Mimpi membawa Resah

Satu perkara. Sering bermain dalam fikiran aku. Setiap masa. Sejak pertama kali dia beritahu aku. Akan sebuah mimpi. Tentang mak dia.

Aku bukan anaknya. Tapi. Aku sedih. Aku takut.
Aku dah menganggapnya seperti mak juga.
Kadang2. Aku hingga tersasul mahu memanggilnya 'Mak'.

Mak dia banyak membantu aku. Banyak menyokong aku.
Sewaktu aku sedang dalam masalah dgn mak aku sendiri. Mak dia banyak memujuk aku.
Aku bersyukur. Kerana mak dia menerima aku seadanya.

Andainya perkara itu satu petanda yang terdekat...
Pelbagai impian sempurna yang telah aku cipta, hanya tinggal impian...

Siapa yang tidak mahu mempertemukan ibu sendiri dgn bakal ibu mertuanya?
Siapa yang tidak mahu bakal ibu mertua menyarung cincin di jari pada hari pertunangannya?
Siapa yang tidak mahu merancang hari perkahwinan dengan ibu mertua?
Siapa yang tidak mahu diciumi ibu mertua di atas pelamin?
Siapa yang tidak mahu dijaga oleh ibu mertua semasa mengandung?
Siapa yang tidak mahu melihat reaksi ibu mertua apabila lahir seorang cucu baginya?

Aku berdoa.
Aku berdoa dipanjangkan umur mak dia.
Aku berdoa mak dia ada di hari berbahagia anaknya.
Aku berdoa mak dia dapat melihat anaknya berjaya.
Aku berdoa mak dia dapat capai semua impiannya sendiri sebelum saat itu.

Setepat mana mimpi itu?
Wallahualam.
Tapi kami semua takut.

13 comments

  1. bertuah la dapat menantu mcm hang...hehhe...

    ReplyDelete
  2. laaa...sampai mcm tu pulak

    takde papelah

    mimpi je pun..

    ReplyDelete
  3. batek cuba meng"Cool" kan diri tu..
    ilyn..sejuk perut mak batek mengandung kan dia sbb dapat menantu mcm ko..hehehe...=D

    apepon..doakan yg terbaik~

    ReplyDelete
  4. orang kata kalo mimpi gitu, panjang umur orang tu..

    ReplyDelete
  5. semoga apa yg dihajatkan,diimpikan dan semoga doa dikabulkan..insya Allah

    ReplyDelete
  6. 13may: ha,bertuah ke? entahlah,aku pon xtau. byk lg kekurangan aku

    faridfadhly: tapi takutttt

    lisa: batek kan selalu 'cool'

    sue: oh yeke mimpi tu pjg umur? mintak2 la kan

    chii: insyaAllah....tapi ketakutan tu masih ade

    ReplyDelete
  7. takde bende yg nak di takutkan..

    smua antara kite nnt pergi jugak.
    bdoalah utk kesejahteraan

    ReplyDelete
  8. ohh.. anda adalah cinta hati si fadly giler arsenal tu rupanyer.. hhuhu

    ReplyDelete
  9. sepi: kalo nk mntk dipjgkan umur...mcm ajal kite dh ditetapkan. so, terpaksalah kite doa byk2 yg saat itu bknlah dlm mase terdekat

    nash: hi nashrex! selamat dtg! hehe. errr...cinta hati? mcm geli2 jek dgr hhohohohoho
    si FF giler arsenal tp aku lak gile Man U. mmg kontras btol =P

    ReplyDelete
  10. mimpi..

    3 tahun lepas aku mimpi adik aku mati lemas dalam paya. dan keesokan paginya aku dpt SMS dari kawan aku menyatakan cikgu aku waktu di sekolah asrama dulu meninggal dunia akibat sakit jantung pada jam 3 pagi (time yg sama aku terjaga, berpeluh masa aku mimpi kematian adik aku tu..!)

    kebetulan?atau sekadar mimpi..

    apapun,ajal maut di tangan Allah..wallahu'alam.

    ReplyDelete
  11. takut la mimpi2 ni...
    harap2 semua itu mainan tido...

    ReplyDelete
  12. saya bermimpi berjumpa dengan jose mourinho. sewaktu itu dia baru bangun dari tidur. lantas kami bersarapan bersama-sama di atas katil beliau. kami berbual-bual kemudian dia membawa kami melihat pemain chelsea berlatih. waktu pulang tiba-tiba hujan turun. masih terngiang-ngiang lagi perbualan kami,

    jose: korang datang tadi ikut jalan mana?

    saya: jalan mana lagi. jalan depan tu la.

    jose: laa, kan semalamaku dah cakap ikut jalan lagi satu. diorang tengah korek paip kat jalan depan tu kan?

    saya: entah. rilek je jalan tu. takde apa pun.

    sekian.

    ReplyDelete
  13. ahahahahhaha
    klakar sungguh mimpi ko tuh

    ReplyDelete