-ve

Entah kenapa. Dalam 2 minggu ini aku sebenarnya agak bengong sikit. Mungkin aku PMS. Sebab hati aku pon mengesyaki bahawa aku PMS.

Entah kenapa. Tiba-tiba, aku terkeluar satu ayat, "Kak Jua, Ily nak kawin lah." Tetapi, sebenarnya. Itu bukan yang aku hendak cakapkan. Ayat itu terkeluar dengan sendiri. Aku sendiri. Terkesima.

Seorang sahabat aku juga. Bertanya. "Bila nak kawin?" Aku cakap. "Lama lagi." Dia jawab. "Dalam blog macam tak sabar nak kawin."

Aku berfikir. Apakah semua orang yang baca blog ini rasa begitu?
Aku tanya diri aku. Aku nak kahwin ke?
Ya, mungkin bila aku terkawal oleh emosi, rasa itu muncul.
Tetapi. Hakikatnya. Aku masih belum hendak kahwin.

Aku belum boleh lagi. Masih ada isu dalam diri aku.
Terhadap FF. Sekuat mana, segila mana aku sayang pada dia...
Aku masih belum meletakkan 200% kepercayaan aku terhadap dia.
Aku takut. Pada janji yang tidak ditepati.
Aku takut. Andai aku 'hilang'. Kerana kepercayaan melulu.
Aku asalnya,
Tidak percaya lelaki.

Dan aku ada isu paling besar.
Aku tidak cukup cinta diri aku.
Tidak cukup yakin terhadap diri aku.
Aku rasa,
Orang lain tak suka aku.
Aku tak perfect pada FF.
Aku sering. 'Meng-negatif-kan' diri aku.
Negatif.
Negatif.
Negatif.

Ah!
Semua ini!
Membuatkan aku semakin lemah.
Rasanya seperti nak bersendiri.
Seperti kembali waktu dulu.
Waktu aku hanya ada aku.

Betul kata orang lain.
Aku tak boleh kahwin.
Aku budak lagi.
Aku perlu diketuk di kepala.

Maaf.
Aku baru sedar.
Bahawa,
Kalian semua lebih matang dari aku...

15 comments

  1. love making me standing negatively somewhere.

    ReplyDelete
  2. camana laa soal cinta ni sama terungkai di belog ini...

    cinta itu sukar ditafsir...

    isk~

    ReplyDelete
  3. chika: lovve makes me think negatively about everything

    fiq: semacam macam mane tuh? ;)

    tapai: hai tapai! ko mesti kiyut kan? sbb nama pon kiyuuut. hehe

    nash: hmm agaknye sbb time2 cuti skola ni org nk kawin. jd kite pon terikut2 memikirkan tentang cinta

    lebih baik kite cinta kpd yg SATU itu saje

    hmmm

    ReplyDelete
  4. Ah! Awak membuat saya tersipu-sipu!

    ReplyDelete
  5. jom tgk filem cinta! hahhahar

    ReplyDelete
  6. tapai: aiii...dh malu dh ke. ehh..pipi kamu udah merah laa...hehehehhe. shy shy cat lak die

    nash: kat tv3 rmi dh tgk CINTA. sbb dpt tiket premiere. aku x sabar nk tgk. ade big boss smpi nangis tgk. jadi..mari serbu wayang!!

    ReplyDelete
  7. seyes bace blog ko, ko mcm da x saba na kawen. hehe. mari mematangkan diri!! (apekah ini?) mari tgk filem cinta!! (baru betul =p)

    ReplyDelete
  8. kiter ade persamaan bab "mengnegatifkan" diri tu.hahaha
    tp kite perlu sentiasa pk tiap2 hari how to "positifkan" diri kita and try to act happy everyday walopun tidak sebenarnya...huhuhu
    aku rase aku dgn ko mcm nk kawen tp tidak..cuma ade keinginan itu je.hahah..maluuu la=P
    takpe..tak slh..sume org nk kawen.tipu la takde rg tak terpk psl kawen.huh.

    jom tgk "cinta"

    p/s:am gonna mish u and other bloggers nnt bila korg da balek ukm.sigh..*

    ReplyDelete
  9. elle: elle..aku byk nk rply komen ko. tp buat mase ni biar lah aku je yg tau mcm mane keadaan sbenar. thanks anyway sbb ko honest ckp cmtu =)

    lisa: 5 tahun. itu yg paling2 awal.

    aku nk tgk cinta sbb rashidi ishak. aku mimpi baek punya dgn die hrtuh.

    ReplyDelete
  10. ala...awak mmg mcm tuh..apa nak risau..

    buat apa yg awak nak buat..apa yg awak rasa betul

    x payah nak pikir apa yg org cakap..

    lg satu pasal tulis blog pon..tulis je ape yg nak tulis..xyah pikir apa yg org akan pikir dan komen.

    eh ade kaitan ke?

    ReplyDelete
  11. emm buat apa kau suke..

    tp kene igt gakla,kite idup bermasyarakat.

    fareed gemuk

    ReplyDelete
  12. faridfadhly: okkk. rindu kamu, nak jumpe....

    sepi: aku tak brp paham. tapi...okkk. =)

    ReplyDelete
  13. aish..mcm ku kenal dialog2 tu?hehe

    ada jodoh tak kemana..doakanlah mudah2an beroleh yag terbaik..

    filem CINTA....sila tonton.

    sangat mengesanka....

    ReplyDelete