Banyak tanda soal

Berada di rumah. Masih packing2 nak balik ke UKM semula.

Aku balik rumah ini hari Khamis. Nak menghantar sepupu ke Uitm. Amat lah tidak terurus prosedur di sana. Pendaftaran pelajar baru. Tetapi tiada papan tanda yang nyata akan arah yang perlu ditujui. Persekitaran yang sangat tidak friendly.

Dalam minggu ini, aku sangat tersedar akan adanya aku dalam tahun 2007 ini. Aku terbayang perjalanan aku sepanjang tahun ini. Aku terbayang akan suatu perkara terbesar yang akan berlaku 2008 nanti. Tahun ini aku akan graduasi.

Bagaimana agaknya perjalanan aku sehingga ke tahap itu? Bagaimana agaknya aku nanti sewaktu hendak minta kerja? Hubungan aku dengan FF pula? Aku pasti ia akan lebih berkembang. Tetapi bersediakah aku? Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengutarakan perancangan kami pada Mama aku seandainya tiba masanya untuk aku berbuat demikian.


Aku ingin bertanya kepada yang berpengalaman. Bagaimana kalian menghadapi situasi begini? Graduasi. Menghadiri temuduga kerja. Mula bekerja. Berbincang dengan keluarga tentang perancangan masa depan kamu. Ah, aku tak terbayangkan. Gelisah aku jika terus memikirkannya.

Oh, aku belum membuat keputusan untuk projek tahun akhir aku. Aku sedang giat mencari idea. Terasa ingin membuat montaj. Tetapi cukupkah sekadar membuat montaj? Atau perlu aku membuat courseware yang ternyata lebih senang untuk diimplementasikan? Atau membuat satu antaramuka untuk kiosk? Tajuk apakah yang perlu aku tackle? Tentang apa yang aku mahu buat? Aduh, betul kata satu tokoh antarabangsa yang aku sudah lupa namanya. Berfikir itu adalah suatu kerja yang membebankan.

Kalian ada idea yang boleh membantu aku? Tajuk yang kamu rasa sesuai?

Ah, tengok aku ini! Berfikir sampai tidak perasan masa. Barang yang mahu dibawa tidak siap pack lagi. Komputer ini pon belum disemble-kan! Jumpe kalian di hari lain!

11 comments

  1. ingin membantu tapi no idea...takleh imagine lgsung bidang hang...

    btw, wish u all the best!

    ReplyDelete
  2. try wat online inventory database system utk lab2 kat ukm tu ke...

    part grad tu, once dh abes semua, jgn lepak2 kat umah lame sgt, skang susah carik keje,

    oh ye, kalo it grad, bleh register kat sini, dia bg internship pas keje, ada elaun (dlm 1k), pas abes internship, ada peluang keje kampeni tu gak, register skang pon takpe

    http://www.msc.com.my/kdi_trainee.asp

    ReplyDelete
  3. salah info, "dia bg internship pas stadi"

    ReplyDelete
  4. di blog aku kau ada mengatakan bahawa..
    kau menolak seseorang yg sudah tua tetapi billionaire utk menjadi pasangan hidup.

    he..he..he...

    masih belum boleh aku percaya.

    kerana belum teruji lagi. begitu juga keimanan manusia yang lain.

    ya..aku masih ingat kata-kata ct-nurmaliza tajalla tentang bakal calon suaminya 10 tahun dahulu di depan khalayak ramai.

    kau cuma menulis isi hati kau di dalam blog sbg komen.

    kalau ikut logik, untuk kau tidak mengotakan apa yang kau kata adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang pernah dikatakan oleh CT-Normaliza tajalla.

    he...he..he..

    maafkan aku. kerna tiada win-win situation disini.

    ReplyDelete
  5. sy tiada idea.

    sy nak masuk belajar balik..
    entah bila berkesempatan melihat blog2 kalian lgi.. sayonara!!

    ReplyDelete
  6. ilyn..aku juga tgh buntu pk semua ape yg ko ckp tu,aku sgt takut nk tggu abes sem ni..takut nak keje,mcm2 lah....rase mcm nk putar balik dunia ke belakang.
    bab keje2 yg ko citer tu,atleast ko still nmpk hala tuju nk buat ape.tp aku?huh..still blur..sgtlah depress okeh..=(

    let god take over=)

    ReplyDelete
  7. 13may:alaaa...bidang aku dlm multimedia.=)

    danial17:hmm..menariknye psl yg internship pas study tuuuuuu
    mungkin akan kucoba
    psl inventori tu, xnk wat sistem. maybe carik sumthing more multimedia-ish

    elhakim:aku rs pasangan aku skrg dh cukup serba-serbi alhamdulillah =)

    nashrex: aiyoo...nak g study dah? jenguk2 lah kami kat sini k!

    lisa: kalo batek yela dh terang jlnnye..aku still xtau lg arah aku
    kite same la
    aku rs go with the flow je ek..smbil berusaha =)

    ReplyDelete
  8. Ilynn, courseware senang tapi ramai sgt yg buat. CD interactive utk bebudak primary sch tu contohnya. Interface kiosk pun ok gak ape.

    Tackle ape eh? Kat TV3 tu tak nampak apa2 keperluan ke? Billboard advertising ke.

    Tapi, KW pun belum sediakan tajuk project lagi.. samalah kita.. :D

    ReplyDelete
  9. wan:

    kalo aku wat courseware,buat tajuk yg tak biase org wat

    interface kiosk senang.
    montage pon ok gak kan

    it's the tajuk yg nk kene pk niiii
    adehhhhh

    ReplyDelete
  10. wah...wah... wah.... sj singgah..

    ReplyDelete