macam raya biasa kan kita tak bole puasa raya first je."
"Ha ah!" aku menjawab.
Kemudian FF sambung lagi, "So, sebenarnya Raya Haji lebih besar dari Raya biasa. Sebab tu ada orang cakap kenapa kita Raya Haji tak sambut sangat padahal dia lebih besar dari Raya Puasa. Tu pasal yang family Amar tu Raya Puasa diorang tak raya sangat. Diorang raya betul2 time Raya Haji."
"Ohhhh! Ha ahhh!"
Baru laaaa aku tau. Sebelum ini aku tak pernah ambil kisah sangat pasal Raya Haji. Lepas ini aku akan Raya Puasa dan Haji dengan meriah juga! Yea!
p/s: Aku rasa aku masih perlu memantapkan pengetahuan agama aku juga. Kan? Kannnn....
=D
Wahai blogger2 kesayanganku!Kursus aku selama 4 hari ini sangat refreshing. Sebabnya, aku enjoy dengan ajaran Encik Ghana. Seorang yang berasal dari India (rasanya) dan memang tip top dalam perkara yang diajarnya. Aku ingat lagi sewaktu aku belajar Java dalam Tahun ke-2 aku. Kami hanya menghafal coding2 yang kami tak faham. Rupa2nya, Encik Ghana yang sungguh power ini telah membuat kami faham akan coding2 tersebut. Syabas! Kami mempunyai banyak lagi kelas dengannya. Hati aku terbuka untuk menerima ilmu.Sedar tidak sedar, hari ini sudah 31 Disember. Esok sudah menganjak tahun baru. Aku teringat tahun baru 2006. Aku. Berada di rumah. FF. Berada di Bukit Permai. Bersama rakan2nya. Aku lupa tentang tahun baru waktu itu. Disebabkan itu, aku tak dapat nak bersama FF. Tahun ini, kami tidak dapat bersama lagi. Kami berdua diperlukan di rumah masing2. 2006. Aku ingat ia akan berlalu dengan rasa sangat lama. Tengok lah sekarang! Dah mahu 2007! Sungguh tidak aku sangka. Aku sudah berjaya melalui 2006. Allah telah memanjangkan umur aku untuk mengharungi hidup ini. Apakah resolusi aku untuk 2007? Apa yang telah aku lakukan sepanjang 2006?2006Tahun yang sukar untuk aku. Aku melalui pelbagai fasa dalam hidup aku.
1. Aku menjadi obses kerana cinta. Obses yang membawa kepada stres. Membawa kepada kejauhan hati aku terhadap FF. Kini? Aku sudah hilang sedikit keobsesan itu.2. Aku mengalami pergaduhan besar dengan mak aku. Di mana FF juga masuk campur. Saat itu, aku mahu benci FF. Tapi...saat itu jugalah dia segala-galanya bagi aku. Dia mengangkat aku ketika aku di bawah. Dia sanggup mengejar aku...3. Blog Virgobiru ini dicipta. Dan lahir juga lah blog Khalifah Alam Maya.4. Aku dapat bekerja di TV3. Dan gembira berada di sana. Aku sudah rindu kakak2 dan abang2 di situ.5. FF bercuti dengan famili aku.2007Aku tidak begitu tetapkan apa resolusi aku untuk tahun depan. Tapi aku tahu beberapa perkara yang aku mahu buat datang 2007 nanti.
1. Grad pada waktu yang ditetapkan. Bersama FF.2. Bekerja untuk mengumpul duit. Dan melakukan kerja yang aku enjoy.3. Menjadi lebih matang dalam hidup dan dalam relationship.4. Aktif dalam menulis blog.5. Kalau boleh, mahu keluar dari rumah dan menyewa di luar. Berdikari.
Itu sajalah dari aku kali ini. Sedang menunggu panggilan FF. Kepada anda semua (walaupon lambat untuk meng-wish-kan), Selamat Hari Raya Aidiladha. Dan juga Selamat Tahun Baru 2007. Tak payah la pergi menyambut riang gemilang. Cukuplah sekadar makan-makan bersama orang yang tersayang. Amin.
=)
"Well, this thing is not that bad after all eh?" tanya Jeff kepada aku.
"Yeah. It's fun. Glad that I decided to join. And the people are nice too!" aku kata padanya.
"Err...I haven't got your number right?"
"Nope." Aku nampak Aliff datang kepada kami. Jeff sudah siap sedia mengeluarkan telefon bimbitnya. "Eh...I want your number too." Aku kata pada Aliff. "Mine is, 019 - *******." Aku kata pada Jeff pula. Aliff mengambil kesempatan itu untuk mengambil nombor aku juga.
"****." Jeff mengulangi nombor belakang aku. Aku senyum. Aku tahu apa di fikirannya. Nombor telefon aku boleh dikatakan nombor yang begitu baik. Ramai yang menyangka aku membeli nombor itu. Hakikatnya, tidak. Kiranya, aku bertuah juga dapat nombor itu.
"So, what should I put in your name?" tanya Aliff.
"Ily." Aku menjawab.
"Okay."
Setelah masing-masing bertukar nombor telefon, kami sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Jeff mempunyai kenderaannya sendiri. Aku kata pada nya, "See you around ok. Who knows maybe someday I will need a videographer? I'll call you!"
"We'll keep in touch right? Friendster remember?" Kami senyum dan mengangguk. Dan Jeff pon berlalu pergi.
Aku menelefon mak aku dan memberitahu bahawa bengkel sudah habis dan dia perlu mengambil aku pulang. Malangnya, dia memberitahuku, "You have to take the bus from there. Abah pakai kereta."
"Ha! Mana ada bas pegi sana!"
"Then, take the cab la."
"Tak ada duit la!"
"Ala...nanti I'll pay once you get home."
Rupanya, perbualan aku didengari oleh Aliff. "So, how are you going home?"
"Hmm, I'll have to go back by myself." Muka aku sugul. Satu hal untuk aku ambil teksi pula. Aku terpaksa berjalan ke arah depan Uptown ni pula. "Well, I have to get going. It's nice to know you."
"Yeah. Me too. Ala, nanti apa-apa just call up okay. Rumah dekat2 je. Boleh lepak2."
"Sure. Bye."
"Bye."
Aku berjalan dari jalan belakang Uptown hingga ke depan jalanraya besar di Uptown itu. Menunggu teksi. Sambil memikir tentang dua orang kawan yang aku buat sepanjang tempoh dua hari bengkel ini. Betul kata FF. Makin lama kita membesar, kita akan jumpa bermacam-macam jenis orang lagi. Dan membuat ramai kawan lagi. Tidak perlu kita risau tentang orang lain yang tidak menyukai kita.
Tapi...dalam kes aku ini pula, kalau kawan-kawan yang aku buat selalu lelaki saja, susah jugak. Walaupon FF tahu aku bagaimana, tapi dia tentu ada rasa tidak sedap sedikit juga. Tidak apalah! Kita makin membesar. Ramai orang lagi yang akan kita temui dan kenali. Dan bermacam-macam ragam dan perangai orang yang akan kita jumpa.
Eh, itu teksi! Mengelamun jauh pula aku ini. Lalu aku menahan teksi itu.
"Taman *******," arah aku. Teksi ini akan membawa aku pulang.
-Tamat-