Hari Malang
Semalam hari Selasa.
Semalam hari Malang.
Bagi aku.
Aku ke hospital. Mahu menemankan FF. Dengan maknya.
Aku mahu duduk sekali di dalam bilik doktor itu. Mahu mendengar apa yang dia mahu kata.
Tapi...
Doktor itu menghalau aku keluar.
Maka, aku tunggu diluar seorang diri. Berdiri.
Sementara FF dan maknya berada di dalam.
(Kata hati aku: Tak apalah. Doktor itu ingat aku ini adik FF.)
Kemudian berjumpa dengan penyelia praktikal aku.
Mengambil artwork semasa tahun 2.
"Kamu ambil artwork kat sebelah kanan. Yang kiri tu, yang saya dah pilih untuk dijadikan contoh. Saya tak tahu kalau kamu punya ada ke tak."
Aku keluar dari biliknya.
Bersama kesemua artwork aku.
Satu pun tidak terpilih.
Kecewa. Sedikit saja.
Aku tahu aku boleh buat lebih baik.
Pergi kursus Java di waktu malam pula.
Ada break untuk Maghrib dan makan malam.
Aku sudah mula rasa tidak larat.
Mata aku mahu tutup.
Aku balik kolej 2 jam sebelum kelas habis.
Di bilik, aku disemble komputer aku.
Disemble rangkanya.
Aku mahu cucuk hard disk yang FF beri supaya aku boleh layan Grey's Anatomy.
Komputer aku sangat, sangat, sangat, sangat berhabuk.
Habuk masuk mata. Mata aku mulai sakit.
Tapi aku teruskan juga.
Aku cucuk hard disk. Habuk berterbangan. Mata sakit.
Aku boot komputer.
"Primary disk 0 not detected."
"Primary disk 1 not detected."
Argh! Sudah! IDE aku ada dua. Tapi cuma ada satu kabel.
Mata sudah sakit.
Tak apalah. Baik aku buka contact lense aku ni.
Ke bilik air pula. Tiba-tiba aku teringat.
Aku ambil tidak cermin mata aku yang di bilik air (rumah) tadi pagi?
Ragu-ragu. Tidak jadi buka contact lense.
Ke bilik aku semula.
Mencari dalam beg toiletries aku.
Tiada! Argghhh!!!
Mata sudah sakit!
Hati sudah panas!
Lalu, aku keluar. Ke foyer kolej. Ke telefon awam di situ.
Menelefon FF. Telefon bimbitku kena bar.
Bercerita tentang apa yang terjadi pada aku.
Mengadu sepuas-puasnya.
Tapi tak puas.
Terasa mahu keluar. Jalan-jalan.
Mapley ke. Bangi kopitiam ke.
FF kata malam sikit.
Makin tension.
Jadi disini aku mahu berterima kasih pada FF.
Kerana memujuk aku.
Risau tentang aku.
Sanggup mahu 'mem-burn-kan' CD kerana mahu menghilangkan tension aku.
Tapi tak 'burn-kan' pon akhirnya.
Tapi tak apa.
FF sudah menenangkan diri aku.
Legaaa...
Dan,
Tak keluar mana-mana pun akhirnya
Aku tidur.
=D
15 comments
ilyn..gaya kau yg depress dan kebosanan tu sama dgn aku.bila tension ingin rase keluar jalan2,post aku yg before ni sebenarnya ceritakan ttg betapa aku terLALU frust dengan org sekeliling yang aku sll harap dpt tolong hilang kan bosan tp semua takde di saat aku perlukan.sangatlah sakit hati.
ReplyDeletetp kau akhirnya tidur.kalau aku tak boleh.hari tu aku menangis semahunya smpai tertidur kerana terlalu bosan.smpai aku sanggup ckap "aku sanggup mati dari hidup bosan keseorangan mcmni"
sigh..=(
grey's anatomy x best dowh.
ReplyDeleteL word beb!! season 3.
love shane!!
lisa,
ReplyDeleteaku penah ckp mcm yg ko ckp tu. sengsara tu kalo bosan tak buat hape
aku tidur sbb mata aku dh sakit hehe
chot,
ye ade yg lebih malang. tsk,tsk
aku kire ok lg ek
cume agaknya hr itu penuh dgn malang bg aku la
amar
season 3 ke tak best??
shane tu sape?
jom layan heroes!!!!
whoaaa....FF memang hero la:))
ReplyDeleteFF hero?
ReplyDeletewow! huhu
13 may dan nashrex
ReplyDeletedie bangga tu korg kate die hero
hehehehhehe
ape hero2 ni?
ReplyDeletemenyampah iiii (muke malu2)
awk tulis pendek-pendek.
ReplyDeletemacam bukowski.
mellow.
dan hello.
sabar jela...
ReplyDeletehello irondanwine
ReplyDelete=)
najwan,
heheheh
sabo2
that what we called bad day...sabar ye wak..nasib baik ada FF tu kan,~hiks..at least ada seseorang nk temani..:)
ReplyDeletejom ke
ReplyDeletehttp://jamilkucingpondan.blogspot.com
faisal,
ReplyDeleteyea!! ade ff!!!
=P
anonymous,
best ke?
jap g tgk..tu pon kalu wujud ye
hello...saja singgah cuci sawang:))
ReplyDeleteahahahahahhahha
ReplyDeletetime kasihhh 13 mayyy
mmg susah nk post kebelakangan ni
sawang dh dicuci.
happy reading!